. AGAIN . (7)

57 8 0
                                    

Spagetti carbonara yang terhidang aku gulung dan suap perlahan ke dalam mulut. Sempat mata aku kerling sekilas pada Taehyung yang cermat menikmati lamb chop special with extra cheese dengan muka bersahaja. Tapi jujur, dia nampak seperti anak remaja yang makan dengan berselera.

Selera aku turut terbuka hanya disebabkan dia.

" jadi, sabtu ni ok ? "

Muka aku angkat, merenung Taehyung yang bersuara tiba tiba.

" kenapa dengan sabtu ? "

Bibirnya dilap dengan napkin sebelum pandangan ditala tepat ke arah aku.

" kenalkan aku dengan bakal mertua aku, " suara dalamnya terlantun perlahan, seakan berbisik hanya untuk aku yang sudah kaku.

Terdiam aku merenung dia yang tenang menatap mata aku. Dalam.

" T- Tae- Taehyung, kita tak pernah kenal rapat pun sebelum ni, jadi mustahil untuk kita ----- untuk kita kah---- kahwin, "

Tergagap gagap aku, cuba menerangkan. Ada sedikit rasa yang mengganggu aku, yang buat aku sendiri keliru.
Bodohkah aku jika aku masih mengharap ? Mengharap pada perkara yang mustahil, pada dia yang tidak mungkin akan kembali memilih aku ?

Dia, Kim Hanbin. Lelaki yang dah berjaya curi hati aku. Bahkan hampir membawa lari seluruh impian hidup aku dengannya.

" Choi Hyunjae, " lembut suara Taehyung memanggil aku, seakan memujuk. Tangan aku digenggam erat. Hangat.

" aku dah cukup sukakan kau. Malah, aku sanggup belajar mencintai kau. Cuma tolong, bagi aku peluang untuk buktikan. "

Air mata aku sudah tak tertahan lagi, lamaran ini, datang dari lelaki lain. Sedangkan bertahun lamanya, aku tunggu, berangan yang lamaran ini dituturkan oleh seorang lelaki yang bernama Kim Hanbin.

Bukan lelaki lain.

" Maaf, "

Genggaman hangatnya di tangan aku, aku lepaskan. Beg tangan aku capai.

Pandangan aku menunduk, tak berani memandang dia dengan air mata yang mengalir laju menuruni pipi.
" maaf sekali lagi, "

Perlahan maaf ditutur sebelum aku melangkah laju menyeka air mata yang seakan tak mahu berhenti.

Serasa satu dunia mengejek aku, mentertawakan seorang Choi Hyunjae yang bodoh kerana masih menyimpan harapan, masih tak mampu membuang perasaan.

Pandangan orang yang memandang pelik aku biarkan. Biar aku nampak seperti perempuan yang meroyan. Biar.

Berkali kali, air mata yang mengalir aku seka dengan jari.

Otak aku kosong. Yang ada cuma cemuhan untuk diri. Bodoh kerana masih menyimpan hati. Tak siuman, aku tergelak dengan deraian air mata yang makin melebat.

Tuhan, aku penat. Mengapa tidak kau ambil aku supaya aku boleh berehat ?

Kaki yang sudah tak kuat aku paksa juga untuk berjalan. Berjalan bersama fokus yang hilang.

" pinnnnnnnnnn. "

Baru tiga langkah aku meninggalkan bahu jalan, hon panjang dari sebuah lori ayam terdengar nyaring.

Terhenti langkah aku. Kaku.

Jeritan yang meminta aku berlari ke bahu jalan aku biarkan. Terlalu kaku untuk merespon sesuatu.

Mata aku pejam sebelum tubuh aku terasa melayang.

Tuhan, terima kasih.

------------------------------------------

Can you leave a few comment so I know what you think about this lil ff ?

Its ok kalau tak kenal ikon, atau tak minat langsung kat B.I, still we can support each other kan ? Muehehehe.

IMAGINES x KIMHANBINWhere stories live. Discover now