"KIMI," Hakimi angkat kepala lalu memandang mak long yang mengambil tempat di sebelahnya di sofa ruang tamu itu. Senyuman nipis dilorekkan.
"Mak,"
"Jauh termenung mak tengok. Ada apa-apa masalah ke ni hmm?" soal mak long sambil mengurut lembut belakang tubuh Hakimi. Hakimi geleng perlahan.
"Takde apa-apa lah mak,"
"Jangan tipu mak. Mak kenal dengan anak-anak mak,"
Hakimi menghela nafas panjang. Wajah mak long dipandang dalam-dalam. Tangan wanita itu dicapai lalu digenggam.
"Mak, tak lama lagi Kimi dah nak terbang ke Holland. Kimi ingat, sebelum Kimi bertolak pergi sana... Kimi nak kahwin," ayat yang keluar dari mulut Hakimi buat mak long terperanjat kecil. Terlopong dia.
"Apa Kimi mengarut ni nak? Kahwin? Kimi nak kahwin dengan siapa?" soal mak long, cuba meredakan rasa terkejutnya. Hakimi tarik nafas dalam-dalam, seakan-akan mencari kekuatan. Pegangan pada tangan mak long diketatkan.
"Janna. Kimi nak kahwin dengan Janna, mak."
"Astaghfirullahalazim, Hakimi! Kimi sedar tak apa yang Kimi cakap ni? Janna? Janna tu kan adik sepupu kamu!"
"Tapi still kita orang boleh kahwin kan, mak? Kimi... Kimi sayangkan Janna lebih dari seorang abang kepada adik. Kimi cintakan Janna, mak. Kimi nak jadikan Janna isteri Kimi yang sah di sisi agama, mak." mengucap panjang mak long dibuatnya. Hilang akal ke anak sulungnya ni? Memang lah mereka boleh kahwin, tapi mereka tetap ada pertalian keluarga. Tak berkembang keluarga kalau macam ni.
"Kimi tak boleh buat macam ni..."
"Mak pujuk lah Janna, please? Please mak? Kimi..."
"Macam mana mak nak pujuk dia? Dia dah anggap Kimi macam abang dah. Mustahil dia akan terima Kimi."
Hakimi diam seraya meraup wajahnya. Tubuh disandar pada sofa. Dia tak tahu kenapa dia boleh cintakan Janna sampai macam ni sekali sedangkan dia tahu Janna adalah adik sepupunya. Ada pertalian darah dengannya. Berkongsi keturunan yang sama. Dia sendiri tak sedar bila masa perasaan itu bercambah dan terus bercambah sehingga dia rasa hatinya hanya ada nama Janna, Janna dan Janna sahaja.
Dia pernah cuba untuk membuang perasaan itu jauh-jauh, namun dia tak mampu. Perasaan mahu memiliki Janna semakin menebal di saat dia lihat Janna pulang dihantar lelaki lain. Dirinya terasa tercabar. Bukan sekali lelaki itu menghantar Janna pulang, tetapi dua kali dan kali ketiga apabila lelaki itu menjemput Janna untuk makan malam minggu lepas. Dan dia semakin tercabar.
"Tapi mak..."
"Mak long, Abang Kimi..."
Dua pasang mata memandang Janna yang tiba-tiba muncul di ruang tamu itu. Mak long teguk liur. Janna dengar ke apa yang Hakimi mengarut tadi? Harapnya tidak.
"Kenapa semua terkejut pandang Janna macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Janna menyoal, pelik. Yalah, mak long dengan Hakimi dah macam tengah buat mannequin challenge aje sambil pandang dia sekarang ni.
Mak long hela nafas lega. Nampak macam Janna tak dengar setiap perbualan mereka anak beranak tadi. Hakimi pula terus mengunci mulut lalu mengalih pandangan. Televisyen yang terpasang di pandang kosong tanpa minat. Spongebob dengan Patrick tengah berlari menangkap obor-obor dengan jaring. Bahagia betul hidup di dasar laut. Tak ada orang nak kacau.
"Errr tak ada apa-apa lah. Mak long ingatkan Janna kerja," balas mak long sedikit gugup. Janna kemudian mengambil tempat di sofa single.
YOU ARE READING
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit
Romance2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memu...