Bab 8

86.8K 3.5K 94
                                    

BAHU yang terasa sengal ditumbuknya perlahan beberapa kali. Yalah, satu hari ni memang dia sibuk betul jalankan tugasnya sebagai seorang pekerja hotel. Tambahan lagi, majlis perkahwinan besar-besaran anak kepada seorang menteri diadakan di dewan besar Lauren's Hotel. Lagi lah dia perlu mengerahkan tenaganya membantu apa yang perlu untuk majlis grand itu. Janna rehatkan tubuhnya atas sofa memandangkan sekarang memang waktu rehatnya. Shima yang kebetulan melangkah masuk ke ruangan rehat itu segera menghenyakkan punggung di sebelah rakan baiknya itu.

   "Penat kan?" Shima bersuara. Janna menoleh memandang Shima yang sedang memejamkan mata. Kepala diangguk meskipun dia tahu Shima tidak melihatnya.

   "Haah. Aku rasa ini lah hari yang paling memenatkan bagi aku, Shima. Nasib baik tak pitam aje ni," balas Janna lalu kepalanya perlahan dilabuhkan di bahu Shima. Shima mengeluh panjang.

   "Kau tahu tak apa. Tapi gempak gila kut wedding anak menteri tu. Jealous pulak aku. Dah la dua-dua sama cantik, sama padan. Macam dalam novel aje," Shima cebik bibir. Janna senyum.

   "Aik kau kerja dekat sini dah tiga tahun, takkan tak lekat seorang pun. Lagipun yang check-in hotel ni bukan calang-calang orang tau. Kau cantik apa, Shima. Macam Izara Aishah gitu," Janna gelak besar apabila pipinya ditampar Shima.

   "Kau kalau nak perli aku, kemain eh!"

   "Aku cakap benda betul. Kau ni memang cantik lah, Shima."

Shima senyum. Kembang semangkuk dipuji sahabat baik sendiri.

   "Ye lah tu. Thank you!"

   "You're welcome!"

Mereka berdua kembali diam. Masing-masing memejamkan mata sambil merehatkan tubuh di atas sofa di ruang rehat itu. Masih berbaki empat puluh minit sebelum waktu rehat mereka habis.

   "Janna kau tahu tak pasal annual dinner hotel ni?" soal Shima tak lama selepas itu. Terus Janna angkat kepalanya dari bahu Shima. Wajah Shima dipandang dalam-dalam.

   "Annual dinner?"

   "Yup! Setiap hujung tahun memang Lauren's Hotel akan adakan majlis anual dinner. Dan aku dengar annual dinner untuk tahun ni akan diadakan awal bulan depan. Bermaksud ada beberapa minggu aje lagi,"

Janna terdiam. Wau, annual dinner. Macam menarik!

   "Siapa aje yang terlibat?" Janna menyoal.

   "Of course lah semua staff-staff Lauren's Hotel ni," jawab Shima, menjeling Janna di sebelah.

   "Ada tema tak?" lagi Janna menyoal. Tiba-tiba dia rasa excited nak join annual dinner hotel ni. Nak juga dia rasa macam mana suasana annual dinner Lauren's Hotel. Mesti gempak gila! Maybe? Lagipun ianya pasti menjadi annual dinner yang pertama dan terakhir baginya di Lauren's Hotel memandangkan dia hanya bekerja di sini untuk tiga bulan. Dan sedar tak sedar, dah sebulan dia bekerja di sini. Cepatnya masa berlalu.

   "Of course lah baby! Kalau tahun lepas, tema ala-ala tradisional tau. Tahun ni, aku tak tahu lah." jawab Shima lagi.

   "Oh, tradisional. Mesti best kan annual dinner tahun lepas?"

   "Sudah pasti. Kau nak tahu siapa paling menyerlah masa annual dinner tahun lepas? Kau nak tahu tak?" Shima dekatkan wajah. Mata dah bling-bling bersinar. Janna angkat sebelah kening, menyoal.

   "Syed Faliq lah! Aku belum boleh lupa lagi macam mana kacaknya dia masa tu, Janna. Seriously, he's so damn hot! Kalau kau tengok, mesti kau cair la beb. Aku berani kerat jari jemari comel aku ni. Dengan baju melayu dia, samping dia siap dengan tanjak atas kepala. Ya Allah, macam orang nak pergi kahwin Janna." bersungguh-sungguh Shima membalas. Janna buat muka. Okey, ini dah lebih. Overnya perempuan ni bila bercakap pasal Syed Faliq.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now