.CINDERELLA. (3)

87 9 0
                                    

" Hanbin, "

tangan aku yang dari tadi ligat memutar pen, terhenti. lambat lambat kepala aku ditongkat merenung si empunya suara yang kini tercegat di depan aku.

" apahal ? " dengan kening yang dijongket, aku bertanya.

" adik tiri kau, si Haeun tu, dia--- "

" kenapa dengan dia ? " entah kenapa, rasa seperti tak boleh bertenang. meja aku hentak kuat buat semua mata di dalam kelas merenung aku hairan.

" dia kena pukul dengan budak budak geng Bobby. " senafas si Chanwoo ini memberitahu. risau aku terus menumbuk mukanya melulu.

" kat mana ? " suara aku ditekan sedikit.

" kat tepi tandas bangunan belakang. " takut takut si Chanwoo menjawab.

------------------------------------------

dari jauh, aku boleh dengar keriuhan yang berlaku. langkah dipercepatkan. risau apa apa yang buruk berlaku pada Haeun.

tapi sebaik sahaja aku sampai, mata aku terus tertangkap pada susuk tubuh seseorang yang sedang menjatuhkan kot sekolahnya pada Haeun yang sudah merah mukanya kerana menangis.

dia Koo Junhoe. lelaki kaya yang sudah pun dapat memenangi hati Haeun.

dan aku, masih lagi memegang watak abang tiri kepada Cinderella. dan tetap, aku bukanlah putera pilihannya.

aku terlambat.

------------------------------------------

malam itu, ketika ibu, Nayeon dan aku sedang makan malam, ibu memanggil Haeun untuk turut makan bersama. sesuatu yang tak pernah berlaku setelah kematian ayah 8 tahun yang lalu.

dengan teragak agak, Haeun menarik kerusi untuk duduk di sebelah aku. muka gugupnya aku tenung, lama. dia cantik.

mangkuk berisi nasi, ibu hulurkan kepadanya. dan dia menyambut dengan reaksi muka yang masih takut takut.

" pagi tadi, ibu ada terserempak dengan kawan lama ibu, " penuh lembut, ibu bersuara.

kening aku sedikit terjongket. sempat aku menjeling si Nayeon, kenapa wajahnya seperti ada sesuatu yang menjengkelkan ?

" dan dia ada bertanya mengenai kamu, Haeun. "

aku tersentak. wajah Haeun aku pandang, risau. risau dengan sebarang kemungkinan yang datang.

" dia nak jodohkan kamu dengan anaknya. "

Haeun mengangkat muka. ada kata yang seakan ingin diluah. ingin dibantah. tapi, dia memilih untuk diam.

" dan ibu setuju. kamu akan ditunangkan lagi 2 minggu daripada sekarang. "

" ibu, siapa orangnya ? " entah kenapa, aku yang sibuk sibuk bertanya. suara aku yang tiba tiba bergetar aku kawal. cuba berlagak biasa.

" Koo Junhoe. anak lelaki kedua pemilik syarikat KGlobal. "

air liur aku telan kesat. sah, aku memang terlambat.

lelaki sempurna itu, di mana celanya ? tak terlawan aku dengan segala karisma yang dia punya.

sudah, Hanbin. terima hakikat, kau dengan dia, bagai langit dengan bumi.

-----------------------------------------

" kau suka dia ? " serasa tak bermaya aku bertanya.

dia mengangguk kecil sebelum tersenyum. " suka. "
" kejap, kau ada dengar apa yang aku dengar ? "

dia berkalih memandang aku. " dengar apa ? "

' bunyi hati aku patah, sayang. ' aku cuma menjawab dalam hati. perlahan aku menggeleng. " abaikan. "

dia mengangguk sebelum pandangannya ditala kembali ke depan. merenung kolam yang seakan bersinar memantul cahaya lampu yang terbias.

" kenapa suka dia ? "

" sebab dia baik dan selalu ada untuk lindungi aku. itu janji dia dan aku percaya sepenuhnya pada dia. "

ayat dia, buat hati aku bertambah sakit. perit. aku yang selama ini selalu ada, berjanji dengan diri aku sendiri untuk tengok kau bahagia, semua itu macam sia sia.

12 tahun, dan aku masih bukan siapa siapa pada dia.

terluka. ya, siapa saja yang tak kecewa ?

------------------------------------------

IMAGINES x KIMHANBINWhere stories live. Discover now