"Cik Maya..." panggilan dari salah seorang pembantu asrama.
"Semalam ada seorang lelaki cari cik. "
"Adam?"
"Bukan. Tapi umur lebih kurang umur cik dan Encik Adam." Dahi Maya berkerut. Siapa lagi lelaki selain Adam yang sibuk nak dekat dengan dia?
"Kak kenal?"
Geleng. "Dia jumpa dan berbual dengan umi Lin. Lama jugaklah. Rasanya Maya boleh tanya pada umi Lin." Entah kenapa hati Maya kurang senang bila ada orang cari dia. Umi Lin pun tiada cakap apa-apa ketika mereka berbual tadi. Mustahil Umi Lin lupa? Atau pembantu uminya ni cuba rahsiakan sesuatu dari dia?
"Baiklah kak. Terima kasih."
Makin digaru hati Maya untuk tahu siapa yang sanggup cari dia sampai di rumah anak yatim ni. Mustahil orang yang berkaitan dengan kerja perjabat. Hanya Adam seorang saja yang tahu dia selalu berada di situ selain ahli keluarga terdekat sahaja.
Cakap pasal Adam, lelaki tu masih lagi tidak tunjuk bayang sampai sekarang. Sangat menepati janjinya ketika lamaran tempoh hari. Dalam diam hati Maya turut terusik. Bersungguhkah Adam nak memilikinya?
Atau sekadar mencuba nasib pada perempuan macam dia?
Tapi kalau iyapun dia hendak terima Adam?
Layakkah dia untuk lelaki itu?
Buah fikiran Maya membawa satu keluhan kecil dibibir sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
MAYA (COMPLETED)
RomanceKenangan lama menghantui Maya Bella dengan kaum Adam. Dia hanya perlu dua adam saja dalam hidupnya. Adam Khair & Khair sendiri. Dua adam yang menghidupkan semula seorang Maya. Tapi sekarang seorang adam lagi cuba datang mendekat. ...