Teaser 14

9.7K 168 0
                                    

Coming Soon Terbitan Januari 2020 🌸

Teaser awal-awal perkenalan Faliq & Janna 💖

"Mummy, daddy… anything? Kalau tak ada apa-apa, Faliq nak naik. Nak rehat," celah Faliq. Datin Sri Sophea menjeling si suami di sebelah sebelum dia membuka mulut. Sebenarnya dia takut nak cakap benda ni dekat Faliq, tapi dia kena cakap juga. Disuruh encik suami di sebelah, tapi lelaki itu buat endah tak endah saja. Cis.

   "Ehem! Macam ni, Faliq. Mummy dengan daddy dah plan nak masuk merisik Fazira untuk Faliq bila dia dah balik Malaysia nanti,"

   "You what?!" bergema suara Faliq di ruang tamu besar itu. Terhinjut bahu Fatini, nasib tak terpelanting aje Iphone di tangan. Datin Sri Sophea mencuit lengan Datuk Sri Syed Mahazer sambil menjegilkan mata. Dia dah agak dah yang Faliq akan terperanjat besar macam ni.

   "Oh ya. It's all your mummy's plan and there's nothing to do with me." balasan Datuk Sri Syed Mahazer buat Datin Sri Sophea merengus kasar. Suaminya ni memang tak boleh nak ajak berkomplot sekali. Geram betul lah.

   "Apa sebenarnya yang mummy cuba rancangkan sekarang ni? Merisik Fazira untuk Faliq? Mummy, Faliq tak ada feeling langsung dekat dia kut," Faliq merengus geram. Datin Sri Sophea betulkan duduk.

   "Faliq, mummy betul-betul suka dengan budak Fazira tu. Cantik, educated, baik, sopan santun. Dan dia datang dari keluarga yang bukan calang-calang orang tau. Mummy suka kalau dia jadi menantu mummy. Kalau nak cakap pasal cinta atau sayang… semuanya boleh dipupuk selepas berkahwin, Faliq." balas Datin Sri Sophea. Dia berharap sangat Faliq akan menerima cadangannya itu untuk merisik Fazira apabila gadis itu pulang daripada Turkey nanti.

   "I don't want!"

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now