Sedar tiada sesiapa menjaga. Maya terus masuk ke dalam wad yang menempatkan Datuk Mustapha. Dilihat lelaki yang nyenyak tidur tanpa menyedari kehadirannya. Lelaki yang dulu gah menyanjung cinta arwah mama hingga sanggup pertikaikan bahagia anak sendiri. Lelaki yang pernah tegas dengan pendiriannya.
Dulu lelaki ini yang pernah seret dia keluar rumah. Bawa dia keluar dari rumah ibu bapa kandung sendiri ke rumah anak yatim.
Maya biar air mata yang mula mengalir. Terkesan dengan memori zaman kecilnya. Trauma dengan apa yang pernah dilalui. Hanya kerana arwah mama berkeras melahirkan dia walaupun kesihatan tidak mengizinkan.
Pernah Maya terfikir alangkah bahagia jika arwah mama setuju doktor tarik nyawa dia sebelum sempat dia melihat dunia. Apa guna dilahirkan ke dunia jika papa sendiri tidak pernah pandang dia dengan kasih sayang?
Hati Maya sentiasa sakit setiap kali kenangkan betapa seksanya dia cuba menagih kasih papa. Lagi lepas arwah meninggal. Dia terkapai-kapai mencari arah dan bahagia sendiri. Tapi bila papa tidak tahan tengok wajahnya. Papa sendiri hantar dia ke rumah anak yatim umi Jannah.
Bukan senang Maya cuba berdiri semula. Bila dia sudah bahagia dengan apa yang dia ada.
Kenapa mereka perlu muncul semula?
Kenapa perlu letak dia ditempat yang salah?
"Maya..." Suara Datuk Mustapha menyedarkan Maya. Air mata yang dibiar sejak tadi dikesat kasar. Masih enggan nampak lemah pada mata lelaki itu.
"Maafkan papa..."
"Kenapa sekarang Datuk? Kenapa lepas Maya jumpa bahagia Maya? Kenapa perlu muncul semula dalam hidup Maya..." Pandangan Maya tepat pada mata redup Datuk Mustapha.
Sakit hatinya kembali berdarah bila Datuk Mustapha nampak lemah depannya. Dia pernah berdendam untuk nampak hebat bila berjumpa semula dengan orang yang pernah buang dia. Ingin berlawan dan berdiri sama hebat dengan papanya.
Bukan macam sekarang. Bukan ketika Datuk Mustapha terlantar atas katil.
"Papa rindu Maya..."
Nafas dalam dihembus. Hati bagai dicarik dengar luahan yang dia pernah impikan satu masa dulu. "Jangan macam ni Datuk. Be bold and strong as you were before. I'm nothing to you..."
"Maya Bella anak papa..."
Mata dipejam kuat. Tidak sanggup dengar kenyataan dari mulut Datuk Mustapha. Kenyataan yang pernah dipertikaikan suatu masa dulu. Bila Maya cuba terima hakikat itu kenapa Datuk Mustapha perlu kembali menyatakan sesuatu yang dia cuba lupakan?
Maya geleng kepala perlahan. "Jangan Datuk. Jangan pernah jilat ludah sendiri. Papa dan umi Maya hanya Khair dan Jannah. Well... Maya datang sini pun sebab semua sibuk suruh tengok lelaki yang kononnya terlantar sakit. I've done my part. Balik dulu datuk..."
Badan Maya dikalih ke belakang. Jeritan Datuk Mustapha memanggil namanya hanya dibiarkan. Saja hati biar keras walaupun sedih kerana bertindak kejam.
Tiada. Dia tidak kejam. Dia cuma mahu bahagia sendiri. Bahagia dia tanpa Datuk Mustapha. Berkali-kali dia bersuara menetapkan hati sendiri.
"Maya!! Mayaa..... Maya...."
Buk!!
Maya kalih belakang. Terkejut dengan Datuk Mustapha yang jatuh dari katil. Masih lagi mengensot untuk dengan dengannya. Kaki kaku melihat keadaan lelaki itu.
Air mata Maya mengalir semula. Geram dengan diri sendiri yang mula mendekati Datuk Mustapha. Benci bila dia tidak mampu bertindak kejam.
"Ampunkan papa nak... ampunkan papa..." Datuk Mustapha menarik tangan Maya ketika anaknya cuba bantu dia berdiri.
"Kenapa? Kenapa papa buang Maya? Kenapa papa tak pernah sayang Maya... Maya tidak pernah rasa kasih sayang Maya? Kenapa salahkan Maya sebab takdir arwah mama sakit? Kenapa pa?? Kenapa??"
"Maafkan papa... maafkan papa..." Sedaya upaya Datuk Mustapha menarik Maya ke dalam pelukannya. Ya Allah! Inilah anak yang pernah dia buang.
"Apa salah Maya pa? Maya pun sedih arwah tinggalkan Maya. Hanya arwah tempat Maya tagih kasih sayang waktu tu? Kenapa papa salahkan Maya? Kenapa papa buang Maya? Maya baru empat tahun waktu tu pa... Maya tiada sesiapa..."
Tangisan Maya bergema dalam wad. Meluahkan segala yang dia tahan bertahun-tahun. Melontar segala soalan yang selama ini disimpan rapi.
"Jangan tinggal papa nak... papa minta ampun... maafkan papa. Papa sayang Maya. Maya jantung hati papa.... Maya satu-satunya kenangan mama yang papa ada..."

ANDA SEDANG MEMBACA
MAYA (COMPLETED)
RomanceKenangan lama menghantui Maya Bella dengan kaum Adam. Dia hanya perlu dua adam saja dalam hidupnya. Adam Khair & Khair sendiri. Dua adam yang menghidupkan semula seorang Maya. Tapi sekarang seorang adam lagi cuba datang mendekat. ...