MAYA 18

4.6K 249 3
                                        


"Wali hakim?"

Maya angguk. Sebelum dia terima Adam. Dia perlu tahu penerimaan Adam dulu pada dirinya yang sebenarnya. "Jujurnya. I bukan anak papa. I anak angkat papa dan umi. I bukan berbintikan Khair. Sebab tu I tanya kalau you sanggup kahwin dengan I yang hanya berwalikan hakim."

"Papa kandung you? You pernah cari?"

"Tidak dan tidak akan."

Berubah wajah Adam dan Datuk Mustapha. Adam kerling papanya di sebelah. Meminta pendapat dalam diam.

"Sebab? I tahu buah hati I takkan buat sesuatu tanpa sebab."

"I takkan cari orang yang tidak pernah terima I. Dia bukan sekadar tidak terima malah I dibuang oleh orang tu. Jadi kenapa I perlu cari?"

Soalan Adam dijawab sepakej dengan soalan maut dari Maya. Satu keluhan kecil yang terhela di bibir lelaki itu meresap ke dalam naluri dia. "Sebab tu I nak you tahu sebelum you ambil keputusan untuk teruskan niat you. Kalau you terima I. Meaning you akan hormat pendirian I. I takkan cari orang yang pernah buang I. Ada baiknya Datuk pun ada sini. Sekurangnya keluarga you tahu siapa I."

Panjang lebar Maya bersuara buat dua beranak itu turut berdiam. Adam tahu Maya degil. Tapi dia tidak sangka sampai tahap macam ni? "Maya Bella. Sekali hati ni pilih nama tu. Maksudnya hanya Maya Bella jadi isteri Adam Zulkarnain. Ada faham? Jadi Maya datang ni beri jawapan pasti pada Adam kan?"

Sempat Adam mengusik dalam situasi tegang sekarang ni. Jujur dalam sedih dengan keadaan dan degil Maya. Terselit rasa bahagia pada penerimaan Maya. Mereka kongsi rasa yang sama. Rasa cinta!

Maya geleng kepala.

Hancur berderai hati Adam. Eh! Ek! Main-main pula Maya ni. Apa maksud kepala comel tu digeleng.

"I datang untuk beritahu you yang I bukan saja nak penerimaan you semata-mata. Tapi termasuk keluarga you. Kalau keluarga you terima I dengan hati terbuka. I akan terima. Kalau tak maksudnya jawapan I pun tidak."

Maya sempat tarik nafas. Cuba kawal perasaan sendiri. Bersuara dan berterus terang macam ni bukan cara dia.

"Jujur I sayang you. Tapi I lagi sayang hati sendiri..."

"I dah cukup sekali dibuang. I tak sanggup terima untuk kali kedua. Jadi kalau keluarga you tidak terima I dan pendirian I. Sila berterus terang sementara hati I masih kuat untuk terima hakikat. Bukan senang untuk teruskan hidup lepas dibuang keluarga sendiri. I tak nak kejadian berulang semula."

MAYA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang