JANNA merebahkan tubuhnya di atas katil, melepaskan lelah. Penat berjalan hari ni. Lepas dia jalan-jalan dekat Lauren's Hotel tu sampai terpecahkan pasu bunga, dia membawa diri ke pusat membeli belah berhampiran. Saja window shopping sambil membelek barangan berjenama yang tengah offer harga diskaun yang memang daebak habis! Tapi tak beli pun sebab rasa macam tak ada keperluan. Kalau semata-mata nak penuhi kehendak nafsu, alamatnya melayang lah duit-duit dia yang memang tak banyak tu. Lain lah kalau dia ni anak orang kaya. Tak kesah la sangat. Lagipun dia tak boleh nak sembahyang jadi waktu-waktu begitu memang dia manfaatkan sebaiknya. Hehe.
Usai membersihkan diri, Janna menyelongkar tas tangannya. Terhenti perbuatannya apabila tangannya terpegang kertas putih yang dilipat empat. Lama dia memandang kertas itu. Surat yang diberikan oleh pelajar satu kampusnya di Kanada sana iaitu Luthfi. Janna bersila sambil perlahan-lahan dia membuka lipatan kertas yang sudah ronyok itu. Punya lah berkurun dalam beg tak dibaca. Bebola matanya bergerak-gerak membaca ayat-ayat yang ditulis.
Sudah lama saya perhatikan awak, Janna. Dalam banyak-banyak students dekat kampus ni, hanya awak yang saya nampak. Sudah la cantik, baik, pandai pulak tu! Ikhlas tau saya mahu berkawan dengan awak, itu pun kalau awak sudi lah nak berkawan dengan lelaki macam saya ni. Ini nombor telefon saya. Feel free untuk contact saya ya? 012-3456789.
p/s : I'll keep my eye on you ;)
Berubah terus mimik wajah Janna. Eww siapa lah yang ajar dia karang ayat macam ni? Puji melambung-lambung macam dah kenal aku ni bertahun. Dah la aku tak kenal siapa dia! Boleh pula dia pass-pass surat dekat orang lain suruh kasi dekat aku. Penakut! Tak gentleman langsung heh. Kalau anak jantan, tunjuk la diri!
Terus Janna meronyok kertas tersebut sebelum dilempar masuk ke dalam tong sampah kecil di tepi meja belajarnya. Tak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi bip menandakan ada kiriman Whatsapp masuk. Laju dia mencapai Iphone miliknya dan aplikasi Whatsapp dibuka. Chat daripada Shima.
Shima:
Babe!
Ada good news untuk kau.Laju Janna membalas.
Janna:
Whats up ?Shima:
Tadi aku jumpa supervisor aku, dia cakap ada kekosongan
Tapi housekeeping department macam aku la.
Ada sorang pekerja ni dia cuti tiga bulan sebab bersalin.
So, supervisor aku mengalu-alukan kedatangan kau kalau kau nak ganti dia untuk 3 bulan ni.
Amacam?Janna dah menjerit kegembiraan. Terus chat Shima dibalas sepantas yang boleh.
Janna:
Beb aku nak kerja tu!
Bila aku boleh start kerja?
I'm so excited babe!Shima:
Esok kau datang hotel pukul 9 pagi
Supervisor nak jumpa kau
Nanti apa-apa hal dia inform kau sendiri lahJanna:
Okey2
Thanks Shima! Sayang kau lah
(emoji bibir banyak-banyak)Shima:
Aku baru habis shift ni
Baru nak balik
Jumpa esok!Janna:
Okey darling
Gn!Janna meraup wajahnya berkali-kali, memanjatkan kesyukuran. Bibir tak henti-henti melafazkan kalimah syukur. Tak sabar gila nak tunggu esok. Tak sabar nak mulakan kerja walaupun hanya sekadar housekeeper. Boleh la tu setakat nak tampung duit poket. Lagipun, boleh juga cari pengalaman walaupun bidang pengajian aku memang sejuta kali tak ada kena mengena dengan housekeeping.
God, I just can't wait for tomorrow!
FALIQ menyandarkan tubuh pada kepala katil. Dia menyelak-nyelak sehelai demi sehelai muka surat novel inggeris ditangan sebelum fokusnya tiba-tiba hilang. Mindanya tiba-tiba teringatkan gadis yang sesat masuk ke kawasan D'La House siang tadi. Siapa perempuan tu ya? Kenapa tiba-tiba boleh sesat sampai ke kawasan itu? D'La House sememangnya kawasan yang terletak agak jauh juga dari laluan pelanggan hotel. D'La House adalah sebuah ruangan khas VVIP untuk dia dan ahli keluarga terdekat kalau mahu berkunjung dan bermalam di situ.
YOU ARE READING
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit
Romans2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memu...