Setelah semua Magician lelaki kecuali Ryuchi dan Yuka dibelasah oleh Kyuina kerana cuba mencederakan Iyumi,mereka meneruskan perjalanan ke Sungai Asid.
"Ryu,jauh lagi ke?" soal Hara.
"Urrr....tak jauh lagilah.Depan lagilah," kata Ryuchi.
"Yer lorrr....berapa tu?" soal Vone.
"Haih...depan tu pende?" kata Iyumi bosan.
"Apa yang kamu buat dikawasanku ini!" jerit seorang gadis dibelakang mereka.Gadis itu berada diatas pokok.
"Rayna...kami datang ni nak ambik sikit asid boleh tak?" soal Iyumi lembut.Yang lain memandang satu sama lain.
"RAYNA!KAU KE TU!!!!" jerit mereka.Gadis yang bernama Rayna itu tersenyum.
"Oh!Kamu rupanya!Ingatkan siapalah yang hadir tadi,"katanya lalu melompat turun daripada pokok.
" Korang perlu bertanya sama Sang Raja Phoenix dahulu!"ujarnya.
"Phoenix?" soal Kaoru.Rayna memberi buku yang dibacanya tadi.Kyuina membacanya.
" PADA ZAMAN DAHULU,ADA SEORANG JEJEAKA YANG AMAT MENYUKAI PHOENIX DAN TINGGAL BERDEKATAN DENGAN SUNGAI ASID.PADA SUATU HARI,DIA BERJALAN DI TEPI SUNGAI ASID.
'SUNGGUH CANTIK PEMANDANGAN DI SINI'UJARNYA.SAMBIL ITU,DIA MEMBACA BUKU TENTANG KISAH PHOENIX.
TIBA-TIBA ,DIA MELIHAT SEEKOR BURUNG SEBESAR RUMAH MELINTASI SUNGAI ITU DIHADAPANNYA. JEJAKA ITU TERKEJU-"kata-kata Kyuina terhenti.
"Kenapa berhenti,Kyuina?" soal Vone.Air mata Kyuina mengalir.Dia mengertap bibirnya.
"Ayah....." ujarnya separuh berbisik sambil menunduk.
"Ayah?Apakah.....arh!" Hara terjatuh akibat satu tembakan tepat pada lengannya.
"Hara!" mereka menjerit.Rayna memandang ke tepi.
"Phoenix!" jeritnya.
"Ya...buku ni tentang phoenix," balas Vone.
Pluk!
Kepalanya diketuk dengan tongkat magis Iyumi.
"Bukan lah....tu Phoenix!" katanya sambil menunjuk kearah langit.
"APA!BESARNYA!TU KE PHOENIX!" teriak
"Ya.....itulah phoenix.Lembab," kata Kyuina.
"Tapi, itu bukan Sang Raja Phoenix!" jerit Rayna.
"Satu soalan,kenapa semua orang menjerit ni?" soal Hara yang dipapah oleh Ryuchi.
Plak!
"Auch!"keluh Hara apabila Kyuina mengetuk kepalanya menggunakan buku peraturan.
" Takde masa untuk fikir pasal tu!"kata Kyuina.Phoenix itu berbunyi dengan kuat sehinggakan semua orang perlu menutup telinga.Kemudian,phoenix itu mengeluarkan api dan dihalakan pada mereka berlapan.
"Siapakah gerangan yang berani masuk ke dalam kawasanku!" marahnya.
"Phoenix tu boleh bercakap!"Ryuchi terkejut.Mata phoenix itu berubah dari hitam ke hijau.Lalu ianya mendarat disebelah seorang lelaki yang berpakaian serba hitam.
"Krh!Kau... Kau!" kata lelaki itu sambil menunjuk kearah Hara.
"Siapa ka--Argh!" satu tembakan terkena bahunya.
"Hara!" jerit Kyuina.Lelaki itu terseyum sinis.
"Ini ker anak Hikaru?Lemah!Serangan tu pun tak boleh nak elak!Hahahahahaha!"gelak lelaki itu.Hara memegang bahunya sambil menunduk.
Michiyuki yang jauh melihat Hara menahan marah dan kesakitannya.Dia tersenyum sinis.
" Giliran kau pula Haragaku Akara....Himm..."katanya lalu menjilat lolipop.
Manakala itu,Hara berhenti mendesis.Manakala itu terseyum lalu tertawa seperti pontianak.
"Hahahaha.....HAHAHAHAHAHA!". Lelaki itu terkejut.
" Kenapa kau tertawa?!"jerkahnya.Hara tersenyum sinis.
"Kau tanya kenapa?Sebab kau berani melawan aku!HAHAHAHAHAHA!" ketawanya semakin lama semakin menjadi-jadi.
Lelaki itu menghalakan pistolnya kearah Hara.Ianya bercahaya lalu menjadi rifle.Ianya mengeluarkan satu tembakan maha besar.
Hara tersenyum sinis.Pistolnya juga dihalakan lalu cahaya bewarna hitam muncul dan ditembak darinya.Kedua-duanya bertembung lalu menyebabkan satu letupan yang besar."Argh!". Tembakan Hara tadi terkena pada bahu lelaki itu.Darah memancut keluar tanpa henti.Tetapi,ianya sembuh dengan sekelip mata saja.
Hara hanya tersenyum sinis.Matanya yang bewarna biru berubah menjadi hitam pekat.Rambut yang dulunya paras telinga memanjang sehingga paras bahu.
" MASA UNTUK BERMAIN!!!!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hehehe....sorry lambat update!
YOU ARE READING
Hikayat Sang Penyihir
FantasyAdakah ini satu sumpahan?Tak pernah yang mendekat?Tak pernah mempunyai orang yang menemani?Tapi apa jenis sumpahan ini?Sampaikan sang penyihir gelap boleh terkena? Ibu,ayah,semuanya langsung tiada.Hanya sang penyihir gelap yang masih muda.Keseoranga...