Chapter : 39

2.6K 223 13
                                    

"Apa?! Mama, papa Ren tu adalah maharaja dekat bandar ni?!" jerit Aryn dengan berita itu.

"Shh... jangan jerit kuat-kuat!" marah Ryan.

"Kita dah buat jenayah ke... 😭" Aryn mula menangis pasrah.

"Perlahan lah Aryn, Ren dengar sedih dia tau tak!" Ryan memarahi Aryn.

"Sorry..." Aryn mula rasa bersalah.

"Jadi apa kita nak buat sekarang?" soal William dengan tenang.

"Kita tak payah buat apa pun. Kita tengok keadaan macam mana dulu. Lagi pun, kita tak buat salah apa pun" balas Ryan.

"Takpa ke?" soal Aryn.

"Biarlah, lagi pun dia masih budak. Kesian dia stress pasal keluarga dia" Ryan memandang sekilas ke arah Ren yang sedang tidur.

"Kitorang balik dulu ya? Hari dah lewat ni..." William meminta diri untuk pulang.

"Oh, okay. Bye!"

"Bye!" balas mereka berdua serentak.

"Abang"

"Eh, Ren dah bangun? Malam lagi ni, sambung lah tidur balik"

"Abang, Ren taknak balik. Ren nak duduk dengan abang, abang baik. Abang layan Ren elok-elok"

"Ren, abang tahu Ren taknak balik. Tapi, Ren kena ingat. Diorang tu masih mama dengan papa Ren. Mungkin diorang suruh Ren belajar sungguh-sungguh supaya Ren bersedia untuk menjadi raja suatu hari nanti..."

"Tapi, Ren pun nak kelonggaran sikit. Ren teringin nak main macam budak lain. Ren nak kasih sayang macam budak lain jugak. Mama, papa selalu sibuk..." balas Ren.

"Masa tu diorang sibuk kot. Nanti ajaklah mama dengan papa Ren pergi luangkan masa bersama"

"Boleh ke?" soal Ren.

"Boleh..." Ryan menghadiahkan senyuman.

"Um... baik abang. Kalau Ren dah sihat Ren balik..."

"Macam tu lah...." Ryan tersenyum dengan lebih lebar.

"Abang, kenapa mama dengan papa tak cari Ren?"

"Ren, Ren tu kan putera... cuba bayangkan kalau mama dengan papa Ren buat pengumuman yang Ren hilang. Bukan ke tu lagi membahayakan nyawa Ren. Nanti ramai berebut nak culik Ren dan jadikan Ren tebusan untuk wang. Jadi, mungkin mama, papa Ren cari Ren senyap-senyap. Ren, bukan mudah nak jadi pemerintah. Satu kesilapan boleh buat banyak yang terkorban" Ryan menerangkan satu per satu. Dia tahu Ren cuma risau.

"Betul jugak... tapi abang... boleh tak abang tolong hantar Ren balik..."

"Boleh... takkan nak biar Ren balik seorang, lagi bahaya..."

"Terima kasih, abang!" Ren mula tersenyum semula.

"Sama-sama!" Ryan membalas senyuman Ren.

"Dah, tidur balik. Esok, kawan-kawan abang nak bawa abang pergi jalan-jalan. Ren ikut sekali nak?"

"Mestilah, nak! Ren dah lama tak jalan-jalan..." Ren tersenyum lebih ceria.

"Selamat malam abang!"

"Selamat malam, Ren"

_______________________________________

"Ayah" Nien memanggil ayahnya.

"Ada apa?"

"Nien nak cakap sikit ni..."

"Cakap jelah... "

"Ayah ada melawat Ryan tak?"

"Melawat? Jangan harap..."

"Ada tanya sesiapa pasal keadaan dia?" Nien menyoal lagi.

"Tak"

"Ada orang cerita pasal dia?"

"Kamu jelah. Kenapa asyik ambil berat pasal dia je? Nien tahu dia lawan Nien kan"

"Ayah, ayah kan buat Ryan macam tu?" soal Nien serius.

"Tuduh?"

"Ayah, saya tahu ayah tipu sebab, macam mana ayah tahu dia hilang kuasa sedangkan takda siapa bagitahu? Ayah sendiri kata hanya Nien cakap pasal Ryan dekat ayah. Ayah, jangan tipu Nien. Nien bagitahu ayah sebab Nien nak bagitahu plan diorang" Nien tersenyum jahat.

"You want to join me? Why?" soal Mr. Hyun serius.

"I want you to know about their plan"

"What plan?"

"Diorang tahu ayah buat macam tu dekat Ryan. Tapi, diorang takde bukti. Jadi, diorang nak siasat banyak lagi pasal ayah" terang Nien.

"Siasat? Cubalah..." Mr. Hyun tersenyum penuh makna.

Perbualan mereka terhenti seketika.

"Kamu pasti ke nak join ayah?" soal Mr. Hyun.

"Ya, saya pasti... Lagi pun takda guna saya patah balik"

Mr. Hyun tersenyum.

_______________________________________

"Ryan, kau dah siap or belum?" soal William

"Ya, kejap ni tengah siapkan Ren"

"Ryan, takpa ke kita bawa dia?" soal Aryn kerisauan.

"Takpa, sebab takda siapa kenal dia..." Ryan membalas selamba.

"Abang, Ren dah siap!"

"Wah, handsome-nya Ren hari ni!" Aryn memuji Ren.

"Terima kasih, Kak Aryn!" Ren menghadiahkan senyuman.

"Dah, semua dah siap kan?" soal William.

"Ya, kejap aku nak cakap something kejap" Ryan memanggil Aryn dan William untuk mendekatkan telinga mereka.

"Jangan sesekali bagitahu orang lain yang dia tu pu.te.ra! Faham?" Ryan membisikkan kepada mereka. Mengangguk serentak.

"Abang jom!" ajak Ren yang lain tidak sabar. Sudah lama dia tidak berjalan-jalan.

Mereka berjalan dan menunggu di pintu hadapan. Lily, Raizel, Qi, Kiri, Tyra dan Hazel sedang menunggu mereka. Mereka melambai ke arah Ryan.

"Ryan!" Qi menegur.

"Eh, siapa budak kecil ni?" soal Tyra apabila melihat Ren.

"Dia pesakit baru yang duduk sebelah aku. Saja bawa dia sekali"

"Nama adik siapa?" soal Qi.

"Nama saya Ren. Selamat berkenalan!"

"Selamat berkenalan Ren! Nama akak Qi, yang ni kak Tyra dan Lily, abang Raizel, Hazel dan Kiri"

"Selamat berkenalan!" ucap mereka serentak selepas diperkenalkan.

"Kita nak ke mana abang?" soal Ren.

"Kita ke... Akuaria!!!"

"Yeay, akuaria!!" Ren bersorak gembira.

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now