Chapter 2: Mr. Hyun

5.8K 442 4
                                    

Sebaik sahaja ujian itu berakhir, Ryan mengeluh sekuat hati.

"Kenapa?" soal William apabila melihat Ryan mengeluh.

"Soalan tadi susah sangat! Kau tahu tak aku punya nak lepas!!" jawab Ryan sambil tunduk memandang lantai.

"Kau dah cuba yang terbaik. Tunggu keputusan jelah" balas William.

"Hm..."

"Ryan!" jerit seseorang dari jauh.

"Eh, ayah?" Ryan terkejut kerana ayahnya datang menjemputnya.

"Hai, pakcik. Nama saya William" ucap William.

"Nama pakcik Yuuchiro" balas ayah Ryan.

"Pakcik, kereta saya dah sampai. Saya pergi dulu ya?" pinta William.

"Bye, Ryan!"

"Bye"

Ryan dan William saling balas melambai.

"Ayah" panggil Ryan.

"Ya?"

"Kenapa ayah datang jemput hari ni? Kan Ryan boleh jalan kaki je" soal Ryan.

"Alang-alang lalu dekat sini. Ayah ambil lah kamu" balas ayah Ryan sambil tersenyum.

"Abang dah balik!" ucap Ryan apabila sampai di rumah.

"Abang! Eh, ayah? Balik sekali ke?" soal Amelia.

"Ya" balas ayah Ryan.

"Amelia dah sediakan makanan, ayah dengan abang makanlah. Amelia nak pergi kerja part-time. Bye!"

Amelia jalan keluar dari rumah.

"Macam mana periksa?" soal ayah Ryan semasa mereka sedang makan.

"Hm...Ryan tak yakin sangat" balas
Ryan.

"..."

Yuuchiro, ayah Ryan berjalan ke dalam sekolah itu dan berjumpa dengan pengetua sekolah itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk" arah Mr. Hyun, pengetua sekolah tersebut.

"Erm, Hyun. Kau ingat aku lagi tak?" soal ayah Ryan.

"Ouh, Yuuchiro. Lama tak jumpa, kenapa datang sini?" soal Mr. Hyun.

"Aku nak minta tolong sikit"

"Yuuchiro, duduk lah dulu. Jangan diri je" jemput Mr. Hyun.

"Ah, terima kasih" Yuuchiro duduk di tempat duduk yang disediakan.

"Jemput minum"

"Lah, Hyun. Susah-susah je..." ucap ayah Ryan.

"Kau nak minta tolong apa?" soal Mr. Hyun.

"Erm, anak aku ada minta masuk sekolah ni. Boleh tak kau bagi dia masuk?" soal ayah Ryan dalam nada perlahan.

Dia berasa keberatan mahu meminta tolong Mr. Hyun. Mr. Hyun dan ayah Ryan pernah menjadi musuh dahulu, kemudian mereka berbaik disebabkan suatu kejadian.

"Hahaha..." Mr. Hyun ketawa.

Ayah Ryan terpinga-pinga. Tersalah cakap ke?

"Tu je ke? Senang jelah. Mestilah aku boleh tolong kau" balas Mr. Hyun.

"Betul ni?" soal ayah Ryan.

"Semestinya"

"Kalau begitu, aku minta diri dulu ya? Terima kasih banyak-banyak, Hyun" senyum ayah Ryan.

Sebaik sahaja ayah Ryan keluar dari bilik tersebut. Satu senyuman sinis terukir di wajah Mr. Hyun.

"Nampaknya aku boleh balas dendam lah ni? Kau ingat kita berbaik, aku akan lupa segalanya? Tak semudah itu. Aku akan malukan anak kau sehabis-habisnya"

Senyuman sinis tadi makin lebar.

• • • • •


Kreak!

"Eh, ayah dah balik?" soal Ryan melihat ayahnya di pintu.

"Ya"

Ryan menyambung kerjanya semula.

"Ryan, sini sekejap. Ayah nak bincang tentang sesuatu" panggil ayah Ryan yang sedang duduk di sebuah sofa.

"Apa dia ayah?" soal Ryan yang sedang berjalan dan duduk di sofa yang berlawanan dengan ayahnya.

"Pasal sekolah kamu, kamu jangan risau. Ayah tahu kamu akan lepas" senyum ayah Ryan.

Dia tidak sanggup beritahu yang dia menggunakan bantuan orang dalam untuk memasukkan Ryan.

"Betul ke ayah?!" soal Ryan teruja.

"Ya"

"Ayah"

"Ya?"

"Ryan akan jadi pelajar terbaik yang ayah boleh banggakan nanti"

Ayah Ryan hanya tersenyum.


The Fallen AngelWhere stories live. Discover now