Chapter : 47/ Terlepas

2.7K 242 7
                                    

"William, macam mana nak jawab soalan ni?" soal Ryan sambil menggaru kepalanya.

"Ouh, yang ni. Buat macam ni, lepas tu macam ni. Hah, tu jawapan dia" balas William.

"Eh, yalah. Okay terima kasih.

"Kita dah 3 jam kat sini. Tak nak balik ke?" soal Aryn.

"Yelah, kita belajar tak ingat dunia" gelak Nien.

"Dah jom kemas-kemas balik" kata Ian.

"Korang nak balik dah ke?" soal Yuu yang menyapu lantai library.

"Ya, kenapa?" soal Aryn.

"Jangan lupa letak dekat tempat asal. Muka surat jangan kepak. Takda contengan dan jangan ambil buku tanpa pinjam" Yuu memberi amaran.

"Baik..." balas Ryan.

Sampai di dorm, William berjalan ke bilik air untuk mandi. Ryan pula duduk di meja belajarnya dan menyambung soalan tadi.

"Eh, nak study lagi?" soal William.

"Hm..."

William tersenyum.

"Tak faham tanya" katanya.

"Hm..."

        _____________________________

Di padang Akademi Fenrir, Ryan dan lain-lain sedang membuat regangan badan.

"Kita nak buat apa dulu?" soal Aryn.

"Kita berlari sekeliling padang dulu..." balas Ryan.

"Baik!" balas Aryn.

Mereka berlari sekeliling padang sebanyak 10 pusingan.

"Hah...hah... Aduh! Penatnya!!!" kata Nien.

"Ryan, kau tak penat ke?" soal William.

"Kau tak tercungap-cungap macam kitorang pun..." balas Ian.

"Kau ni apa sebenarnya??" soal Ian pula.

Mereka semua berbaring di atas rumput kerana kepenatan. Mana tak nya? Padang mereka bukan kecil, luas!! Ryan hanya tersengih, dia memandang ke arah mereka yang sedang berbaring.

"Korang, bangun balik! Mana boleh baring lepas berlari. Patutnya korang berjalan-jalan dulu taknak bagi sakit otot nanti" nasihat Ryan.

"Yelah..." balas mereka serentak.

"Kan aku dah cakap, aku dah biasa buat semua ni..." kata Ryan.

"Okaylah, korang rehat 5 minit dulu. Nanti kita sambung balik" Ryan berasa kasihan kepada mereka.

"Baiknya kau!" jerit Nien.

"Masih, banyak-banyak..." jawab Ian.

Tiba-tiba ayah Ryan datang ke arah mereka sepantas mungkin. Ayah Ryan kelihatan cemas.

"Ryan! Ryan! Ayah ada berita penting ni!!" jerit ayahnya dari jauh.

"Hah?! Apa dia?" Ryan berjalan mendekati ayahnya dan juga lain-lain.

"Hah...hah.... Kejap.. ayah.... let....
letih...." Ayah Ryan menarik nafasnya semula.

"Hyun!" jerit ayahnya.

"Kenapa dengan Mr. Hyun?" soal Aryn.

"Dia TERLEPAS!!!!" ayah Ryan menggoncangkan tubuh anaknya.

"Hah?! Dia terlepas?!" jerit Nien.

"Macam mana??" soal Aryn.

"Dia larikan diri..." balas ayah Ryan.

"Jadi, apa kita nak buat sekarang?" soal Ryan.

"Panggil semua yang jumpa dengan dia dekat dewan hari tu dan berkumpul dekat bilik utama. Korang tahu kan kat mana?" soal Yuuchiro.

"Oh, okay!" balas Ryan.

Mereka mula memanggil Raizel, Qi, Kiri, Hazel, Tyra, Lily dan kesemuanya.

"Ryan, betul ke Mr. Hyun terlepas?" soal Raizel yang baru tiba di situ dalam keadaan terpinga-pinga.

Mereka masih tidak memahami situasi mereka. Setelah semua orang berkumpul termasuk Claze dan Haise. 'Pengetua Yuuchiro' berjalan ke hadapan dan menerangkan segalanya.

"Seperti yang semua tahu, Mr. Hyun telah pun terlepas dari penjara" ucap pengetua.

Banyak yang di dalam kalangan mereka masih percaya berita itu betul.

"Mr. Hyun didapati lari dari penjara pagi tadi dan sekarang saya akan berikan Haise dan Claze untuk menerangkan dengan lebih lanjut..." Haise dan Claze berjalan ke hadapan.

"Baiklah, seperti yang kita tahu ex-pengetua kita dah lari dari penjara. Hal ni tidak boleh dipandang remeh sebab dia membahayakan kita" ucap Haise.

"Mr. Hyun mungkin akan membalas dendam terhadap apa yang kita dah buat. Ini bermakna nyawa kita dalam bahaya. Mr. Hyun mungkin akan merancang untuk menculik kamu, ugut kamu dan paling kejam bunuh kamu" sambung Claze.

"Jadi kami nak ingatkan supaya berjaga-jaga. Lagi-lagi Ryan sebab dia paling bencikan kamu" Ryan hanya menundukkan kepalanya.

'Ni semuanya salah aku. Aku dah bahayakan nyawa semua orang. Macam mana kalau ada orang mati? Diorang akan salahkan aku?' bisik hati Ryan.

"Woi, Ryan kau termenung apa tu?" soal William yang berada di sebelahnya. Satu bilik memandang ke arahnya.

"Ah, maaf!" Ryan meminta maaf. Dia tidak sangka benda tu akan terjadi.

"Ryan" panggil Haise.

"Ya?" Ryan memandang ke arah Haise.

"Saya tahu kamu rasa bersalah...." Mereka masih memandang ke arah Ryan.

"Apa kata kamu beritahu semua apa yang kamu fikir sekarang ni?" Claze memberi cadangan.

"Okay" Ryan berdiri di hadapan. Dia menarik nafas.

"Saya cuma.... saya cuma rasa bersalah sebab dah libatkan hal ni dengan korang. Korang cuma berniat nak membantu, tapi nanti ada yang akan terkorban nyawa Korang juga akan menyalahkan seseorang, dan seseorang itu adalah saya kan?" soal Ryan.

Mereka ketawa. Ryan terpinga-pinga. Dia ada salah cakap ke?

"Ryan, kami yang libatkan diri kami. Semuanya bukan salah awak" kata Lily.

"Takkan kami nak tengok awak mati berlawan seorang diri?" soal Raizel.

"Kami tahu awak kuat. Tapi, kami pun kuat jugak!" balas Aryn.

"Awak bukan keseorangan" kata Professor Haine.

"Kami kan kawan awak?" kata William.

Tiba-tiba air matanya mengalir laju. Mereka tergamam.

"Ah, Ryan kau merajuk ke!!" soal Nien cemas.

"Alamak, kita buat salah!" kata Qi.

Kemudian Ryan mengelap air matanya.

"Tak, cuma saya terharu. Saya datang akademi sebab ayah saya melutut, saya dicaci, saya bekerja tanpa henti. Kawan pulak saya takda. Tapi, sekarang korang sanggup tolong saya walaupun nyawa korang dalam bahaya..." Ryan bercakap sambil mengelap air matanya yang tidak sudah-sudah.

Ayah Ryan hanya tersenyum. Ryan dah tak keseorangan....

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now