MAYA 7

5.4K 283 2
                                    



"Hai. Papa kacau ke ni?" usik Datuk Mustapha. Kaki mendekati si anak dan gadis jelita yang bermain mata tadi. Bukan dia tidak tahu. Lama dia perhatikan Adam dan Maya yang berbual dengan nada perlahan tadi.

Adam geleng kepala. "Tak tahu pula papa nak datang. Kebetulan Adam nak keluar makan. Papa dah lunch?" Bagus jugalah papa datang menjenguk. Dapatkan rapatkan papa dengan gadis kesayangannya.

"Papa singgah ni ajak Adam keluar makan tengahari tapi kalau Adam ada plan lain dengan si gadis manis ni. I'm okay with it."

"No. Its okay datuk. I pun nak balik ofis I dah."

"Haip! No!. Lupa you kena makan dengan I? Kalau tak I report dengan uncle."

Datuk Mustapha tergelak kecil. Dapat tengok betapa berubahnya wajah gadis tersebut ditegur oleh anaknya.

"Macam nilah. Apa kata kita makan bertiga. Are you okay with it young lady?"

"Err..." Ah! Sudah baru nak gembira dapat elak makan berdua dengan Adam. Sekarang dapat satu pakej kombo dengan papa dia sekali pulak!

"I take it as a yes."

Kalau Maya dan siap gosok leher tu. Segan atau tak tahu nak cakap apalah tu.

Tapi muka Maya berubah dengar jawapan Adam. Amboi suka hati dia aje buat keputusan! Dia tak cakap pun setuju atau tak.

Comel! Puji Datuk Mustapha dalam hati. Patutlah anak dia terpikat. "Jom. Untung papa datang hari ni. Dapat juga kenal buah hati anak papa ni. Is she the one kan Adam?"

Adam senyum mengangguk. "One point to you pa. Pengarang jantung hati segala usus ni..."

"Merepek aje tahu." Bebel Maya perlahan. Suka hati dia aje label Maya macam-macam. Tapi memandangkan papa Adam ada sekali. Kira okaylah dia ikut makan tengahari sekali. Tidaklah bernanah telinga dengar Adam mengayat kalau mereka makan berdua saja.

Harapnya janganlah Adam ni buka cerita bukan-bukan.




"Maya Bella." Datuk Mustapha ajuk perlahan nama Maya.

Maya Bella.

Sekali lagi nama itu diseru dalam hati.

Maya dipandang. Lama hingga dia perasan satu perkara.

"Aah pa. Maya Bella. Cantikkan nama. Macam orangnya." Sungguh. Pertama kali dengar nama Maya dulu. Fikiran Adam hanya satu. Nama yang secantik pemiliknya.

"Adik Adam Khair? Seingat uncle. Adam pernah cerita dia suka dengan adik AK."

Maya angguk.

Dialah tu.

"Jadi JK sekarang ni sepenuhnya bawah pengurusan Maya? Khair dah tak kerja kan?"

Yang ni tidak. Ikhlas Maya geleng kepalanya. Jujur. Walaupun papanya suda tarik diri dari pengurusan syarikat. Maya tidak pernah anggap syarikat jagaannya itu menjadi miliknya. "JK bukan milik Maya. Maya cuma bantu mana yang patut sementara tunggu adik habis master."

"Oh! So you not interested in business?" Dengar khabar cara Maya kendali syarikat sangat memberansangkan. Rugilah kalau bakat dan kelebihannya disia-siakan.

"Bukan tak minat tapi saya ada perancangan lain."

"Perancangan masa depan antara kita kan sayang?" sampuk Adam. Tersengih-sengih mengusik macamlah Maya suka sangat! Sah-sahlah Adam tidak tersenarai langsung pada perancangan dia!

Merah muka Maya. Kali ni depan papa Adam. Terpaksalah dia kawal jelingan sakit hati dia pada mamat tu. Cakap tak pernah serius. Datuk Mustapha pun hanya ketawa kecil. Walaupun air muka Maya tiada reaksi tapi dia tahu sangat si gadis sudah terdiam malu.

Haih! Anak lelaki siapalah tak tahu malu ni.

"Abaikan anak uncle ni. Uncle bangga sangat dengan kejayaan Maya. Adam banyak cerita pasal Maya. Apapun rancagan Maya pada masa hadapan. Uncle doakan yang terbaik."

Kembang lagi pipi Maya mengukir senyuman. Dia suka papa Adam. Coolest dad ever! Macam papa dia juga. Cuma part jodoh yang papa tengah ketengah tu aje yang tak best. Yang lain. Terbaik!

"Dengar tu. Yang penting you tak termasuk dalam plan I. Kalau kacau jugak I report kat papa you."

Amboi! Berani nampak. Mentang-mentanglah ada papa dia. Adam sekadar ketawa membalas. Tak terkesan pun amaran Maya. Suka dengan respon Maya dan papa antara satu sama lain. Maya pun senang aje masuk cerita dengan papa. Satu-satunya harapan Adam agar Maya dapat terima 'hero' terbaik dia dan adik beradik yang lain.

Dia yakin jodoh dia dengan Maya kuat. Jodoh yang dia tetapkan dalam hati sejak lapan tahun lepas. Jodoh yang sentiasa ada dalam doanya.

MAYA (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang