Chapter : 49

2.4K 223 7
                                    

"Nien, mana Ryan!" soal Haise yang baru tiba di situ bersama Claze dan Raze.

"Dia pergi gudang lama belakang cafe seorang diri untuk selamatkan diorang! Pengetua baru nak ke sana!" balas Nien.

"Raze, kau jaga diorang. Takut ada benda lain diorang rancang" arah Haise.

"Baik!" Raze tanpa membuang waktu menolong pelajar-pelajar yang cedera itu.

"Claze, jom ikut ayah Ryan!"

"Jom!"

Mereka berlari menuju ke arah Pengetua Yuuchiro yang baru sahaja mahu menuju ke sana.

"Eh, Haise, Claze! Apa korang buat dekat sini?" soal Yuuchiro.

"Bawa kitorang sekali!" Pada mulanya dia teragak-agak, akhirnya dia setuju dengan permintaan mereka.

Pengetua Yuuchiro cuba membawa selaju mungkin. Sampai di sana mereka melihat Ryan sedang dibelasah oleh Mr. Hyun, Mr. Han dan Kim serentak.

Baru mereka tahu bagaimana Mr. Hyun membuat semua itu. Jika dia hanya menggunakan kuasanya sahaja pasti rancangannya tidak berjaya.

"Tch, diorang komplot!" marah Haise apabila melihat situasi itu.

"Haise! Jom tolong Ryan cepat!" mereka bertukar dan cuba untuk menolong Ryan yang hampir mati.

"Ish, diorang dah sampai! Kim, gunakan benda tu sekarang!!" arah Mr. Han.

"Ya!" Kim mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan menyemburnya ke arah Haise dan Claze.

"Argh! Gas apa ni?!" Langkah Haise dan Claze terhenti. Tiba-tiba mereka tidak dapat menggerakkan tubuh mereka. Seolah-olah mereka lumpuh.

"Haise, Claze!" Ryan memanggil mereka.

Mereka tidak dapat menyahut panggilan Ryan. Gas itu juga membuatkan mereka tidak boleh bercakap.

Haise dan Claze diangkat dan dibawa ke tempat yang lain di ikat.

'Aku sepatutnya boleh kalahkan diorang, kenapa aku biar diorang belasah aku? Aku kena selamatkan kawan-kawan aku!' bisik hati Ryan.

Ryan cuba bangun dari tempatnya.

"Kau nak pergi mana?" Kim menendang tubuh Ryan yang cuba untuk bangun. Mr. Hyun dan Mr. Han hanya tersenyum kegembiraan.

"Dia nak selamatkan kawan-kawan dia dalam keadaan macam tu?" Mr. Hyun hanya ketawa.

Ryan terus dibelasah oleh mereka.
Di badannya penuh luka. Darah mengalir keluar dari badan. Akhirnya mata Ryan tertutup.

"Ayah, dia dah mati ke?" soal Kim.

"Biar ayah check..." balas Mr. Han.

Mr. Han memeriksa nafas Ryan. Kemudian, Mr. Han tersenyum.

"Dia dah mati"

"Jadi, apa kita nak buat sekarang?" soal Mr. Hyun.

"Buat apa lagi? Lempar lah badan dia. Dia dah tak berguna dah. Sekarang aku nak balas dendam dekat orang yang tolong dia pulak!"

Mr. Hyun memandang Amelia. Dia tahu Amelia adalah adik Ryan. Kemudian dia tersenyum.

"Ada cadangan untuk budak perempuan yang tu?" soal Mr. Hyun kepada Mr. Han dan Kim.

Amelia cemas kerana jari telunjuk Mr. Hyun tunjuk ke arahnya. Dia tahu nyawa dia dalam bahaya. Tetapi, apa yang dia boleh buat? William dan yang lain-lain di ikat dengan alat yang istimewa membuatkan mereka tidak boleh menggunakan kuasa mereka.

"Abang..." Amelia menangis kesedihan. Dia tidak sangka semuanya akan berakhir di sini.

_______________________________________

Ryan membuka matanya. Sekelilingnya hanya ada warna putih.

"Aku kat mana?" soalnya. Dia melihat ke arah tangannya.

"Aku dah mati?" Ryan memejamkan matanya. Dia tahu dia bersalah kerana meletakkan nyawa mereka dalam bahaya. Sekarang, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

"Ryan" satu suara memanggil namanya.

"Siapa yang panggil aku?" soalnya. Dia melihat sekelilingnya tetapi tiada siapa. Kemudian Shiro muncul di hadapannya.

"Shiro? Kau ke yang panggil aku?" soal Ryan.

"Ya, aku yang panggil kau..." jawab Shiro.

"Kenapa aku ada dekat sini?" soal Ryan.

"Sebab.... kau dah mati" jawab Shiro.

"Jadi, aku tak boleh selamatkan diorang?" soal Ryan kelihatan sedih.

"Hanya ada satu cara...." balas Shiro.

"Beritahulah aku, aku sanggup buat apa sahaja" balas Ryan yang mengelap air matanya.

"Tapi, aku tak pasti kalau kau berjaya kuasainya" balas Shiro.

"Apa maksud kau? Aku tak faham" Ryan memandang mata Shiro yang kelihatan sayu.

"Kau boleh hidup semula kalau kau kawal kegelapan kau" balas Shiro.

"Kegelapan aku?" soal Ryan.

"Lihat belakang kau..."

Ryan menoleh ke arah belakangnya. Tiba-tiba sekelilingnya berubah menjadi warna hitam. Dia terkejut dan berundur ke belakang.

"Apa dah jadi?" Ryan berpusing kanan dan kiri. Shiro telah pun hilang dari pandangan matanya. Kemudian Shiro muncul kembali tetapi seluruh badannya berwarna hitam.

"Apa dah jadi dengan kau Shiro?" soal Ryan tertanya-tanya.

"Aku bukan Shiro. Aku adalah kegelapan kau. Sekiranya kau berjaya mengawal aku, aku akan bagi kau pinjam kuasa aku. Tetapi, sekiranya kau gagal...."

"Sekiranya aku gagal?"

"Aku masih akan pinjamkan kuasa aku, tetapi ada bayarannya"

Ryan berfikir seketika. Apa bayaran yang dimaksudkan harimau hitam ni?

"Apa bayarannya?" soal Ryan.

"Diri kau"



The Fallen AngelWhere stories live. Discover now