"MAK aih, lawanya kawan aku ni!" terpekik Shima apabila Janna melangkah masuk ke lobi. Janna ketap bibir, geram. Eh budak ni aku humban jatuh gaung juga kang! Terpekik-pekik macam orang menang loteri.
"Eei kau ni boleh diam sikit tak? Malu la orang asyik pandang-pandang," Janna mengutil lengan Shima sambil mata mengerling beberapa orang pekerja yang sudah tertoleh-toleh ke arah mereka. Shima tersengih-sengih.
"Sorry-sorry. Kau la apahal cantik sangat? Cutting dress ni memang perfect dengan kau la Janna," atas bawah Shima belek dress yang tersarung di tubuh ramping Janna. Janna pandang tubuhnya sebelum dia kembali pandang Shima yang tak kurang lawanya. Cantik dengan dress polkadot berwarna hitam dan putih. Dipadankan pula dengan shawl satin berwarna hitam.
"Ketat sangat ke dress ni dengan aku?" Janna mengeluh dalam hati. Tadi dia pakai rasa macam biasa-biasa aje. Tapi sekarang Shima cakap seolah-olah dress ni mengikut cutting badan dia. Dia ni bukan jenis suka pakai baju ikut bentuk badan, segan kalau orang tengok tambah-tambah mata lelaki. Tahu-tahu aje la macam mana kan?
"Tak ada lah ketat. Memang sesuai dengan kau. Tak besar, tak ketat." Shima senyum.
"Betul-betul lah. Ketat ke tidak?" Janna menyoal.
"Tak. Tak ketat lah. Chill okey?" balas Shima. Janna angguk kepala seraya membetukan shawl berwarna hitam yang terlilit di atas kepalanya. Iphone dikeluarkan dari tas tangan. Keluhan panjang terlepas dari bibirnya. Entah keluhan kali ke berapa pun dia tak tahu. Faliq langsung tak Whatsapp dia, call lagi lah tak. Menyepi aje tak ada khabar berita langsung. Sihat ke tidak? Annual dinner malam ni entah datang ke tidak.
"Shima," Janna panggil Shima yang tengah sibuk touch-up muka dia.
"Yup?"
"Syed Faliq datang ke tak annual dinner malam ni?" Janna menyoal. Mana lah tahu kut-kut Shima ni tahu pasal pak cik tu. Terjegil mata Shima pandang wajah tanpa cela Janna.
"Eh tunang sendiri takkan tak tahu kut?"
Sudah ku agak balasannya! Janna menjeling.
"Tak tahu,"
"Tsk tsk tsk. Hey pelik-pelik betul kau ni. Tunang sendiri pun tak ambil tahu. Aku rasa dia datang lah sebab ni kan hotel dia. Dia mana pernah miss annual dinner ni. Kenapa? Rindu ke?" usikan Shima buat pipi Janna yang sedia merah tu semakin merah. Rindu? Eei!
"Tak lah. Kau ni merepek aje kan?" Janna menjeling lalu kembali menatap skrin telefon.
Syed Faliq, where are you?
JANNA dan Shima melangkah masuk ke dalam hall yang sudah berhias cantik. Bunyi muzik lembut menyapa pendengaran mereka. Manusia-manusia ke hulu ke hilir. Janna dan Shima mengambil tempat pada meja yang telah dialas dengan kain berwarna putih. Kerusi pun sama diikat dengan reben berwarna hitam. Dewan yang luas itu semakin dipenuhi oleh manusia-manusia. Ada segelintir sahaja yang Janna kenal dan yang lain mungkin staff-staff dari department lain. Dia tidak menghiraukan pandangan yang dilontarkan kepadanya. Hesy kenapa lah Faliq post gambar pertunangan mereka berdua dekat instagram?! Tak pasal-pasal jadi tumpuan malam ni.
Janna memandang dua orang manusia di atas pentas yang ditugaskan menjadi emcee untuk majlis annual dinner ni. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Masing-masing dari department yang berbeza. Entah apa yang mereka celotehkan di atas pentas sana, Janna malas nak ambil tahu. Tak tahu kenapa mood dia hilang!
![](https://img.wattpad.com/cover/114304953-288-k839202.jpg)
YOU ARE READING
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit
Romansa2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memu...