MAYA 17

4.4K 245 0
                                        


Maya gosok lehernya. Tidak gatal tapi tabiat semula jadi bila dia kekok. Ingat tadi nak buat grand entrance bagi kejutan ke ofis Adam. Tup-tup mamat tu tengah mesyuarat pula.

Lain yang dicari, lain yang dia jumpa. Tak sangka papa Adam pun tengah tunggu mamat tu. Tidak pasal-pasal Datuk Mustapha ajak dia tunggu sekali. Nak tolak segan pula, tapi ni kalau Adam tahu cemburu lagi mamat tu. Ingat lagi air muka cemburu Adam sampai nyaris kemalangan dulu tu. Cukuplah sekali tak nak dia hadap lagi.

"Adam bagi?"

"Hah?"

"Cincin tu dari Adam?"

Oh! Maya terus tunduk pandang jarinya. Rupanya dari tadi jarinya suda mula main pusingkan cincin dari Adam tu. Perlahan Maya angguk. Malu. Tak pasal papa Adam kesan dulu.

Dilihat Datuk Mustapha tersenyum. Namun seketika saja dan Maya dapat kesan air muka papa Adam yang menahan keruh. Kenapa ni? Datuk tidak suka dia dan Adam ke?

"Err... Datuk tidak suka saya dengan Adam?" Maya menyoal tanpa sebarang tapisan. Kalau papa Adam tidak suka, dia dengan rela hati buka semula cincin tu. Adam pun belum tahu keputusannya. Maya cukup fobia dibuang dan tidak disukai dari kecil. Jadi sebelum Adam buang dia sebab Datuk Mustapha. Baik dia yang buang dulu!

"InsyaAllah. Uncle restu Adam dan Maya... Ni nak bagi jawapan dengan Adamlah ni?" usik Datuk Mustapha pada gadis itu. Lama dia tatap Maya. Cantik. Sesuai dengan Adam.

Maya tersenyum senang. Alhamdulillah.

"Uncle rasa uncle kacau rancangan Maya la ni? Kalau macam tu uncle baliklah. Bagi peluang Maya dan Adam berbual."

"Eh... tak apa uncle. Kita makan sekalilah. Lagipun ada benda Maya perlu terus terang dengan Adam dan keluarga Datuk pasal Maya..."

Datuk Mustapha terus terdiam. Hati tuanya tiba-tiba tidak sedap hati. 

MAYA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang