Adam Zulkarnain mengeluh lepas si kawan tinggalkan dia dan Maya. "Susah sangat nak terima saya kan?""Apa susah sangat awak tak nak terima kenyataan ni?" Soalan dijawab dengan soalan.
"Sebab saya yakin Maya untuk saya."
Sinis Maya tersenyum. Yakin sangatlah!
"Selepas beberapa tahun kenapa sekarang? Kenapa tiba-tiba muncul?"
Lapan tahun dia menghilang. Lesap tanpa sebarang berita. Langsung tiada tinggalkan sebarang pesanan padanya. Tiba-tiba muncul menagih kasih. Kasih tahi kucing!
"Jadi selama beberapa tahun sebelum ni Maya tunggu Adam? Rindukan Adam?" Lain interpretasi lelaki itu. Sengaja nak usik Maya yang tegang semacam.
Bila bersama dengan Maya. Memang dia tidak akan buang gelaran nama Adam. Sebab dia tahu. Hanya ada 'Adam' dihati Maya. Dia dia mahu nama dia yang dimaksudkan.
"Rindu? You wish!" Sinis dan Maya bila bersama dia berpisah tiada. Faham sangat!
"In-sya-Allah. Memang Adam berharap pun. Tiap-tiap malam Adam doakan jodoh untuk kita."
Makin berapi Maya dengar jawapan lelaki ni. Menyakitkan hati!
"Esok dating jom! Adam ada minta permission uncle."
Tebalkan muka untuk Maya. Dia sanggup. Cukuplah lama menjauh dengan si gadis pujaan hati. Belajar dan bina kerjaya sebab dia nak senang bersama Maya.
Ingat senang tahan hati tanpa usik muka comel tu?
Susah tahu! Adam si kawan baik itulah tempat dia meluahkan perasaannya setiap kali rindukan Maya.
"Motif nak kena dating? Dan yang awak sibuk guna papa saya tu dah kenapa?" Memang tidak tahanlah api Maya. Tambah bengang bila mamat ni guna abang dan papanya!
"Nak pikat hati anak kenalah pikat hati mertua dulu. Lagi-lagi bila anak degil keras kepala macam awak." Wajah bahagia Adam Zulkarnain bersuara tu hanya mampu menaikkan lagi suhu marah Maya. Sempat lagi nak sindir aku tu! Cis!
"Saya tak nak. Fullstop. Dan berhenti cakap dengan saya. Awak annoying!" Terang, jelas dan menyakitkan hati. Auch! Maya sangat! Tapi dia memang cukup kebal hati untuk hadapi Maya.
Sebab dia Adam Zulkarnain. Tidak pedulikan kata-kata Maya adalah kelebihannya. Makin diusik gadis itu sampai nak meletup sepanjang majlis sebab dia tahu Maya sangat dengar cakap Adam dan Uncle Khair.
Bila kata hanya boleh dia atau Adam saja hantar pulang maka tunggulah Maya pada si abang. Sanggup duduk berlama situ asalkan tidak satu kereta dengannya.
Tapi dia lagi suka. Dapat duduk sebelah dan usik Maya lama sikit.
Angau!

ANDA SEDANG MEMBACA
MAYA (COMPLETED)
RomanceKenangan lama menghantui Maya Bella dengan kaum Adam. Dia hanya perlu dua adam saja dalam hidupnya. Adam Khair & Khair sendiri. Dua adam yang menghidupkan semula seorang Maya. Tapi sekarang seorang adam lagi cuba datang mendekat. ...