Bab 9

86.7K 3.7K 82
                                    

HAKIMI tidak lagi berkerja di Terengganu kerana selepas ini dia akan menjalani training di Holland selama tiga tahun sebagai Project Engineering. Sebab itu dia ke Langkawi untuk beberapa minggu sebelum pulang ke rumah untuk menguruskan persiapan kerana dia akan berangkat ke Holland tak lama lagi. Janna habiskan minuman sebelum dia bangun dari duduk. Ketika dia sedang menyarung kasut di muka pintu, dia disapa Hakimi. Janna diam, tidak membalas.

   "Okay look. Abang minta maaf pasal malam tadi, Janna. Abang tak sengaja," tutur Hakimi sambil memandang Janna yang sedang mengikat tali kasut. Janna berdiri tegak lalu memandang wajah Hakimi.

   "Janna pergi dulu,"

   "Wait, Janna!" langkah Janna terhenti apabila Hakimi berdiri di hadapannya. Janna berundur selangkah ke belakang.

   "Janna tak nak lewat masuk kerja hari ni."

Janna ke kiri, Hakimi ke kiri. Janna ke kanan, Hakimi juga turut ke kanan. Sudahnya Janna hela nafas berat lalu dipandang wajah bersalah Hakimi.

   "Abang nak cakap apa dengan Janna? Cakap cepat, Janna nak pergi kerja ni." terus Janna lempar pandangan ke arah lain. Tak mahu pandang wajah Hakimi lama-lama, masih terbayang situasi malam tadi. Hakimi tinggikan suara pada dia, Hakimi sentuh dia sesuka hati. Hakimi hela nafas panjang.

   "Abang minta maaf pasal malam tadi. Abang tak bermaksud nak tinggikan suara dekat Janna, nak sentuh Janna macam tu. I lost my control, Janna. Abang menyesal sebab dah buat macam tu dekat Janna. Abang minta maaf," luah Hakimi, bersungguh-sungguh. Janna mengeluh sebelum dia memandang wajah penuh berharap Hakimi.

   "Okey, Janna maafkan abang. Janna pergi dulu," terus Janna mengorak langkah menuju ke arah kereta Iriz milik pak long. Hari ni pak long bagi dia drive sendiri untuk ke tempat kerja. Mujur lah.

Hakimi pandang tubuh kereta kecil itu sehingga hilang dari pandangan. Nafas berat dihela. Maafkan abang, Janna. Abang cemburu bila nampak Janna balik dengan lelaki lain. Abang sakit hati.


KALI kedua Janna melangkah masuk ke dalam dewan mesyuarat bersama Encik Mizi. Hanya dia dan Encik Mizi wakil daripada Housekeeping Department untuk turut serta dalam mesyuarat kali ni. Dia pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak orang, dia yang dipilih oleh Encik Mizi. Dia malas nak bertanya, anggap aje ini adalah pengalaman yang akan dia bawa selepas melangkah keluar daripada Lauren's Hotel. Janna ambil tempat di tengah-tengah bersebelahan dengan Encik Mizi sambil matanya memandang seorang demi seorang pekerja daripada department yang lain mengambil duduk.

Lima minit kemudian, Faliq melangkah masuk dengan gayanya. Well, dia tak pernah tak bergaya. Janna betulkan posisi duduk agar lebih selesa. Dipandang Faliq yang sedang berdiri di hadapan. Kacak dengan sut kelabunya.

   "Assalamualaikum and good afternoon everyone," sapa Faliq sambil meliarkan pandangan. Dia memandang Janna yang sedang duduk di situ untuk beberapa saat. Janna yang menyedari pandangan Faliq segera menundukkan kepala. Dia tengok aku sebab dia tak sangka yang pekerja sementara macam aku ni akan join meeting kali ni ke? Erk dia tak suka ke?

   "Today I nak bincang something dengan anda semua. As usual, setiap tahun kita akan adakan annual dinner which is akan melibatkan semua staff-staff Lauren's Hotel. Macam last year, majlis sangat meriah and for sure untuk tahun ni I nak lagi meriah compare to last year. So, macam biasa tujuan I adakan perjumpaan hari ni sebab I nak bincang dengan anda semua pasal tema annual dinner and the preparation untuk tahun ni. Any suggestion?" meliar mata Faliq memandang sekeliling.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now