" cik Hyunjae ok ? Kenapa menangis ni ? "
Aku kerdipkan mata beberapa kali. Masih mamai.
Nurse yang berkerut risau di depan aku, aku pandang dengan senyuman." sa- saya menangis ? " dengan bibir pucat aku bertanya perlahan.
" er iya. Teresak esak daripada tadi. Risau saya tengok tu yang saya kejut. "
Tak bermaya, senyuman aku hadiahkan.
" takpe, saya ok. Nak mandi. "
-----------------------------------------Keluar sahaja dari bilik air, sekeping sticky note yang melekat pada satu bar coklat menanti di atas meja untuk aku baca.
' makan dan senyumlah. Jangan menangis, awak buat saya rasa pedih. '
° Dr. Jungkook °
Coklat itu aku letakkan kembali. Phone dicapai dan dihidupkan.
Ada dm masuk.
@chocobin_.
' aku boleh lupakan dia kalau kau mahu. '
Muka aku raup kasar.
' semudah itu ? Dia perempuan, Kim Hanbin. Ada hati. Lupakan. anggap yang kita tak pernah berjumpa langsung. Saya sentiasa doakan awak gembira dan berjaya. Maaf, kita cuma memori lama dan saya tak teringin langsung nak jadi orang ketiga. '
Balasan dm itu aku hantar.
Aku pejam mata. Rapat. Sakitnya rasa bila kau masih mengharap pada dia, Hyunjae.
" awak menangis lagi ? "
Cepat cepat aku buka mata. Air mata yang mengalir entah bila, aku seka dengan belakang tangan.
Lelaki yang berkot putih di depan aku, aku pandang dengan muka yang cuba dimaniskan.
" Dr. buat apa kat sini ? "
" oh, saya cuma nak periksa kesihatan awak. Mana tahu, awak boleh dibenarkan balik hari ni ? "
Aku diam. Membiarkan dia memeriksa suhu aku.
" kalau awak tak kisah, boleh saya jadi kawan awak ? "
Aku sedikit tersentak.
" k- kawan ? "
Dr. Jungkook ketawa kecil. " saya maksudkan lebih daripada kawan tapi takpe lah. Setiap hubungan bermula dengan kawan kan ? "
Terkedu aku. Tak lama selepas itu, aku angguk kecil. Senyuman aku ukirkan ikhlas.
Perlahan, hati aku berbisik.
Dunia takkan berakhir walaupun kau dan aku tak bersama, Kim Hanbin.
------------------------------------------
" bila kau keluar hospital ? "
" petang ni. "
" aku ambil kau nanti. "
" tak payah. Hana kan ada ? "
" Choi Hyunjae, I'm really on my way to see you. 15 minit lagi aku sampai. Nak kirim apa apa ? "Aku geleng. " tak. Takde apa. "
" kalau macam tu, I'll see you around 5 : 30. Jaa. "
Panggilan ditamatkan. Skrin telefon masih aku pandang. Sedikit pelik, tapi aku abaikan.
------------------------------------------
" dah siap berkemas ? "
Aku menoleh.
" belum. Cuma tinggal barang mandi dalam bilik air belum dikemas. "
Dia tersenyum.
" nah. " sekeping kad dihulur kepada aku.
" apa ni ? " teragak agak, kad itu tetap aku ambil.
" kad bakal suami awak. Nanti jangan lupa call. " matanya dikenyit.
Aku tergelak. Dia comel dengan caranya yang tersendiri.
" awak comel. "
Aku tersentak. Muka seriousnya aku pandang.
" ahhaha. " aku gelak cover. Padahal pipi dah membahang.
" saya betul betul maksudkannya. "
Sekali lagi, aku terkaku.
" Choi Hyunjae, kau dah siap kemas ? "
Terjengul muka si Taehyung di muka pintu.
Dalam diam, aku tarik nafas lega. Nasib baik ada hero selamatkan aku daripada si arnab pencuri hati ni.
-----------------------------------------
" siapa lelaki tadi tu ? " Taehyung bertanya sambil muka dipalingkan untuk melihat aku.
" dia doktor kat situ. Dia yang selalu pantau aku. "
Taehyung buat muka. " gaya dia macam nak menggedik dengan kau. "
Aku tergelak. " jadi, apa masalahnya ? "
fokusnya pada pemanduan terhenti. Mukanya dipaling sekali lagi. merenung aku dengan matanya yang tajam.
" masalahnya, aku tak suka. "
2 saat aku jadi noob. Otak aku rasa beku." oh, kenapa kau beria nak ambil aku ni ? " sepantas kilat, aku tukar topik.
Asal kereta ni rasa berbahang semacam ? Aku berpeluh sejuk sekarang ni.
" kita pergi rumah aku. omma aku nak jumpa kau. "
Dan untuk kesekian, rasa macam nak demam itu datang lagi.
Ya tuhan, apa pulak kali ini ?
------------------------------------------
" saya dah balik. "
Melangkah 2 langkah ke dalam rumah dan aku memilih untuk menjatuhkan badan aku sebelum menjerit melepaskan perasaan.
" yah Hyun, kau kenapa ? " Hana berlari memeluk aku dengan apron yang masih tak ditanggalkan.
Diam. Aku mula menangis teresak esak macam budak kecil.
" Hyun, kenapa ni ? "
" T- taehyung, d- dia---- "
Mata Hana membulat. " dia buat apa kat kau ? Cakap Hyun, bagitau aku ! "
" d- dia lamar aku. "
Mulut Hana terbuka luas.
" a- aku t- takut. Aku takut nak kahwin. Uwaaa, omma ! "
Dan tangisan aku pun bergema lagi. Lebih kuat daripada tadi.
------------------------------------------
YOU ARE READING
IMAGINES x KIMHANBIN
أدب الهواةIni hanyalah sebuah himpunan imagines pendek mengenai seorang lelaki bernama Kim Hanbin yang lahir pada 22 Oktober 1996, berdarah O, mula menjadi trainee ketika berumur 15 tahun ( 2011 ) di YG ent. ---- ok cukup. Bacalah, kerana anda berhak menilai...