MAYA 14

4.4K 238 0
                                        


"Motif?"

Jannah dapat agak reaksi Maya bila tahu pasal perkara ni. Sebab tu dia minta pembantunya rahsiakan dari Maya. Tidak sangka Maya boleh tahu sendiri. Tapi ada baiknya Lin minta Jannah sendiri yang cerita perkara sebenar.

"Umi tak suka Maya macam ni nak... apa pun..."

"Apa pun hakikatnya orang tua tetap buang Maya. Maya dah ada papa. Nama papa Maya ialah Khair. Hanya Khair..."

Keras hati Maya. Satu-satunya perangai Maya yang sukar dilentur. Jannah tarik jemari anaknya. Digengam lembut bagi menyalurkan aura positif. Dia tidak pernah suka Maya berdendam dengan keluarga kandung sendiri.

"Apalah bezanya papa ni dengan papa kandung Maya..." Khair mula kendurkan suara. Sayu pandangannya pada si isteri. Jannah pernah lalui perkara yang sama seperti Maya. Bezanya isteri yang ditinggal dulu mampu berfikir. Beza dengan Maya yang ketika itu masih terkapai-kapai mencari bahagia.

"Paa...." Maya mula merengek. Tidak sukalah bila papanya buat ayat macam tu. Nanti papa sedih lagi. Haih! Papa tahu aje kelemahan dia.

"Maya pergi jumpa papa kandung Maya tu ya.."

"No! Apa pun papa cakap. Maya tak nak jumpa orang tua tu."

Haih! Anak dara dia ni. Degil! Dijeling isterinya yang cuba sembunyikan senyuman. Memang Jannah selalu tegur dia sebab suka manjakan Maya berbanding Adam dan Luth. Mentang-mentanglah Maya satu-satunya anak perempuan dia. Maya pula suka ikut cakap dia dari A sampai Z. Lagilah Khair makin suka.

Khair keluh kecil. Susah sikit nak tegas dengan Maya. Dia sayang Maya macam anak kandung sendiri. Sejak dia ambil keputusan untuk ambil Maya sebab anak angkat, Khair tidak pernah bezakan anak-anaknya.

"Fine! Ikut suka Mayalah. Papa tak nak masuk campur."

"Yes! Terima kasih pa!" Lebar senyuman Maya. Tahu papanya memang tidak akan paksa benda yang dia tidak suka.

"Abang..." Jannah pula tidak puas hati. Diajar pula anak dara dia ni berdendam dengan papa kandung sendiri.

Khair bagi signal. Biarlah Maya dengan degilnya. Tapi dalam diam Khair sendiri ada rancangan lain. Itu yang dia akan bincangkan dengan Jannah nanti.

Mencebik isterinya walaupun tidak bising lagi. Khair tahu Jannah geram sebab dia menangkan Maya. Jannah bukan tidak tahu sebab dia selalu mengalah dengan Maya. Maya umpama Jannah di matanya. Kejadian yang menimpa Maya sama seperti isterinya. Dibuang keluarga. Sebab itu dia ingin berikan kasih sayang secukupnya pada Maya.

MAYA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang