tetamu yang makin ramai datang, aku cuma pandang dengan pandangan kosong.
pandangan aku ditebarkan ke seluruh ceruk yang ada, mencari mana duduknya dia.
hampa.
" oi, Hanbin. tak sangka wujud malaikat dalam bentuk manusia. " bahu aku dicuit daripada belakang.
aku menoleh. senyuman tawar aku berikan pada Jinhwan yang memang murah dengan senyuman.
aku lihat susuk tubuh ibu mula bergerak menghampiri pentas. dalam diam, aku masih berharap. berharap apa yang dirancang takkan jadi kenyataan.
" saya jemput anak saya, Song Haeun ke atas pentas untuk berucap sempena majlis pertunangannya dengan Koo Junhoe. "
penuh sopan, mikrofon dipegang oleh Haeun. jujur pada mata aku, dia tetap nampak cantik walaupun sedikit gugup.
" terima kasih saya ucapkan pada tetamu yang sudi datang. terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan pada ibu yang dah bertungkus lumus membesarkan dan menjaga saya. saya hargai setulus hati. dan untuk adik perempuan saya, maaf saya bukan kakak yang baik. untuk abang kesayangan saya juga, terima kasih. " bicaranya terhenti sebaik matanya bertemu pandang dengan mata aku.
" saya beruntung ada abang sebaik awak. terima kasih kerana selalu ada. thanks for all of the memories. it's really meaningful for me. "
tepukan gemuruh diberikan selepas dia menyudahkan ucapan ringkasnya.
aku menunduk bila rasa mata aku sedikit berkaca. shit. am I crying ?
------------------------------------------
langit malam yang kelam tidak berbintang aku pandang dengan pandangan yang berbalam. kabur dengan air mata.
" ayah, maaf. Hanbin tak dapat jaga dia dengan baik. ada orang yang lebih layak untuk dia daripada Hanbin. "
semalam, dalam usia yang baru menginjak 17 tahun, dia sudah bergelar tunang orang. bertunang dengan putera pilihan yang punya segalanya.
pedih. aku pejam mata lama. biar air mata mengalir turun membasahi rumput.
tuhan, bawa rasa ini pergi menjauh. aku mohon.
------------------------------------------
setahun berlalu. dan dalam tempoh setahun, aku dah berjaya graduate sebagai salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Gyeongi.
dan ya, dengan keputusan cemerlang yang aku ada, melayakkan aku untuk sambung belajar di salah sebuah universiti terkenal di United Kingdom.
itu harapan aku. harapan untuk aku pergi jauh, jauh daripada Haeun.
aku takut terluka. dan ya, aku langsung tak teringin nak mengemis menjadi orang ketiga.
sudahlah.
panggil aku pengecut, kalau itu yang kau mahu. senang berkata, kerana bukan kau di tempat aku.
dan hari ini, aku kembali ke Korea untuk summer vacation aku. maksud aku, cuti musim panas yang bermula seminggu yang lalu.
kenapa aku begitu teringin untuk balik bercuti di tanah kelahiran aku ?
uhh, ini semua gara gara ibu aku. dia benar benar berubah menjadi seseorang yang lebih baik selepas menerima ucapan penghargaan daripada Haeun pada majlis pertunangan Haeun dulu. dan sebab itulah aku tidak gelisah untuk pergi, sebab aku yakin ibu takkan menyakiti Haeun lagi.
dan sekarang, dialah yang mendesak aku supaya pulang. kononnya untuk persediaan majlis perkahwinan Haeun yang akan berlangsung kurang sebulan daripada sekarang.
-----------------------------------------
" saya dah balik. "
" abang ! " lengan aku dipeluk oleh Nayeon. habis ditarik tarik lengan fab aku seperti anak kecil.
" mana ibu ? " aku bertanya sambil tangan ligat mengusutkan rambutnya.
jujur dari hati, aku memang merindui semua manusia dalam rumah ini. termasuk tukang kebun.
" ibu keluar dengan kak Haeun, tengok persedian dewan. majlis kan dah dekat, sebab itulah ibu makin sibuk. macam dialah pengantin perempuannya. " Taeyeon menjawab dengan bibir yang sedikit dicebik.
" hei, sejak bila adik abang kena sumpah jadi itik ? " usik aku. pipinya aku cucuk cucuk perlahan.
" yaishh, abang ! "
------------------------------------------
jam di dinding aku tenung sekali lagi. hampir pukul 8 malam. ke mana ibu dan Haeun pergi, dah malam tak reti balik lagi ?
mesej yang aku terima daripada Jinhwan aku baca sekali lagi.
' kitorang tunggu kau. kat tempat biasa. pastikan kau datang. '
Kunci kereta aku capai sebelum kaki aku melangkah keluar.
Tak salah kan aku keluar jumpa kawan ? Bukan aku buat jenayah pun.
Another step to avoid you, Haeun.
Kau dah bahagia, sedangkan aku ? Pshh.

YOU ARE READING
IMAGINES x KIMHANBIN
FanfictionIni hanyalah sebuah himpunan imagines pendek mengenai seorang lelaki bernama Kim Hanbin yang lahir pada 22 Oktober 1996, berdarah O, mula menjadi trainee ketika berumur 15 tahun ( 2011 ) di YG ent. ---- ok cukup. Bacalah, kerana anda berhak menilai...