SELESAI menduduki exam, Janna melangkah keluar daripada hall dengan senyuman. Senyumannya melebar. Kalau boleh nak senyum dari geraham ke geraham, biar ditayang habis gusi. Syukur, soalan-soalan tadi sudah dapat ditebaknya awal lagi. Apa orang kata, soalan spot? Tak sia-sia dia berjaga sampai ke pagi.
Ah, lega! Akhirnya tamat juga peperangan untuk semester akhir setelah lima tahun berhempas pulas di kampus. Menghadap pelbagai rintangan dan ujian belajar. Keluar masuk makmal, exams, tests, x-ray... oh! Lembu dalam kandang pun boleh stress. Tapi itu lah yang harus dihadap oleh pelajar dental sepertinya. Bukan mudah untuk bertahan sehingga ke penamat. Cuma hati yang kental dan suka kan cabaran sahaja yang boleh sampai ke tahap ini. Sama sepertinya.
"Melebar senyuman kau tu, Janna. Mesti kau boleh jawab soalan paper tadi, kan?" Aida tiba-tiba muncul. Aida— satu-satunya kawan baik Janna di Dalhousie Univesity, Kanada ini dan mengambil jurusan yang sama. Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian alias Doctor of Dental Surgery (DDS).
"Boleh la, Aida. Alhamdulillah. Kau pulak macam mana?" Janna menyoal Aida. Aida mencebikkan bibir.
"Macam biasa lah, Janna. Target atas-atas pagar aje,"
"Iya lah tu! Tapi keluar result gempak jugak,"
"Tak segempak kau!"
Janna lepas gelak.
"Dah la, tak payah nak buat ayat sendu kau tu panas-panas terik macam ni. Jom, kita pergi makan dekat cafe. Lapar pulak aku," Janna menepuk-nepuk perut kempisnya. Tadi sebelum masuk dewan exam, dia hanya sempat menjamah sebungkus kecil oat dan air milo. Bahana terlelap sekejap lepas subuh.
"Jom lah. Aku pun lapar jugak ni," mereka mula mengorak langkah. Namun langkah mereka berdua terhenti apabila seorang lelaki yang merupakan junior fakulti mereka menghampiri. Janna dan Aida berpandangan dulu sebelum kedua-duanya memandang pelik lelaki di hadapan.
"Janna, kan?" lelaki itu menyoal. Umur mereka sebaya sahaja tapi Janna merupakan orang lama dan senior di sini. Di saat Janna sudah berjaya menghabiskan kertas terakhir untuk semester terakhir ini, dia masih merangkak di semester tiga. Semuanya gara-gara dia gagal beberapa subjek di semester pertama dan kedua. Kena repeat paper, dah bazir masa di situ. Heh.
"Ya, saya Janna. Awak?" Janna kembali menyoal. Wajah lelaki asing itu dipandang lama. Student dari Malaysia, sama sepertinya.
"Saya Luthfi. Dental student semester tiga. Tapi sebaya dengan awak," lelaki bernama Luthfi itu memperkenalkan dirinya.
"Oh hai. Ada apa-apa nak cakap dengan saya ke? Sebab saya dengan kawan saya nak pergi lunch ni," lagi Janna menyoal. Dengan perutnya yang sudah berdondang sayang memang dia tak berbesar hati nak melakukan sesi suai kenal dengan Luthfi sekarang ini. Dia lapar!
"Err, nah ada surat untuk awak..." Luthfi menyerahkan kertas putih yang sudah berlipat kemas itu.
"Apa ni?" dengan dahi berlapis-lapis Janna menyoal. Kertas yang dihulurkan Luthfi bertukar tangan. Luthfi sengih.
"Baca lah nanti. Saya pergi dulu, assalamualaikum." terus Luthfi berlalu pergi. Sempat dia hadiahkan senyuman manis buat Janna dan Aida. Mereka berdua berpandangan memandang belakang tubuh Luthfi yang kemudiannya menghilang di sebalik bangunan.
"Surat cinta lagi ke?" soal Aida. Janna jongket bahu lalu memasukkan kertas berlipat itu ke dalam beg tangan. Kejap-kejap lagi lah dia baca. Bukan penting pun surat cinta entah apa-apa ni. Ingat ni zaman sekolah rendah ke nak hantar surat bagai? Itu nasib baik tak minta orang tengah tolong pass-kan.
YOU ARE READING
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit
Romance2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memu...