" wah, sweet lah diorang berdua tu. Macam pinang dibelah dua. Sepadan sangat. Aku ship ! "
Hana yang teruja semacam aku pandang dengan muka pelik.
" kau kenapa, perempuan ? Sawan ? " sedas aku bertanya.
" tengok la ni Hyun, diorang serasi kan ? Alahai, comelnya. " skrin phonenya ditala betul betul depan mata aku.
Hampir juling biji mata aku, tapi sempat aku baca nama akaun insta si pemilik gambar.
@chocobin_.
Gambar dua kon ais krim yang sama perisa dengan tag ' with my precious, @soojin.lee ' dan emoji mata love yang sangat besar.
Jelas ternyata, dia sangat bahagia. Ketua kumpulan iKON itu bahagia dengan kehidupan dia sekarang.
Dikelilingi peminat. Kekasih yang ada sebagai pemberi semangat. Perfect segalanya.
Wallpaper yang dulunya gambar B.I senyap senyap aku tukar. Diganti dengan gambar Bobby yang senyum tayang eye smile.
Kuat, Hyunjae. Mari move on dari kesyahduan ini.
Anda boleh.
------------------------------------------
" yah Choi Hyunjae, sejak bila kau jadi labang ni ? "
Meja kerja aku dihempas dengan kertas tebal yang digulung.
Spontan, muka aku diangkat merenung si penghempas tadi.
Kim Taehyung. Si lelaki penggulung kertas yang sejati. Pantang jumpa kertas, pasti akan digulung.
" apa kau nak ? "
Si Taehyung tersengih petak sebelum menjawab, " aku dah call YG ent. untuk tanya pasal schedule iKON, sama ada diorang free tak untuk ditemu ramah. And so far so good, walaupun tak semua free tapi mujurlah B.I setuju untuk ditemu ramah. "
" jadi ? " muka aku yang aku rasa dah berubah riak, aku kawal.
" aku nak kau handlekan. "
Laju aku geleng. " aku busy la. Sorry eh. "
" agak agak lah nak tipu aku. Aku ni anak bos kot. Tak kira, kau kena pergi jugak. Titik. "
Mata aku membulat.
" setengah jam dari sekarang, Choi Hyunjae. Soalan dah ada, nanti ambil kat Namjoon. Jangan lupa. "
Aku ketap bibir.
" oh, satu lagi, " Taehyung yang dah melangkah 4 langkah tiba tiba berpaling. Tersengih merenung aku.
" aku tau kau minat dia, si B.I tu. Fighting ya. Jaa. " dia melambai sambil berjalan meninggalkan aku.
Nafas aku hembus kuat.
Choi Hyunjae, anda boleh.
-----------------------------------------
" hai, saya Choi Hyunjae daripada majalah Korean Life Style. " tangan yang sejuk aku hulur.
Agak lambat, tapi huluran aku tetap disambut.
Aku dah rasa macam nak nangis. Huwaaa omma. Nak balik.
" boleh kita mulakan ? "
Agak lambat lagi, tapi dia tetap balas dengan anggukan.
" soalan yang pertama, berapa bilangan adik beradik awak ? "
" 2. "
" orang yang disayangi selain daripada keluarga ? "
" kawan dan bekas kekasih. "
" berapa kali pengalaman bercinta ? "" yang paling serious dan bermakna, sekali. "
" masih contact bekas kekasih awak ? "
" tak. Tapi kebetulan terjumpa hari ni. "
" awak berbakat tulis dan mereka lagu. Baru baru ni, iKON comeback dengan dua lagu baru, Beautiful dan Love Scenario yang ditulis oleh awak sendiri. Ada rasa tertekan sepanjang proses pembikinan lagu ? "
" ada. Rasa bermasalah dengan emosi sendiri. "
" err, boleh kongsikan kenapa ? "
" ianya kisah benar. Perasaan sakit itu cuma ditulis kembali dalam lagu. "
" awak maksudkan lagu Love Scenario ? "
Angguk.
" boleh ceritakan macam mana awak boleh dapat idea untuk tulis lagu pasal kisah benar tu ? "
" bila aku teringat pasal kau, Choi Hyunjae. "
------------------------------------------
" kenapa temu ramah ni terlalu pendek ? "
" aaa. Sebab tiba tiba si B.I tu dapat call suruh balik ke pejabat. Emergency katanya. "
Taehyung kerut dahi.
" ahhaha. Aku pergi dulu. " cepat cepat aku bla.
" nanti, " lengan aku ditarik supaya aku menoleh memandang si penggulung kertas sejati a.k.a Taehyung.
" kau tak sembunyikan apa apa dari aku kan ? "
" err hahaha. Mestilah tak. "
Tahniah, Choi Hyunjae. Anda dah jadi seorang penipu.
------------------------------------------
YOU ARE READING
IMAGINES x KIMHANBIN
Fiksi PenggemarIni hanyalah sebuah himpunan imagines pendek mengenai seorang lelaki bernama Kim Hanbin yang lahir pada 22 Oktober 1996, berdarah O, mula menjadi trainee ketika berumur 15 tahun ( 2011 ) di YG ent. ---- ok cukup. Bacalah, kerana anda berhak menilai...