Chapter : 51

2.9K 229 40
                                    

Mr.Hyun langsung tidak berasa apa-apa. Dia terlalu yakin yang Ryan lemah seperti sebelumnya.

"Bersedia untuk dimusnahkan?" soal Ryan.

"Kalau kau boleh..." Mr.Hyun tersenyum lebar.

Mr. Hyun bertukar dan terus menyerang Ryan.

"RASAKAN NI!!!" jeritnya.

Boom!

Ryan menggunakan tangan kirinya untuk menahan serangan itu. Dirinya tidak tercedera walaupun sedikit.

"Apa?"

Mr. Hyun terkejut dan mula mengundur ke belakang. Mr. Han hanya melihat perlawanan mereka. Dia tergamam dengan kekuatan Ryan.

"Tch, kau ingat kau tahan serangan aku. Kau kuat?!" soal Mr. Hyun dalam keadaan marah. Dia cuba menyerang Ryan sekali lagi.

"KAU AKAN MATI DI TANGAN AKU!!!"

Boom!

Serangan Mr. Hyun dapat ditahan Ryan sekali lagi. Dia tidak berganjak walaupun sedikit.

"Fire" ucap Ryan.

Api muncul di sekeliling kawasan dia berdiri.

"Fire dance..."

Api mula menyambar tubuh badan Mr. Hyun. Mr. Han berlari dan menyorok. Walaupun dia mage paling kuat di Bandar Fenrir tapi elemen apinya tidak sekuat Ryan.

"ARGH!!! PANAS!" Mr. Hyun menjerit kerana tidak tahan dengan kepanasan api Ryan. Dia berguling-guling di lantai cuba untuk memadamkan api di tubuhnya.

"Water!"

Air yang diseru Mr. Han dari jauh memadamkan api di tubuh Mr. Hyun.

Mr. Hyun masih tidak mahu mengalah. Walaupun tubuhnya dibakar dengan teruk, tetapi dendamnya masih kuat.

"AKU TAKKAN MATI SELAGI KAU TAK MATI!!!" jeritnya.

Jeritannya tidak dibalas. Muka Ryan langsung tiada reaksi bagaikan patung.

Mr. Hyun menyeru pedangnya untuk mengalahkan Ryan. Dia cuba untuk menikam tubuh Ryan.

Splurt...

Darah memancut keluar. Tubuh Ryan ditikam oleh pedang Mr. Hyun. Mr. Hyun ketawa tidak berhenti-henti. Mulut Ryan mengalirkan darah.

Mr. Hyun menarik pedangnya keluar dari tubuh Ryan. Tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Kesan tikaman Ryan hilang sebegitu sahaja. Seolah-olah dia langsung tidak ditikam. Ryan mengelap darah di mulutnya. Kemudian dia merenung muka Mr. Hyun.

"Giliran aku..."

Ryan menyeru pedangnya pula.

"Meghouka takana el sword"

Muncul dua bilah pedangnya.

Slash!

Tangan kanan Mr. Hyun dipotong. Darah mengalir keluar dari tangannya.

"ARGH!!!"

Mr. Hyun menjerit kesakitan. Dia cuba mencari abangnya untuk meminta bantuan. Malangnya, abangnya sudah pun lari menyorokkan diri dari dibunuh Ryan.

"Tch, abang tak guna! Khianat aku last minute!" Mr. Hyun mendengus kegeraman. Tiba-tiba dia tersenyum semula.

Reaksi Ryan berubah sedikit.

"Kau ingat kau dah menang?" soal Ryan.

Mr. Hyun mengeluarkan satu botol yang berisi cecair berwarna hitam. Kemudian, dia minum cecair itu tanpa meninggalkan walaupun setitis.

"Dahaga sangat dia ni" kata author.

Tubuh badannya berubah. Di belakangnya tumbuh sepasang sayap juga. Tetapi, rupanya seperti sayap kelawar. Mata putihnya berubah menjadi warna hitam. Manakala anak matanya pula bertukar menjadi warna kuning. Rupa Mr. Hyun seperti demon. Tangannya yang dipotong tumbuh semula.

"Kau takkan dapat kalahkan aku dengan kekuatan demon ni!" jerit Mr. Hyun. Dia berasa terlalu yakin yang kemenangan akan menjadi miliknya.

"Demon?" kata Ryan. Kemudian dia ketawa sedikit.

"Kenapa kau gelak sampah! Kau ingat kau boleh kalahkan aku!!" marah Mr. Hyun apabila dipersendakan.

"Demon Vs Angel? Mari kita tengok siapa yang akan menang..." Ryan bergerak untuk menyerang Mr. Hyun.

Tiba-tiba dia hilang, Mr. Hyun sedikit cemas.

"Aku kat belakang kau..." bisik Ryan.

Mr. Hyun menoleh ke belakangnya dengan pantas. Tetapi, tiada siapa di situ. Dia cuba menoleh ke kanan dan kirinya.

"Kat atas tak tengok?"

Boom!

Serangan Ryan tepat mengenai Mr. Hyun.

"ARGH! AKU AKAN BALAS DENDAM TAK KIRA APA JUGAK!!!" jerit Mr. Hyun.

"Tak sakit tekak ke asyik menjerit?" kata author.

Dia mengambil tubuh Amelia dan meletakkan pedangnya di leher Amelia.

" Jangan datang dekat! Kalau tidak aku kelar leher adik kau! " kata Mr. Hyun.

"Adik aku?"

Ryan ketawa. Mr. Hyun berasa pelik dengan perbuatan Ryan.

"Kenapa kau ketawa! Nyawa adik kau berada di tangan aku!" jerit Mr. Hyun. 'Sekali lagi'

"Kau nak kelar dia? Kelar lah.. aku aku tak kisah langsung" kata Ryan tersenyum.

Mr. Hyun rasa tercabar dan mengelar leher Amelia tanpa ragu-ragu. Darah berwarna merah mengalir keluar. William dan lain-lain terkejut dengan perbuatan Mr. Hyun.

"Puas hati aku!!" jeritnya 'sekali lagi'.

Kemudian memandang Ryan pula.

"Sekarang giliran kau!" Mr. Hyun berlari laju menuju ke arah Ryan.

"Earth..."

Mr. Hyun tidak dapat bergerak. Tubuhnya dicengkam tanah. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Tanah yang mengcengkamnya terlalu kuat.

"Semua ni belum tamat!!!" jeritnya.

Ryan tersenyum.

"Tak, semua ni dah tamat..."

Ryan menggunakan the cursed sword miliknya.

"Last move, the cursed sword..."

Teknik itu menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya. Serangan itu tepat ke arah Mr. Hyun.

"TIDAK!!!" Mr. Hyun menjerit kuat.

Akhirnya dia mati di situ. Ryan tersenyum kembali.

"Mr. Han, kat mana kau menyorok?" Ryan cuba berjalan-jalan sekeliling gudang untuk mencari Mr. Han yang menyorok. Apabila Ryan melalui tempat persembunyiannya dia menahan nafasnya supaya Ryan tidak dapat menjumpainya. Selepas Ryan hilang dari pandangan dia menarik nafas lega.

"Dah jumpa!" Tiba-tiba Ryan berada di sebelahnya.

"To.. tolong jangan apa-apa kan aku! Aku minta maaf!!" Dia cuba merayu kepada Ryan.

Ryan tersenyum.

"Bila jahat suka senyum ya?" kata author.

"Dah. Ter. Lam. Bat...." apabila Ryan sedia untuk membunuh Mr. Han, tiba-tiba ada seseorang berlari laju dari belakangnya.

"Berhenti, Ryan!"

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now