Chapter : 38

2.6K 226 6
                                    

"Ayah..." Nien memanggil ayahnya yang sedang membaca surat khabar di dalam bilik bacaan.

"Ya, kenapa?" soal Mr. Hyun.

"Nien ada benda nak cakap..." Nien menunjukkan wajah risau.

"Apa dia?" Mr. Hyun menyimpan surat khabarnya kembali. Nien berjalan dan duduk di sofa yang berada di hadapan ayahnya.

"Pasal Ryan..."

"Kenapa pasal Ryan? Kamu nak tuduh ayah buat dia hilang kuasa?" soal Mr. Hyun bertubi-tubi.

"Eh, tak lah. Cuma nak kata Ryan akan masuk sekolah seperti biasa" balas Nien.

"Pasal tu ke... tapi, macam mana dia nak masuk kelas kalau takde kuasa?" soal Mr. Hyun tersenyum sinis.

"Dia..."

"Apa yang korang bincang berdua je ni?" tiba-tiba ibu Nien masuk ke dalam bilik bacaan tiba-tiba.

"Oh, takde apa lah pasal hal sekolah je"

'Ryan kawan sekolah aku, kira hal sekolah juga lah... hehehe...' bisik hati Nien.

"Oh, macam tu ke..." ibu Nien tidak bersoal banyak.

"Nien masuk tidur dulu ya?" tanya Nien.

"Okay, pergilah. Good night..." ucap ibu Nien.

"Good night" balas Nien.

Nien berjalan keluar dari bilik bacaan dan terus berlari masuk ke bilik tidurnya.

"Aku kena siasat dalam lagi..." kata Nien perlahan.

_______________________________________

"Ryan, kitorang lawat lagi!" jerit Aryn.

"Aryn... tak payah lah sampai jerit. Ni sebelah aku ada pesakit baru masuk ni. Jangan bising sangat dia tengah tidur..." Ryan menasihati Aryn.

"Sorry, sorry..." Aryn meminta maaf sambil

"Abang, siapa diorang ni? Kawan abang ke?" tanya budak kecil yang merupakan pesakit baru yang dimaksudkan.

"Ya, diorang kawan abang. Kenalkan ni Kak Aryn, yang ni pulak Abang William. Aryn, William ni Ren" Aryn dan William tersenyum mesra.

"Kan dia dah bangun kesian dia, apalah Aryn ni..." bisik Ryan kepada Aryn. Aryn hanya tersengih-sengih.

"Selamat berkenalan Kak Aryn dan Abang William!"

"Selamat berkenalan!" balas mereka berdua.

"Seronoknya abang ada orang lawat abang..." kata Ren tiba-tiba.

"Kenapa Ren? Takde orang lawat Ren ke?" tanya Aryn.

"Tak... Saya lari dari rumah. Lepas tu saya hilang. Tadi, saya bangun terus ada dalam hospital. Kak nurse tu cakap Abang Ryan yang selamatkan Ren" terang Ren.

"Ryan, kau keluar seorang-seorang lagi ke?" soal William.

"Jangan marah aku jalan depan hospital je saja nak ambil angin. Lepas tu, aku jumpa dia pengsan tengah jalan. Aku minta nurse bawa dia masuk" terang Ryan pula.

"Oh, macam tu ke..." Aryn membuat muka 'O' lagi.

"Kak Aryn ni lawak lah... bulatnya mulut kakak..." Ren ketawa.

"Ryan, kami boleh lawat kejap je. Kami kena pergi sekarang ada hal urgent" William meminta diri.

"Okay, terima kasih lawat. Bye!"

"Bye..." ucap mereka serentak.

"Abang, kenapa abang masuk hospital?" soal Ren dengan perasaan ingin tahu.

"Ada orang ambil kuasa abang dan biarkan abang macam tu je. Bila kawan-kawan abang jumpa abang, abang berada dalam keadaan lemah" terang Ryan.

"Habis tu, abang dah takde kuasa ke? Kesian abang..." Ren berasa bersalah kerana bertanya.

"Abang cuma hilang satu je kuasa abang..." Ryan senyum.

"Eh, abang ada 2 kuasa ke?" soal Ren.

"Ya.."

"Hebatnya, abang! Apa kuasa abang?" soal Ren seronok.

"Kuasa yang hilang tu kuasa Angel, kuasa abang ada sekarang cuma White Tiger..."

"Tak pernah dengar pun abang..." Ren menggarukan kepalanya.

"Kuasa abang ni unik, dia jarang ditemui. Lepas tu ada 2 pulak tu. Mula-mula abang kena buli sebab lemah. Tapi, sekarang abang yang paling kuat dalam semua sekolah!" Ryan cerita dengan gembiranya.

"Hebatnya abang! Ren nak jadi macam abang boleh? Ren pun nak jadi kuat"

"Mestilah boleh! Tapi kena sentiasa berlatih lah..." balas Ryan.

"Okay, abang!" Ren senyum.

"Ren, abang nak tanya. Kenapa Ren lari dari rumah?" soal Ryan.

"Em..."

"Kalau Ren tak nak cerita pun takpa. Abang tak paksa..."

"Abang, em... dalam keluarga Ren ada Ren, mama dengan papa je"

"Ren takde abang dengan adik?"

"Takde. Ren sambung ya? Mama dengan papa selalu suruh Ren belajar tak berhenti-henti. Ren selalu tengok kanak-kanak lain main melalui tingkap. Ren cemburu sangat. Lepas tu, sekolah Ren ada peperiksaan. Keputusan Ren tak puaskan hati mana dengan papa. Mama dengan papa kurung Ren supaya belajar lebih banyak. Ren tak tahan, Ren lari keluar dari tingkap. Kemudian, tahu-tahu je Ren dah sesat..." Ren menceritakan satu per satu.

"Berapa keputusan Ren?" soal Ryan.

"Em... semuanya dapat 98%, 99% dengan 100%" Ren menunjukkan muka sedih.

"Wow, tinggi tu Ren! Abang pun tak dapat markah macam tu Ren tahu tak!" Ryan terkejut dengan jawapan Ren.

"Tapi, mama dengan papa marah sebab semua tak dapat 100%"

"Em... Ren, abang nak tanya"

"Ya, apa dia abang?" soal Ren.

"Apa nama mama dengan papa Ren?" soal Ryan.

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now