MAYA 6

5.7K 285 1
                                    


"Macam nilah..."

"I tak kata tak boleh. Tapi kira costing semula. Resize taman tu. Kebesaran taman tu tak penting sayang. Yang penting memori dan kenangan sentiasa ada. Itu yang penting dan i yakin Datuk setuju apa yang I cuba ketengahkan."

"Kita bukan saja perlu memori Datuk sentiasa ada tapi kita sebagai peniaga kena fikirkan jangka masa panjang. Tiada kelangsungan, tiada untung maka tiadalah resort ni pada masa akan datang. You get what I mean?"

Angguk. Ya. Mengaku juga Maya asalkan idea dia diguna pakai. Maya ingat lagi betapa gembiranya Datuk Affendi setiap kali bercerita tentang obses arwah isterinya pada bunga. Dia nak bunga menjadi lambang cinta yang terus bersemadi di resort tersebut.

"Good girl. Hana, you teruskan dengan team Kits sebab yang tu tiada perubahan. Lim please work with the arcitect. I'll discuss with my Maya regarding the cost. Okay peeps?"

Serentak angguk. "If nothing else. Dismiss. You, my girl. Tinggal. Nak pujuk sikit rajuk tu. Nanti melarat I juga merana."

Kits tergelak. Okay yang tu memang ayat tak boleh blah. Pedulilah jelingan maut lady boss mereka. Tuan Adam memang sporting bab-bab mengayat Cik Maya. Langsung tiada cover sejak mula-mula projek kerjasama syarikat mereka.

Adam tidak tunggu lama lepas semua keluar dari biliknya. Kerusi sebelah Maya diambil. "Marah lagi?"

"I tak marah." Okay. Tiada marah tapi kenapa keras aje suara tu.

"You tahu I buat benda bukan fikir dari satu aspek ajekan." Terang Adam. Dah la payah nak dekat. Kalau Maya marah dia tambah susahlah nak dapat cik adik seorang ni.

Badan Maya pusing hadap Adam disebelah. "I serius tak marah. Lagipun betul cakap you. I tak terfikir pada benda tu. I just nak..."

"Ya I tahu. You nak Datuk gembira tengok minat arwah menjadi lambang resort tu, kan?"

"Macam mana you tahu?"

"I kenal lama dengan Datuk Affendi. I pernah tolong beberapa projek datuk. Papa I pun kenalan datuk. Jadi I lagi biasa dengar kisah-kisah cinta Datuk dari kecil lagi. Telinga I ni dah cair dengar cerita datuk. You tu aje yang tak cair-cair dengar cerita cinta I."

"Boleh tak sekali you cakap tak mengayat?"

"Cakap dengan you? Memang taklah sayang..." Selamba aje muka Adam tersenyum pada si gadis pujaan hati. Hailaaa Maya cepatlah jatuh cinta dengan dia. Sungguh muka ketat ni juga yang menjadi mimpi dia setiap masa.

Maya ketap bibir. Yiee! Menyakitkan hati betullah mamat ni.

"I nak balik!"

"Lunch dulu. Nanti I hantar you balik ofis."

"Kenyang." Makan dengan Adam lagi? Oh cukuplah. Serik! Mulut tak pandai diam. Sok sek aje tahu. Mengayat tak habis-habis!

"Tak kenyang pun makan hati tu." Balas Adam selamba. Tidak lut sangat pun. Dia dan uncle Khair dah kamceng. Senang aje kawtim kalau Maya tak nak keluar makan dengan dia. Report aje Maya berdegil tak nak makan tengah hari.

Cinta hatinya ni ada gastrik. Makan tak boleh skip dan sebab tu Adam suka habiskan perbincangan setiap kali waktu rehat. Nak jaga perut Maya sambil dating berdua. Pandai tak dia? Sambil menyelam minum air.

Pintu bilik diketuk. Serentak Maya dan Adam pandang. "Pa?"

MAYA (COMPLETED)Where stories live. Discover now