Chapter 1: William

10.5K 549 6
                                    

"Abang! Abang! Cepatlah bangun!" jerit adik Ryan, Amelia dari bawah.

"Hm..." Ryan memejamkan matanya semula.

Splash!

Amelia menyimbah sebaldi air ke atas Ryan.

"Amelia! Apa ni?!" Soal Ryan yang cepat-cepat bangun kerana terkejut.

"Abang, tengok jam sekarang..." senyum Amelia ada makna.

Ryan melihat ke arah jam di sebelahnya.

"7.49, kenapa?" soal Ryan masih tidak sedar.

"Abang, hari ni abang ada apa?" soal Amelia.

"Ujian kemasukan sekolah?" jawab Ryan.

"Ujian start pukul berapa?" soal Amelia sekali lagi.

"8.00?" jawab Ryan.

"..." suasana sunyi seketika.

Krik! Krik! Krik! Krik!

Bunyi cengkerik yang tak berapa jadi.

"ARGH!!! DAH LAMBAT!" jerit Ryan.

Amelia keluar dari bilik abangnya sambil menggelengkan kepalanya.

Ryan pula dengan pantas bersiap selaju yang mungkin.

"Amelia, abang pergi dulu!" Ryan berlari keluar.

Ryan berlari selaju mungkin. Dah lah lambat nak ambil ujian. Ni semua sebab dia main game banyak sangat semalam sampai tidur lewat.

"Hah, hah....aduh. Penatnya! Nasib baik jugaklah sempat..." keluh Ryan.

"Perhatian, Diminta kepada semua pelajar yang ingin mengambil ujian kemasukan sila ke dewan Blok B. Terima kasih" arah suatu suara dari speaker.

Ryan berjalan ke dewan Blok B seperti yang diarahkan. Sampai sahaja, dia mengambil tempat duduk yang masih kosong.

"Banyak jugak orang dekat sini, aduh. Apalah, mestilah ramai. Sekolah magik ada satu je dekat sini!" cakap Ryan seorang-seorang.

Seorang budak lelaki berambut kuning datang dan duduk di sebelah Ryan. Budak lelaki itu senyum ke arah Ryan. Ryan membalas senyumannya.

"Hai, saya William" ucap budak lelaki bernama William itu.

"Ouh, saya Ryan. Selamat berkenalan" Ryan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

"Selamat berkenalan" William menyambut tangan Ryan.

"William, kau pun ambil ujian?" soal Ryan.

"Mestilah, kalau tidak kenapa saya dekat sini?" balas William.

"Salah tanya..." Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ryan, kau rasa kita akan dapat rank tinggi tak?" soal William.

"Rank?"

William faham bahasa wajah Ryan. Nampak sangat Ryan tak tahu ada sistem rank dekat sekolah ni.

"Kau tak tahu ke?" soal William.

"Em....tak?" sejak bila sekolah ni ada rank?

"Mari saya jelaskan. Dalam sekolah ni ada sistem rank untuk bandingkan kekuatan pelajar. Pelajar paling lemah rank F, paling tinggi rank A. Tapi, kalau luar biasa rank S!" senyum William teruja.

"Ooo...." Ryan menjawab dengan huruf O yang panjang.

"Power kau tahu tak?" soal William.

Ryan menggeleng kepala sekuat hati.

"Okay, saya terangkan pasal power. Power yang selalu ada mermaid user, fairy user, lion user dan tiger user. Power yang hebat pulak, dragon user. Dragon user ni banyak kategori pulak. Ada water dragon, earth dragon, wind dragon, lightning dragon dan fire dragon user"

"Banyaknya jenis kuasa. Aku tak pernah ambil tahu, tu sebab blur sikit tuh" gelak Ryan.

William ikut ketawa dengan Ryan.

"Ujian kemasukan akan dimulakan dalam masa 15 minit. Sila bersiap sedia, terima kasih" ucap seseorang dari depan.

"Semoga berjaya!" ucap Ryan.

"Kau jugak" balas William.


The Fallen AngelWhere stories live. Discover now