DIA membetul-betulkan letak duduk uniform berwarna merah dan hitam di tubuh rampingnya. Uniform housekeeper di Lauren's Hotel adalah berwarna merah dan hitam. Manakala pakaian untuk cleaner pula adalah biru hitam. Warna-warna itu lah yang membezakan skop kerja di sini. Janna melangkah keluar daripada bilik persalinan lalu menghampiri Shima dan Encik Mizi, supervisor housekeeping department.
"Dah siap," Janna layangkan senyumannya buat manusia yang sedang berborak berdua itu. Atas bawah, atas bawah Shima pandang Janna yang segak dengan uniform Lauren's Hotel di tubuh.
"Kau ni, pakai apa pun cantik kan? Betul tak Encik Mizi?" Shima pandang supervisor di sebelah. Terangguk-angguk kepala Encik Mizi, menyokong kata-kata Shima. Janna sengih malu.
"Hesy, jangan la puji aku macam tu Shima. Biasa-biasa aje la," balas Janna, kembang semangkuk. Shima pula buat muka. Harap ada Encik Mizi aje ni, kalau tak bukan main masuk bakul angkat sendiri perempuan seorang ni. Pantang orang puji dia lawa sikit. Janna jongket-jongket keningnya kepada Shima, tahu apa yang sedang bermain dalam hati kawan baiknya itu. Mengutuk aku la tu!
"So, macam yang awak sedia maklum awak akan gantikan Puan Hidayah yang bercuti selama 3 bulan kerana bersalin. Jadi, semua jadual dan tugas dia akan diambil alih oleh awak selama 3 bulan ni. Ini jadual tugas Puan Hidayah, awak boleh rujuk sini. Waktu kerja pula seperti biasa dibahagikan kepada dua shift, bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam untuk shift yang pertama dan 10 malam sehingga 10 pagi keesokan harinya untuk shift kedua. Cuti pula hanya diberikan pada hari Sabtu sahaja, bermakna awak berkerja selama 6 hari seminggu. Awak mampu untuk bekerja di sini?" Encik Mizi menyoal.
Laju Janna mengangguk kepala.
"Insya-Allah saya mampu, Encik Mizi." balas Janna dengan senyuman. Tak apa lah, nak timba pengalaman punya pasal... terpaksa ku relakan aje lah. Cuti pun cuma sehari seminggu aje huhu.
"Bagus. So, untuk minggu pertama ni shift awak bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Minggu seterusnya shift awak bertukar pula. Awak faham kan maksud saya?"
"Faham, encik."
"Okey baik. Saya minta diri dulu, apa-apa awak boleh refer dekat Shima. Saya serahkan Janna dekat awak, Shima. Tolong bantu dia apa yang dia tak tahu," Encik Mizi pandang Shima di sebelah. Shima menganggukkan kepalanya sedikit.
"Baik, Encik Mizi." dan lelaki itu berlalu meninggalkan ruangan housekeeping department tersebut. Janna dan Shima berpandangan apabila kelibat Encik Mizi sudah menghilang. Janna membetul-betulkan uniform barunya itu.
"Jom aku ajar kau pasal cara kerja dekat sini. Tengok jadual jam Puan Hidayah, sekarang dia sepatutnya buat apa?" terus Janna membuka fail nipis yang diberikan Encik Mizi tadi.
"GET your manager now!!!" kecut perut dua orang pekerja housekeeping itu mendengar jerkahan gadis bertubuh tinggi lampai yang sedang menayang wajah bengis. Wana dan Fatin berpandangan sesama sendiri.
"Kami minta maaf cik. Tapi manager kami tak ada dekat hotel sekarang ni, dia cuti." balas Wana tergagap-gagap.
"Cuti? Dia makan gaji buta ke apa dekat hotel ni? Then panggil CEO hotel ni sekarang! I nak jumpa dia!" semakin tinggi ton suara yang digunakan oleh gadis tersebut.
"Tapi cik..."
"I tak nak dengar apa pun alasan keluar dari mulut you. I nak dia datang jumpa I sekarang atau I sendiri yang pergi jumpa dia. Jangan sampai I mengamuk pulak!" gadis itu menghenyak kasar punggungnya di atas kerusi lalu kaki disilangkan. Terserlah betis licinnya itu memandangkan dia hanya memakai dress separas betis.
YOU ARE READING
Pilihan Hati Tuan Syed | Terbit
Romance2nd Romance by CikMardiah 📖 [BEST ROMANCE WINNER FABULOUSAWARDS 2017] [ Highest Ranking #1 ; ●16 sept 2017 ●7 dec 2017 ] Tamat saja pengajiannya di Kanada, JANNA mencuba nasib di Lauren's Hotel. Ya, rezeki memang tak pernah salah alamat. JANNA memu...