Chapter : 48

2.6K 220 24
                                    

"ARGH!!!!" jerit Hyun di sebuah gudang yang gelap.

"Ni semua salah budak bod*h tu!!" Hyun hanya menumbuk-numbuk tong yang berada di hadapannya.

"Kalau aku tak bagi dia masuk sekolah tu mesti aku dah berjaya sekarang!" Hyun masih tidak berasa puas hati dengan Ryan.

Dia juga tidak boleh terima yang anaknya menolong Ryan, disebabkan itulah dia terpaksa bercerai dengan isterinya.

Kalau Nien tidak membantu Ryan mesti Ryan sudah dibuang sekolah.

"Hyun..." panggil seseorang dari belakang.

"Han!" dia terkejut. Dia berundur beberapa tapak ke belakang.

"Apa kau buat kat sini? Kau nak tangkap aku kan!" jeritnya dengan marah.

"Tak"

"Hah?"

"Abang nak tolong kamu..."

"Tolong? Entah, entah abang khianat saya macam Nien" balas Hyun.

"Abang tak kisah kamu penjenayah. Kamu tetap adik abang" Han hanya memandang ikhlas.

"Bukti?"

"Abang sanggup buat apa sahaja"

"Menarik..." Hyun tersenyum.

           __________________________

"Ayah, kenapa Amelia ada dalam kelas Ryan?" soal Ryan pelik. Patutnya 16 tahun baru masuk akademi.

"Untuk keselamatan, ayahkan dah kerja. Amelia seorang kat rumah. Kan bahaya?"

"Oh, baguslah. Tak payah risau sangat..." balas Ryan.

"Kamu datang nak tanya pasal tu je ke?"

"Sebenarnya....hah.... Ayah. Ayah tak kisah ke korbankan nyawa hanya untuk Ryan. Sejujurnya Ryan taknak orang yang Ryan sayang mati depan Ryan. Ryan sebenarnya tak setuju bila diorang cakap macam tu" Ryan meluahkan segala fikirannya.

"Jadi, Ryan tak percayakan diorang?" soal ayahnya.

"Bukan macam tu, cuma Ryan taknak ada siapa-siapa mati sebab Ryan. Dia tak kisah, tapi kalau orang sekeliling dia? Mesti diorang akan salahkan Ryan seumur hidup"

"Ryan, kamu memang dah besar..."

"Kenapa ayah cakap macam tu? Orang tengah serius kan?"

"Ryan, segala apa yang kita buat akan ada bayaran dia. Diorang sanggup letakkan nyawa mereka semata-mata nak bersama kamu. Jadi, hargailah mereka"

"Baik..." Ryan mengangguk perlahan.

"Dah, pergi masuk kelas nanti lambat"

"Ya" Ryan tersenyum kembali seperti biasa. Ayahnya lega kerana dia kembali kepada dirinya yang asal. Mungkin dia rasa bebanan dan tanggungjawab yang banyak.

"Ryan, mana kau pergi tadi?" Aryn datang berlari dan tercungap-cungap.

"Eh, kenapa ni Aryn? Aku cuma pergi cakap dengan ayah aku je" balas Ryan.

"Ryan! William kena tangkap!!" Aryn menjerit sekuat hatinya.

Senyuman Ryan hilang. Dirinya bagai sudah pecah. Dia kaku, William berada dalam keadaan yang bahaya. Semuanya disebabkan dia.

'Tak, bertenang Ryan.... Dia akan selamat' bisik hatinya.

"Siapa yang culik William?" soal Ryan.

"Mr. Han!"

Ryan berlari menuju ke kelasnya. Terdapat lubang yang besar di dinding kelas. Kebanyakkan pelajar juga cedera. Dia mula rasa bersalah. Dia patut halang diorang. Semua ni takkan berlaku kalau bukan sebab dia!

"Ryan!" Nien memanggil Ryan yang sedang berdiri kaku.

" Nien! Tolong bagitahu aku diorang bawa William ke mana?" soal Ryan cemas.

"Ryan, bukan William je! Lepas Aryn pergi lari untuk bagitahu kau. Dia ambil Lily dengan Amelia sama!" jerit Nien. Darah di badannya mengalir membasahi lantai.

"Diorang juga ada cakap pergi ke gudang lama dekat belakang cafe. Kalau kau nak diorang selamat kau kena datang seorang diri!"

"Seorang diri? Jadi, aku kena pergi sekarang..." Ryan berjalan pantas meninggalkan kelas itu.

"Ryan! Jangan pergi!!!" panggilan Nien diendahkan. Di kepalanya hanya memikirkan keadaan mereka. Bagaimana kalau diorang mati? Sebab dia? Amelia? Lily? William?

Dia berlari sepantas mungkin ke tempat yang diarahkan. Sampai di sana dia ternampak sekumpulan pelajar diikat di satu sudut.

"Raizel! Cik Lycia! Macam mana korang...." Ryan menutup mulutnya. Cik Lycia yang tidak tahu apa-apa juga akan menjadi mangsa.

Qi, Kiri, Hazel, Tyra juga ada di situ. Jadi jumlah orang yang diculik adalah lapan orang! Ryan berlari ke arah mereka tetapi dihalang oleh Mr. Hyun, Mr. Han dan Kim.

"Dah sampai rupanya... Kenapa? Terkejut?" kata Mr. Hyun.

"Sanggup kau buat benda macam ni..." kata Ryan sambil memandang mereka dengan perasaan benci.

"Kau ingat kami akan lupa apa yang kau buat dekat kitorang?" soal Kim sambil tersenyum sinis. Lukanya sudah sembuh sepenuhnya.

"Kami akan balas dendam..." kata Mr. Han.

Mereka mengambil Amelia dan menumbuk perutnya beberapa kali. Mulutnya tersembur darah.

"Korang kata diorang akan selamat kalau aku datang seorang..."

"Hahahahaha... Kau tu yang bod*h! Kau ingat kami betul-betul akan buat macam tu?" soal Kim.

"Tak, tolong jangan... Apa-apa sahaja.
Tapi tolong jangan apa-apa diorang. Diorang tak bersalah..." Ryan melutut dan merayu. Dia betul-betul takut.

"Kalau macam tu kita lawan, kalau kau menang. Kitorang lepaskan korang..." kata Mr. Hyun.

"Baik..." Ryan hanya setuju. Pilihan apa yang dia ada sekarang? Dia telah pun meletakkan nyawa mereka dalam bahaya. Dia tidak boleh lari dari semua ni.

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now