" jangan risaulah. aku takkan buat apa apa. lagipun, aku tinggal serumah dengan kawan aku. " aku tersenyum ikhlas.
mata redupnya merenung lama ke dalam mata aku. perlahan, dia mengangguk. bersetuju.
" mari. " aku menarik lengannya, membantu dia untuk berdiri.
" t-terima kasih. " akhirnya, dia tersenyum.
entah kenapa, senyuman dia seolah turut terjangkit kepada aku. " aku Kim Hanbin. kau ? " aku menghulur tangan untuk berjabat.
" Sohyun. Jung Sohyun. " huluran tangan aku disambut.
----------------------------------------pintu rumah apartment aku dibuka perlahan. nasib baiklah si Jiwon ni tak terlupa tinggalkan kunci kat bawah satu satunya pasu yang ada kat depan rumah kitorang. walaupun sayangnya, pasu itu hanya ada pasir dan tanpa bunga, tapi ia tetap berguna.
aku melangkah masuk diikuti Sohyun yang cuma mengikut langkah aku tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
melihatkan sahaja ruang tamu yang bersepah dengan baju dan kulit kacang yang dibuang merata, buat aku rasa macam nak mencarut.
apatah lagi, bila terpandangkan 5 ekor mamat yang lena tidur bergelimpangan di depan tv. dengan tak berbaju dan ditambah dengan bunyi dengkuran yang berselang seli dan saling sahut menyahut buat aku rasa malu tiba tiba. malu dengan tetamu aku.
aku menoleh ke belakang. melihat kepada Sohyun yang sibuk merenung gambar keluarga aku. nampak sangat yang dia malu dengan pemandangan yang terhidang.
" sorry kalau kau tak selesa. "
" takpe. saya okey. " dia senyum dan kembali menoleh pada gambar yang tergantung di dinding.
" kau tunggu kejap kat sini. " aku berpesan sebelum menghilang dalam kegelapan menghala ke dapur.
pintu bilik Jiwon ditolak. aku berdecit bila ternampak kelibat Jiwon yang lena tidur berselimutkan selimut Doraemon hadiah daripada mak cik sebelah rumah sempena ulang tahun kelahirannya tahun lepas.
nampaknya terpaksalah aku berkorban. demi negara dan untuk kemaslahatan manusia sejagat.
pintu bilik aku dibuka perlahan. katil yang bersepah dengan buku aku kutip dan susun di rak. meja belajar aku yang dah bersemut aku lap ala kadar dengan baju kotor aku. lepas pastikan bilik aku dalam keadaan memuaskan, aku segera keluar mendapatkan Sohyun.
" kau tidurlah kat bilik aku. "
keningnya diangkat. " awak tidur mana ? "aku usap leher aku. " aku boleh tidur dengan kawan aku kat bilik sebelah. "
mata dia masih merenung aku.
" tidurlah. aku takkan ganggu kau. " renungannya aku balas sekejap. " kau boleh percayakan aku. "
" terima kasih. maaf sebab banyak susahkan awak. " mukanya sekarang kelihatan serba salah.
" takde mende lah. pergilah tidur. " aku sudah berjalan melepasi dia untuk ke dapur.
" Hanbin, "
aku berpaling. melihat dia yang tersenyum memandangku.
" terima kasih. "
aku hanya mengangguk dan kembali berpaling. langkah diteruskan dengan senyuman yang semakin melebar hingga ke telinga aku. kan aku dah kata senyuman dia berjangkit ?
-----------------------------------------aku terbangun dari tidur dengan jeritan si Jiwon yang menjerit mengatakan aku gay sambil menendang aku jatuh katil.
apakah ?
kelam kabut aku keluar dari bilik si Jiwon sebelum telinga aku dijamu dengan jeritan si Junhoe yang menjerit tetiba dari dapur.
aku laju berlari ke dapur.
" err. Hanbin, saya cuma nak masak sarapan---- " Sohyun yang siap berapron bagai kelihatan cuak sebaik terpandang jelingan tajam yang dihadiahkan oleh Junhoe kepadanya.
" June, baju. "
Junhoe menyambut baju yang dicampak oleh Jinhwan, sebelum menyarung baju t shirt ke badannya yang tidak berbaju sedari tadi.
" Hanbin, explanation. now. " mata 6 mamat itu tepat menala ke arah aku.
aku ketap bibir bawah sebelum tersenyum kekok.
YOU ARE READING
IMAGINES x KIMHANBIN
FanfictionIni hanyalah sebuah himpunan imagines pendek mengenai seorang lelaki bernama Kim Hanbin yang lahir pada 22 Oktober 1996, berdarah O, mula menjadi trainee ketika berumur 15 tahun ( 2011 ) di YG ent. ---- ok cukup. Bacalah, kerana anda berhak menilai...