Chapter : 42

2.6K 216 0
                                    

"Ryan, Ren! Dah siap ke belum? Cepatlah sikit nanti lambat pulak!" jerit Professor Haine dari luar bilik.

"Ya, dah siap dah lah ni" kata Ryan sambil tersengih-sengih.

"Kenapa Ren ikut sekali?" soal Professor Haine kepada Ryan dalam keadaan berbisik.

"Saya ada lagi satu masalah besar pasal tu, lepas kes ni selesai baru saya bagitahu" Ryan berkata dalam separuh berbisik.

"Yelah..." kata Professor Haine.

"William mana?" soal Ryan.

"Dalam kereta..." balas Professor Haine.

"Jom, Ren!" ajak Ryan.

"Kita nak ke mana abang?" soal Ren tertanya-tanya.

"Kita nak selesaikan pasal kehilangan kuasa abang 😁" kata Ryan.

"Dekat mana?" soal Ren.

"Em..istana?" kata Ryan.

"Hah, istana?!" soal Ren terkejut.

"Dewan istana lah sebab kat sana ada orang yang abang percaya. Kan abang dah kata abang nak hantar Ren balik. Lepas kes habis, abang bawa Ren pergi jumpa mama papa Ren. Faham?" terang Ryan

"Faham, faham"

"Okay, good! Let's go!" jerit Ryan.

"Hi, William!" ucap Ryan apabila ternampak William di dalam kereta.

"Oh, Hi. Hi, Ren!" kata William.

"Hi, Abang William!" ucap Ren.

"Kau dah sedia ke belum?" soal William.

"Semestinya...😁" balas Ryan.

"Ren duduk depan. Abang duduk belakang dengan Abang William, okay?"

"Okay, Abang Ryan!" balas Ren.

Sepanjang perjalanan mereka bersembang tentang pelbagai benda. Professor Haine tersenyum melihat mereka.

"Okay, kita dah sampai!" kata Professor Haine.

"Abang, nanti kalau ada orang tahu muka Ren macam mana?" Ren kelihatan risau kerana takut identitinya terbongkar.

"Jangan risau, abang dah sediakan sesuatu untuk Ren!" Ryan mengeluarkan topeng muka dan jacket berwarna hitam dari begnya.

"Jacket dan topeng? Abang nak saya tutup muka ke?" soal Ren.

"Ya! Dah pakai jacket ni, tutup kepala sama. Lepas tu, pakai topeng muka ni. Siap!" Ryan memberikan cermin muka supaya Ren dapat melihat dirinya.

"Wah, memang tak nampak langsung! Abang sememangnya terbaik! 👍😄" kata Ren seakan tidak percaya.

"Kamu tunggu apa lagi? Jomlah!" Professor Haine memanggil mereka yang jauh kebelakang ditinggalkan.

"Baik!!" ucap mereka serentak.

Sampai di dewan, kawan-kawan sekelas dan 'raizel and the geng' sudah sampai. Begitu juga dengan Nien dan Ian. Tetapi, kelibat Aryn dan Tyra tiada di situ.

"Mana Aryn dan Tyra?" soal William kepada Raizel apabila mereka sampai di situ.

"Jalan-jalan..." balas Raizel.

"Kita start pukul berapa ni?" soal Kiri.

"10 tepat" balas Qi.

"Lagi 5 minit..." kata Hazel pula apabila dia melihat ke arah jam tangannya.

"Siapa orang yang kau percaya sampai dia bagi kita guna dewan istana ni? First time aku masuk sini..." Raizel melihat sekelilingnya. Hiasan di situ mewah dan simple.

"Korang mesti terkejut punya... orang tu ialah...." belum sempat Ryan menyebut namanya orang itu telah pun sampai.

"Sorry, lambat! Hah...hah..." Haise dan Claze yang baru sampai kelihatan termengah-mengah kerana keletihan.

"Eh, Haise? Claze? Apa korang buat dekat sini?" soal Qi yang masih tidak tahu orang yang dimaksudkan.

"Korang ni... Haise dan Claze lah orang yang aku maksudkan tu!" Ryan menyambung ayatnya yang tergantung tadi.

"Hah?! Haise dengan Claze orang penting istana?! Wow!" jerit Tyra yang baru tahu.

"Hi Haise, Claze! Lama tak jumpa!" kata Kiri menegur mesra.

"Oh, hi korang! Macam mana korang? Sihat?" soal Haise.

"Sihat!!" jawab mereka serentak.

"Siapa diorang Ryan?" tanya Lily yang tidak tahu apa-apa.

"Aku tak pasti, Professor Haine kata aku kenal. Aku pun pura-pura kenal je lah. Professor Haine kata diorang dah tahu keadaan aku, rasanya takda masalah kot. Cuba tanya Tyra" cadang Ryan.

"Okay!" balas Aryn.

Aryn berjalan ke arah Tyra dan menanya soalan yang sama.

"Oh, diorang tu orang yang ajar kitorang jadi mage lah. Tapi, kitorang tak tahu yang diorang bekerja di istana. Baru sekarang kitorang tahu" terang Tyra.

"Oh, begitu..." Aryn mengangguk tanda faham.

"Hai, Ryan! Kau tak ingat aku kan?" soal Haise.

"Em... kat mana kita jumpa?" soal Ryan.

"Nampaknya betul lah apa Haine cakap ya? Takpalah nanti aku cerita satu-satu nanti. Sekarang kita nak selesaikan kes kau dulu" Haise menghadiahkan senyuman dan berlalu pergi.

'Kalau ya pun jangan buat aku tertanya-tanya...' bisik hati Ryan.

"Kau tengah fikir yang jangan buat aku tertanya-tanya kan?" soal Claze.

"Eh, macam mana kau tahu?! Kau baca minda aku ek??" soal Claze.

"Taklah tengok muka kau pun dah tahu..." balas Claze.

"Ye ke?" Ryan meraba-raba mukanya. Dia masih tertanya-tanya.

"Dah, jom kau nak selesaikan kes kau kan? Nak dapatkan kuasa dan ingatan kau balik?" Claze bertanya.

"Ah, ya!" Ryan mengikuti belakang Claze untuk berkumpul ke dewan.


The Fallen AngelWhere stories live. Discover now