Bab 10

82.9K 3.6K 49
                                    

DAH dua hari Janna tidak masuk kerja dan hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Bila ditanya mak long, Janna hanya membalas bahawa dia demam. Kejadian hitam yang berlaku atas dirinya beberapa hari yang lepas tidak diberitahu kepada orang lain. Hanya Faliq dan Shima sahaja yang tahu pasal kejadian itu. Dengan Shima, mana boleh dia simpan rahsia. Shima adalah telinganya.

   Pada kejadian malang itu, Faliq sebenarnya membuat rondaan di aras yang menempatkan deretan Executive Suite sebelum dia terdengar sayup-sayup jeritan dan tangisan perempuan di salah satu bilik. Sebab itu dia bertindak untuk menerobos masuk ke bilik tersebut menggunakan kad akses utama miliknya. Memandangkan tiada orang yang ada ketika kejadian berlaku, jadi perkara itu tidak diketahui sesiapa. Hanya Faliq dan Janna. Dan juga Shima.

Janna melangkah turun menuju ke pintu rumah. Hari ni dia bertekad untuk masuk kerja. Dua hari berkurung di dalam rumah membuatkan dia sering memikirkan soal kejadian hitam itu. Tak! Dia tak boleh terus berada dalam dunia itu. Dia harus keluar menyibukkan dirinya sendiri.

   "Eh Janna nak pergi mana? Kan demam tu masih belum kebah," mak long muncul daripada dapur lalu menghampiri Janna yang sedang berdiri di muka pintu. Segaris senyuman Janna hadiahkan buat mak long.

   "Janna dah sihat lah, mak long. Dah dua hari Janna asyik tidur aje, bila nak sihatnya? Lebih baik Janna pergi kerja, keluar juga peluh." balas Janna.

   "Tapi kan Janna tak sihat lagi. Muka pun nampak pucat lagi tu," mak long menyentuh pipi Janna, lembut. Tangan mak long dipegang.

   "Janna okey. Betul, Janna dah sihat lah mak long. Janna pergi dulu eh? Habis shift malam nanti Janna balik," Janna menunduk menyarung sneaker di kaki. Mak long hanya memandang anak saudaranya itu. Degil!

   "Janna pergi dulu. Assalamualaikum," tangan mak long dicium sebelum dia bergerak ke arah kereta Iriz yang dipakir di luar pagar rumah. Kereta ni Shima yang tolong hantar balik ke rumah pak long memandangkan pada hari itu dia pulang dihantar Faliq. Nasib mak long dan pak long tak syak bukan-bukan.

Ya, disebabkan kejadian itu... Stop Janna! Jangan ingat lagi!

Hon dipicit sekali sebelum dia memandu tenang pacuan empat roda itu menuju ke tempat kerjanya.


NAFAS ditarik lalu dihela panjang sebelum dia melangkah masuk ke dalam lobi Lauren's Hotel. Kemudian dia bergerak menuju ke bahagian bilik pekerja untuk menukar uniform dan meletakkan begnya. Dia bertembung dengan Shima usai menukar pakaian. Wajah Shima sedikit terkejut memandangnya.

   "Janna! Kenapa kau datang kerja hari ni? Kau dah okey ke?" Shima menyoal sambil memegang bahu Janna sebelum tangan naik ke dahi. Janna senyum.

   "Aku okey. Kalau aku tak okey, tak ada nya aku nak datang kerja hari ni." jawab Janna lalu bergerak ke arah locker. Dia menyangkut pakaian sebelumnya ke dalam locker dan meletakkan barangan peribadinya di situ. Pintu locker dikunci.

   "Tapi badan kau panas lagi lah, Janna. Kau kena rehat lagi ni."

   "Untuk apa rehat banyak-banyak? Berkurung dalam bilik tu buat aku rimas, buat aku teringat benda yang terjadi dekat aku tu. Lebih baik aku sibukkan diri, at least aku tak kan ingat lagi dah sangat pasal benda tu."

Shima mengeluh. Janna dari dulu sampai sekarang, dia dengan degil dia memang tak boleh berpisah langsung! Dah macam isi dengan kuku.

   "Kau betul-betul okey ke ni? Serius?" Shima menyoal lagi, meminta kepastian. Buatnya kejap lagi Janna tiba-tiba pengsan, haru biru kang jadinya.

Janna angguk kepala, yakin.

   "Serius. Kalau aku tak okey, tak ada maknanya aku nak terpacak berdiri depan kau sekarang ni. Dah la, aku nak start kerja." bahu Shima ditepuk perlahan sebelum dia bergerak menuju ke arah stor, mengeluarkan barang-barang mengemas dan mencuci. Shima geleng kepala. Aku harap kau memang okey lah, Janna.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now