Rasa macam lipas kudung aku berjalan ke meja kerja aku. muka aku tutup dengan fail dan kertas yang dipinjam daripada Namjoon.
Aku tak nak jumpa Taehyung. Titik." yahh, Choi Hyunjae apa yang kau cuba buat ni ? "
Sebabkan mata aku asyik meliar ke kiri kanan, aku terlanggar salah seorang rakan sekerja aku.
Dan yang heavennya rakan sekerja aku tu bernama Kim Taehyung.
Matilah, nak.
" mana cincin tunang kau ? "
Aku tersentak. " b- bila masa aku tunang dengan kau ? " mata aku membulat.
" semalam ? Takkan tak ingat ? "
Mulut aku terlopong. Teringat semua kejadian semalam. Datang rumah Taehyung- jumpa ibu dia yang sakit- menangis bila dengar ibu dia kata yang dia tak mampu nak jaga Taehyung sampai bila bila- janji akan cuba yang terbaik- cuma diam bila Taehyung tarik tangan aku dan sarungkan cincin.
Uwahh. Aku rasa macam dipukau waktu tu. Ya Allah, menyesalnya aku.
" lain kali pakai, aku tak nak orang fikir kau masih tak berpunya. "
Dan dia blah dengan mukanya yang acah handsome selepas menyerabutkan rambut aku.
Tolong katakan yang ini semua mimpi ngeri.Anda masih belum gila, Choi Hyunjae.
------------------------------------------
Melintas bangunan YG buat langkah aku mati. Teringat.
" aku dah interview kat sini minggu lepas. So far so good, nampak macam ada harapan. "
Suara dia 4 tahun lepas, terdengar kembali. Bergema dalam kotak memori.
" kita berdua memang tak berjodoh ke ? "
Tersentak. Aku menoleh ke tepi.
" kau tau, dalam diam aku selalu terfikirkan kau. Berharap yang tuhan akan datangkan peluang kedua untuk aku buktikan. "
" buktikan yang aku cintakan kau, Choi Hyunjae. " matanya redup merenung aku.
Aku kelu. Entah kenapa, setitis air mata aku tumpah. Cepat cepat aku seka dengan belakang tangan.
Mukanya aku pandang dengan keberanian yang aku kumpul.
" saya dah bertunang. Dan saya cintakan tunang saya. Jadi, maaf. "
Ya tuhan, kalau saja aku mampu. Mampu untuk menyatakan yang aku suka dia dari dulu.
Tak berubah dan tak pernah berpaling arah.
-----------------------------------------
YOU ARE READING
IMAGINES x KIMHANBIN
FanfictionIni hanyalah sebuah himpunan imagines pendek mengenai seorang lelaki bernama Kim Hanbin yang lahir pada 22 Oktober 1996, berdarah O, mula menjadi trainee ketika berumur 15 tahun ( 2011 ) di YG ent. ---- ok cukup. Bacalah, kerana anda berhak menilai...