Kaki Maya berhenti melangkah. Nafas dalam dihela. Mula fikir nak pusing balik bilik. Aci tak kalau tidak turun sarapan?
Mamat annoying tu awal pagi lagi datang menyibuk.
"Pagi anak papa." Suara papa saja dikuatkan. Papa ni pun satu! Macam tahu aje dia nak cabut masuk bilik.
Dipaksa kaki melangkah masuk ke dapur.
"Morning sayang."
Dijeling Adam Zulkarnain. Apa sayang-sayang?!
Papa dan abangnya pun hanya senyum aje. Mama sampai tergelak kecil dengan respon Maya. Nampak sangat satu keluarga tahu yang Adam Zulkarnain tengah try dia. Dan dia memang dari dulu lagi pangkah mamat ni besar-besar!
Kemudian semua orang pandai pula pilih tempat duduk. Saja nak bagi dia duduk sebelah lelaki tu. Abang pun saja mengedik duduk sebelah mama. Biasanya sama ada dia atau adik bongsu mereka saja yang duduk sebelah mama.
"Abang dah beritahu Adam dan Maya pasal Johor?"
Maya pandang papa. Beritahu pasal apa? Adam di sebelah turut memandangnya pelik.
Okay...
Adam macam memang tak tahu apa-apa lagi.
"Belum pa. Cadang nak beritahu time discussion nanti." Ala papa hancurlah. Baru nak balik kejutan baik punya untuk si adik dan bakal ipar harapannya.
"Beritahu pasal apa uncle?"
Terima kasih Adam. Kerana menyoal bagi pihak Maya. Dia pun ringan aje mulut menyoal papanya.
"Maya tahu pasal resort papa Hawa tu kan?."
Angguk. Tahu sangat kalau pasal tu. Resort yang dibuat khas untuk arwah mama Kak Hawa. Datuk Affendi tidak sabar nak bangunkan projek tersebut. Teruja bila ingatkan perbualan dia dengan Datuk Affendi berkenaan projek yang bakal menjadi rebutan banyak kontraktor nanti.
"Datuk Affendi berminat nak bagi projek tu pada kita. Katanya lepas berbual dengan Maya. He know you can do it for him."
Wah! Kembang kejap Maya dengar satu pujian dari Datuk Affendi. Maknanya dia yang bakal terima projek yang sangat romantik baginya?
"Tapi..."
"Tapi apa?" Potong betullah abangnya ni. Kenapa perlu ada tapi? Lagi dia tidak faham senyuman jahat abangnya tengok dia dan Adam silih berganti.
"He want both of you. Bukan Maya seorang saja yang menarik minat Datuk Affendi berkenaan projek tu. Kejayaan AZ pada projek anak istimewa Tan sri Ahmad sebenarnya tarikan utama Datuk Affendi tapi sebab Maya sangat berminat dengan kisah cinta Datuk Affendi. So he giving a chance to you to work with Adam Zulkarnain."
"Okayyyyy...." Jatuh merundum keterujaan Maya. Kenapa kena kerja dengan mamat sebelahnya ni pula?
Dijeling Adam Zulkarnain yang sudah senyum gembira. Cis!
"Jadi maknanya kita selalulah boleh dating selalu. Kan sayang?"
"Diamlah!" Sakit jiwa Maya dengar soalan Adam Zulkarnain. Lagi-lagi dengan tawa papa dan abangnya dengar soalan bodoh mamat tu. Baru nak lompat bintang dah jatuh tergolek.
Tergolek pada Adam Zulkarnain pulak tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
MAYA (COMPLETED)
RomanceKenangan lama menghantui Maya Bella dengan kaum Adam. Dia hanya perlu dua adam saja dalam hidupnya. Adam Khair & Khair sendiri. Dua adam yang menghidupkan semula seorang Maya. Tapi sekarang seorang adam lagi cuba datang mendekat. ...