" hei, perempuan. kau tak reti buat kerja ke hah ? "
suara jerkahan itu langsung buat selera makan aku mati. dengan segera, meja makan yang penuh dengan makanan, aku tinggalkan.
aku menapak ke ruang tamu.
" kau jangan berangan nak makan malam hari ni. dah bagi pecah pasu aku, kau fikir kau ada duit nak ganti ? hah ? dah la miskin, " kepala gadis itu ditunjal kuat.
" kau kutip semua kaca ni, jangan ada tertinggal walau sikit pun. lepastu pergi cuci bilik air kakak kakak kau tu. oh, satu lagi. jangan lupa bersihkan sangkar arnab kesayangan kau tu. " wanita separuh abad itu tersenyum tak ikhlas. " pastikan semuanya selesai, hari ni jugak. "
wanita separuh abad itu melangkah pergi, namun sempat dilanggar bahu gadis itu hingga kaca yang dikutip tercucuk ke jari gadis itu.
air mata gadis itu mula menitis. perlahan menuruni lekuk pipi.
ya, kisah hidup gadis itu seperti Cinderella. Dan aku, bolehkah aku jadi puteranya ?
aku menggeleng perlahan. mustahil. sebab aku adalah abang tirinya. ya, abang tiri kepada Cinderella.
-----------------------------------------" sini. biar aku tengokkan. " lengan dia aku tarik perlahan. memaksa dia untuk duduk di sebelah aku. luka di jarinya aku sentuh perlahan.
" s-sakit. ", dia berkata perlahan.
" kau tunggu kejap. aku ambik plaster. " aku berpesan sebelum menghilang di balik pintu bilik aku.
tak sampai 5 minit, aku kembali dengan plaster, tisu basah dan minyak gamat di tangan.
aku tarik jarinya dan mula mencuci lukanya dengan tisu basah.
aku nampak dari ekor mata aku yang dia tengah ketap bibir menahan pedih. matanya turut berkaca menakung air. rasa kasihan terhadap gadis ini bertubi tubi mencengkam jiwa. sudahlah anak yatim piatu, dilayan seperti hamba oleh ibu tiri di rumah sendiri.
aku menyudahkan balutan plaster selepas menyapu minyak gamat di lukanya.
muka dia yang masih basah dengan air mata aku tenung sekejap sebelum berdiri.
" jangan menangis. kau bukan perempuan cengeng. " aku berkata mendatar sebelum beredar meninggalkan dia yang masih terpinga pinga.
---------------------------------------aku mengetuk dagu sambil bersandar di sofa empuk di bilik aku. berfikir bagaimana caranya untuk membantu Cinderella. err, maksud aku, adik tiri aku.
aku petik jari aku kuat. dengan kadar segera handphone aku yang terletak elok di atas meja aku capai. aplikasi mesej aku buka mencari nama seseorang.
hohho. rasa lawak bila bayangkan B.I jadi abang tiri. ^.^

YOU ARE READING
IMAGINES x KIMHANBIN
FanficIni hanyalah sebuah himpunan imagines pendek mengenai seorang lelaki bernama Kim Hanbin yang lahir pada 22 Oktober 1996, berdarah O, mula menjadi trainee ketika berumur 15 tahun ( 2011 ) di YG ent. ---- ok cukup. Bacalah, kerana anda berhak menilai...