I'm on my way...
Kiriman Whatsapp daripada Faliq sepuluh minit yang lepas buat Janna semakin resah. Terus dia bergerak menuju ke arah cermin tinggi yang berdiri di dalam kamarnya itu. Dia memandang pantulan figuranya yang terbias pada dada cermin tinggi. Tubuh dipusing-pusing. Mana lah tahu kalau baju yang dia pakai terkoyak dekat ketiak ke apa ke. Tak ke malu tujuh keturunan?
Sebenarnya tadi setengah jam jugak la dia berdiri depan wardrobe. Habis sehelai demi sehelai baju dibawa keluar dari wardrobe lalu dipadankan ke tubuh. Apabila dia rasa baju yang diambil itu tidak sesuai, dilemparnya ke atas katil dan mencapai baju yang lain. Begitu lah seterusnya sehingga katil pun dah tak nampak macam katil. Dah macam longgokan baju bundle. Akhirnya dia memilih sehelai dress labuh yang dia rasa sesuai untuk dia gayakan malam ini. Dress labuh yang dia beli sewaktu masih menutut di universiti dahulu.
Setelah agak berpuas hati dengan penampilannya, Janna mencapai tas tangan lalu disangkut di bahunya. Penuh teratur dia berjalan meninggalkan bilik lalu turun ke tingkat bawah. Dia menghampiri pak long, mak long dan Hakimi yang sedang berkumpul di ruang tamu. Senyuman manis dia layangkan.
"Amboi, cantiknya kamu ni Janna. Nak pergi mana malam-malam ni?" soal mak long, memandang anak saudaranya itu atas bawah. Janna senyum segan apabila sedar mata pak long dan Hakimi juga memandang dia seperti mak long.
"Malam ni ada orang invite Janna untuk dinner sekali," jawab Janna.
"Siapa? Boyfriend kamu ye?" mak long mengusik disambut tawa daripada pak long. Janna sengih. Boyfriend? Tak lah. Bos yang invite.
"Kawan aje lah, mak long. Janna mana ada..."
"Dengan kami tak payah berselindung lah, Janna. Apa salahnya kalau dah ada boyfriend sekalipun? Kamu tu bukan semakin lama semakin muda. Dah boleh kahwin dah pun!" tak sempat Janna habiskan ayat, lancar mulut mak long memotong. Janna dah layangkan sengihannya.
"Nanti kenal-kenal kan dia dengan kami. Nak tahu juga jejaka yang dah menambat hati anak saudara kesayangan pak long ni," pak long bermadah. Bertambah segan Janna bila diusik begitu.
Hey, macam lah dia ni ada boyfriend! Crush tu berlungguk lah.
"Pak long ni..."
Bunyi bip daripada Iphone miliknya buat Janna tersentak. Whatsapp daripada Faliq dibukanya pantas.
I dah ada depan rumah you
Sorry, I tak dapat nak greet family you
Maybe next time...Terus Janna simpan kembali telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.
"Mak long, pak long. Janna pergi dulu eh? Assalamualaikum." Janna beredar. Disalamnya tangan kedua orang tua itu. Sempat juga dijelingnya Hakimi yang sudah mencuka wajahnya. Sikit pun tak pandang Janna. Malas nak ambil kesah, dia melangkah keluar dari pintu rumah. Heels dicapai lalu disarung ke kakinya. Dari jauh dia dah nampak Faliq sedang bersandar pada pintu bahagian penumpang. Nafas ditarik lalu dia menapak menghampiri. Faliq yang menyedari kehadiran Janna terus angkat muka dari menatap skrin telefon di tangan. Tak berkelip dia pandang gadis itu atas dan bawah.
Cantiknya lahai. Pujinya dalam hati.
Yalah, sebelum-sebelum ni dia hanya nampak Janna menyarung uniform kerja, jeans dengan t-shirt. Belum pernah lagi dia nampak penampilan Janna yang seperti sekarang ini. Wajah gadis itu pula disolek nipis, menampakkan lagi serinya. Serius, hati seorang Syed Faliq sudah bergetar.
Janna yang agak tidak selesa dengan pandangan Faliq segera berdehem, menyentakkan Faliq yang tak berkelip memandangnya. Hesy Faliq, anak dara orang! Tak boleh pandang lama-lama.
YOU ARE READING
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit
Romance2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memu...