"Apa senyum-senyum? I masih marah!" Geram tengok muka Adam yang gedik tersenyum sejak pagi tadi. Tangan Adam yang masih membantunya kemaskan tali. Degil nak buatkan dia. Kononnya tidak yakin dengan pegawai bertugas. Tak tahu pula selama ni Adam memang part time buat kerja macam ni?
Sebelum mereka mulakan Coral flyer dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi, satu nafas dalam ditarik. Cuak sikit. Kalau dia sangkut tengah-tengah tali tu macam mana? Gerun fikirkan dia tergantung atas laut macam tu. Sejuk kaki Maya seketika.
"Okay?" Seolah memahami wajah cuak Maya. Adam tunjuk wajah tenang menyoal si gadis.
"Okay."
Dan okay Maya maksudnya tersangatlah tidak okay. Cuak beb!
"Its okay to show your fear darling."
Dia darling-kan pulak.
"I okaylah..." Degil Maya menjawab sebab enggan nampak lemah. Lagi pandangan Adam yang jelas risaukan dia. Maya tidak suka! Dia tidak mahu pandangan lemah orang lain padanya.
Adam pula suka kacau hati kejung dia.
"Careful sayang. Love you."
Dan Maya terkedu sehinggalah guide arahkan mereka untuk bergerak ke pulau sebelah. Hilang segala gugup dengar sepotong ayat Adam.
Yang Maya tahu dia dah sampai darat bila Adam pegang lengan bajunya.
"Are you okay darling?"
"Huh?"
"Sayang okay."
"Hah. Okay. Okay. Jom pergi pantai." Ajaknya yang masih cuba stabilkan hati dan perasaan sendiri.
"Okay... Terima kasih bro." Panjang harakat okay Adam sebab dia langsung tidak yakin dengan jawapan Maya. Enggan panjangkan dia sekadar menurut. Adam mula bergerak lepas berterima kasih pada pekerja yang membantu mereka tadi.
Kali kedua.
Percaya atau tidak. Kali kedua Adam ucap kata cinta. Dan setiap kali itu juga hatinya tidak mampu mengepam nada biasa. Apa dah jadi?
Spontan Adam memberi kata cinta menghilangkan ketenangan Maya.

ANDA SEDANG MEMBACA
MAYA (COMPLETED)
RomansaKenangan lama menghantui Maya Bella dengan kaum Adam. Dia hanya perlu dua adam saja dalam hidupnya. Adam Khair & Khair sendiri. Dua adam yang menghidupkan semula seorang Maya. Tapi sekarang seorang adam lagi cuba datang mendekat. ...