.AGAIN. (3)

77 14 0
                                    

" yaishhh. Kim Hanbin ! " aku menjerit serupa orang gila sebelum tergolek golek jatuh ke ceruk katil.

" yah Hyun, kau ok tak ? "

Hana yang aku syak baru balik dari kerja, menerpa ke arah aku.

" ya Allah, kau demam ni Hyun. "

Aku ketap bibir dengan badan yang sedikit menggigil.

Phone yang tercampak tadi aku kutip dengan tenaga yang tersisa.
Dm daripada si B.I aku baca sekali lagi.

'Apa aku buat ? Buat hubungan kita kembali macam dulu. '

Ya Allah, mata aku tertutup perlahan lahan. Berat. Penat.
------------------------------------------

" kenapa macam ni, Hanbin ? Saya cuma nak ada kehidupan macam manusia biasa. Salah ke ? "

" jadi kau tak sukakan aku ? "

" b- bukan macam tu. Saya malu. Saya tak cantik macam artis, tak famous macam instafamous, tak kurus macam model, suara tak sedap macam penyanyi. Saya -- "

" shh. Kau sempurna apa adanya. Aku dah cukup sukakannya. "

Doktor yang memakai tag nama ' Jeon Jungkook ' berkerut dahi.

" saya rasa kawan awak ni demam panas. Dia tak henti mengigau nama Hanbin dari tadi. "

Dr. Jungkook tersenyum kecil melihat Hyunjae yang masih bergumam kecil.

Muka Hana dipandang.

" maaf saya bertanya, Hanbin tu teman lelaki dia atau apa ? "

-------------------------------------------

2 hari berkampung di hospital betul betul buat aku rasa lega.

Sekurangnya untuk sementara.

Phone dicapai. Skrin diunlock. Dan, mari kita scroll ig.

Dan akhirnya, tangan aku berhenti scroll. Gambar ni, macam familiar.

' gws, @Hyunjae712_. '

Gambar seorang gadis yang tidur di atas katil hospital dengan muka yang telah diblurkan.

Aku syak itu aku.

" yah, Hyun. "

Hampir terlepas phone aku akibat terlalu terkejut.

" tadi, waktu kau tidur ada orang datang lawat kau. Aku syak dia selesema sebab dia pakai mask dengan topi bagai. "

Mata aku membesar.

" dia tinggalkan tu untuk kau. " Hana juih mulut ke meja di sebelah katil.

kotak kecil itu aku capai. Digoncang sebelum dibuka.

Ada seutas rantai dengan ukiran nama HyunBin di tengahnya.

Sticky note biru itu aku tarik dan aku baca.

' maaf, kalau aku ni merimaskan.
Maaf jugak kalau aku ni kebudak budakan. Tapi Choi Hyunjae, will you be my girlfriend ? '

•Kim Hanbin •

Terlepas kotak itu menyembah lantai.

D- dia sanggup datang sendiri ke sini ? Semata mata untuk ini ? Dan, yang paling penting, mana dia tahu aku kat sini ?

Tuhan, selamatkan aku daripada perasaan pelik acah acah terharu ini. Aku mohon.

" yah, Hyun. Kau kenapa pelik pelik ni ? Risau aku tengok. "

Wajah risau Hana aku pandang lama. Senyuman kelat aku hadiahkan padanya.

Badan aku rasa seram sejuk.

" awak punya ? " kotak yang tadi jatuh menyembah lantai, dikutip dan dihulur pada aku.

Laju aku mengangguk. " terima kasih. "

" doktor, bila kawan saya boleh keluar ? Bos dia dah sibuk tanya bila dia nak masuk office. Ah, silap. Bukan bos, tapi anak bos. "

Hana menjuih bibir.

Dr. Jungkook senyum sambil tangannya menyumbat thermometer ke hujung bibir aku.

" anak bos itu lelaki atau perempuan ? "

" lelaki. Nama dia Kim Taehyung kalau tak silap. "

" untungnya saya, dapat pesakit yang comel dan diminati ramai. "
Dr. Jungkook berdiri tegak merenung aku.

" mesti langsung tak ada peluang untuk saya kan ? "

Senyuman manisnya dihadiahkan.

" oh, baiklah. Nampaknya suhu badan cik Hyunjae naik lagi, jadi saya masih tak benarkan dia keluar hari ni. "

Dr. Jungkook memberitahu Hana.

Omma, tolong ! Hyun rasa macam nak pengsan. Nak lari. Nak ma--- eh tak tak aku masih sayangkan nyawa berharga aku.

------------------------------------------

' jadi ?  Kau setuju ? '

Dm itu buat aku kaku. Kelu membisu.

Aku pejam mata. Lama.

Dan selepas 5 minit, aku sedia untuk bagi jawapan yang akan mengubah seluruh hidup aku.

Aku taip dengan hati yang separuh bulat. Aku dah nekad.

' tak. Awak dah ada girlfriend, jadi jaga dia baik baik. '

Dan langkah seterusnya, aku matikan phone aku.

Aku baring dengan mata terkebil sambil hati tertanya tentang keputusan yang aku ambil.

Biarlah. Aku dah boleh hidup 4 tahun tanpa dia, dan sekalipun ambil masa hingga hujung nyawa, aku janji yang aku akan cuba. Cuba lupakan dia.

Syabas, Hyunjae. This is the right choice ever.

------------------------------------------

IMAGINES x KIMHANBINWhere stories live. Discover now