MAYA 15

4.7K 228 4
                                        


"Now papa nak tanya pasal Adam. Macam mana? Tak baik buat anak orang tertunggu-tunggu macam tu."

Topik baru Khair menarik muncung Maya ke depan. "Apa pula? Maya mana ada suruh mamat tu tunggu." Tiba-tiba pula papanya buka cerita pasal Adam.

"Maya ada jumpa Adam?" Kini Jannah pula menyoal.

"Ada. Kan kami masih dalam projek Datuk Affendi tu." Tapi reaksi Adam sangat menyakitkan hati. Serius dan macam buat tidak pernah terjadi apa pun sebelum ni antara mereka berdua.

"Dah tu?"

"Macam tu ajelah pa... Alaa tak naklah cakap pasal dia." Buat sakit hati aje. Sambung hatinya. Tidak suka dengan cara Adam sekarang ni. Umpama mereka hanya kenal berdasarkan kerja semata-mata.

Jannah geleng kepala lagi. "Itulah anak abang.. haaaa manjakan lagi. Malaslah umi nak layan. Abang layankan ajelah. Nanti sampai berjanggut anak teruna orang tu tunggu anak abang ni."

Tidak terjawab Maya dengan keluhan uminya. Dia hanya sengih pandang Khair ketika Jannah berdiri tinggalkan mereka.

"Merajuk dah umi kamu tu."

"Alaaa. Papa kan ada. Nanti papa pujuklah umi ek."

Khair geleng kepala. Bertuah punya anak. Dia yang cari pasal, Khair yang disuruh pujuk.

"Apa pun papa nak Adam Zulkarnain tu aje jadi menantu lelaki papa. Papa ada perasaan kuat hanya Adam seorang tu saja yang mampu kawal anak dara papa ni. Papa pun surrender tau. Degilnya... ni apa pun Maya kena bagi jawapan dengan Adam. Tak baik biar dia tunggu macam tu aje."

Huish! Panjang lebar pesanan papanya. Maya memang kalah bab ni. Tapi adakah patut nak Adam Zulkarnain tu aje jadi menantu dia? Papa ni tak patut sungguh. Kalaulah hati dia tergerak sukakan orang lain macam mana?

"Mamat tu entah serius entah tidak. Dah sekarang menyombong semacam." Perlahan Maya meluahkan rasa tidak puas hatinya. Kalau dengan Adam Zulkarnain tu, status anak manja papa pun tak makan dengan Khair!

"Oh jadi selama ni anak papa tunggu Adam tanya semula la ni?" usik Khair sambil langgar bahunya dengan bahu Maya. Habis merah muka Maya.

Eleh! Malu tapi mahu rupanya.

"Okay. Nanti pa bagi hint dekat buah hati awak tu..."

Maya keluh kecil. "Tak payahlah pa. Tak naklah kahwin."

Tegak badan Khair dengar. Tak nak kahwin?! 

MAYA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang