Chapter : 50/ The Fallen Angel

2.8K 242 10
                                    

"Ayah, saya rasa ada orang lain selain daripada dua orang tadi" kata Kim kepada Mr. Han yang sedang membantu Mr. Hyun.

"Orang lain? Kamu cari dia sampai dapat dan bawa dia ke sini" arah Mr. Han.

"Baik!" jawab Kim sambil bergegas.

Ayah Ryan sedang menyorok di sebalik kotak-kotak lama. Apabila dia melihat Haise dan Claze ditangkap, terus dia berlari untuk bersembunyi. Bukan apa, kalau ditangkap pun takda guna. Baik dia fikir jalan nak selamatkan semua orang.

"Ish, kenapa lah aku sorang je yang tinggal?" rungut dia tidak puas hati.

'Aku bukan kuat sangat nak lawan semua sekali. Tahap kekuatan aku hanya boleh dikira biasa-biasa je. Nak tunggu bantuan sampai? Tak sampai ke tidak. Telefon tak bawak. Aduh! Peningnya kepala aku!" bisik hatinya.

"Pakcik..."

Yuuchiro terkejut lalu menoleh ke arah suara yang memanggilnya tadi.

"Kat sini ya pakcik menyorok?"

"Ah, kamu!"

"Kenapa pakcik?"

"Kamu siapa?"

"........"

Keadaan senyap seketika.

"Woi, orang tua! Mentang-mentang anak kau kalahkan aku, kau ingat aku lembik ke?!" Kim menjerit kemarahan.

"Maaflah, pakcik betul-betul tak ingat, pakcik ni pelupa sikit... Jadi nama kamu.. Kin?" soal Yuuchiro.

"KIM LAH!!!" Kim menyerang Yuuchiro sehabis mungkin.

"Alamak!"

Boom!

"Mati pun..." kata Kim.

"Kamu ingat pakcik mati macam tu je?"

Yuuchiro bertukar dalam masa yang pantas dan menahan serangan Kim. Kim tidak berhenti, dia terus serang dan serang Yuuchiro tanpa berhenti.
Akhirnya dia kehabisan tenaga.

"Yeay! Pakcik menang!" Yuuchiro bersorak gembira. Dia pun tak sangka dia menang semudah tu. Kim memandang muka Yuuchiro dengan rasa benci.

"Tch, tak sangka aku tak boleh kalahkan orang tua ni!" Kim
merungut.

"Kim, apa dah jadi!" Mr. Han keluar untuk melihat apa yang terjadi dengan anaknya selepas terdengar bunyi serangan yang kuat.

"Huh, kau ke yang buat anak aku macam ni?" Mr. Han memandang hina kepada Yuuchiro.

"Jangan risau, lepas ni aku akan kalahkan kau pulak!" Yuuchiro berdiri dalam keadaan bersedia untuk berlawan.

Splurt!

Darah memercik keluar dari perut Yuuchiro. Yuuchiro melihat belakangnya untuk melihat siapa yang menikamnya.

"Kau dah buang masa kitorang..." kata Mr. Hyun.

"Hyun....k..kau..sang...gup...bu...at..macam....ni?" soal Yuuchiro. Kemudian dia jatuh kerana kehilangan banyak darah.

"Bawa Kim masuk. Sampah ni letak sekali dengan mayat anak dia" arah Mr. Hyun kepada Mr. Han.

"Ryan...dah mati?" soal Yuuchiro dalam keadaan separuh sedar.

Mr. Hyun hanya tersenyum.

Buk!

Badannya dilempar di satu sudut oleh Mr. Han. Dia dapat melihat wajah anaknya yang berada di sebelahnya.

"Ryan...ma..maafkan...ayah..." akhirnya dia jatuh pengsan.

_______________________________________

"Kenapa kau nak diri aku sebagai bayaran?" soal Ryan kepada harimau hitam itu.

"Itu bukan hal kau. Jadi, kau terima ke tak?" soal harimau hitam itu.

"Baik, aku terima..."

"Bagus, sekarang tugas kau yang pertama berikan aku nama" arah harimau hitam itu. Lebih kurang sama dengan keadaan Shiro

"Nama? Em...Kuro?"

"Baiklah, Aku terima nama tu. Sekarang duduk dan pejamkan mata kau"

Ryan mengikuti arahan Kuro. Dia duduk di situ dan memejamkan matanya.

"Sekarang, semuanya akan bermula"

_______________________________________

"Hyun, kenapa dengan badan budak sampah tu?" soal Mr. Han kepada Mr. Hyun apabila melihat asap hitam tiba-tiba mengelilingi tubuh Ryan.

Mr.Hyun melihat ke arah tubuh Ryan. Apa yang dicakapkan Han memang benar. Asap hitam itu semakin banyak dan banyak.

"Hyun apa kita nak buat?" soal Mr. Han cemas.

"Tunggu"

Tiba-tiba Ryan bangun dari lantai, dia melihat ke arah tubuh ayahnya. Matanya mengalirkan air mata berwarna merah.

"Ayah..." Ryan memanggil ayahnya berulang kali. Panggilannya tidak dijawab. Dia memandang ke arah Mr. Hyun dan Mr. Han. Kemudian, dia berdiri.

Di belakangnya tumbuh sepasang sayap berwarna hitam. Anak matanya dan pakaiannya juga berubah menjadi warna hitam. Dia memandang dengan penuh perasaan dendam ke arah Mr. Hyun.

"Kau...kau ke yang buat ayah aku macam ni?" soal Ryan.

"Kenapa? Suka?" Mr. Hyun tersenyum.

Ryan melihat ke arah kawan-kawannya. Anak matanya mengecil apabila melihat ke arah Amelia. Amelia adalah orang yang paling cedera antara kawan-kawannya yang lain.

"Kenapa kau buat macam ni dekat orang yang tak bersalah?" soal Ryan.

"Kau kata diorang tak bersalah?" soal Mr. Hyun tanpa rasa takut. Dia yakin dia dapat kalahkan Ryan sekali lagi.
Mr. Han hanya terdiam, dia dapat rasakan aura kegelapan Ryan.

"Apa yang diorang buat?" soal Ryan.

"Kau tanya aku diorang buat apa?"

Mr. Hyun kemudian ketawa tanpa henti. Mr. Han hanya senyap di sisinya.

"Mereka tak buat salah apa, cuma aku menyampah tengok diorang tolong kau!" mukanya yang nampak tenang bertukar menjadi garang.

"Itu sebab kau bunuh ayah aku?"

"Ya, sebab aku benci tengok muka dia!"

Ryan mengepakkan sayapnya yang besar. Aura kegelapannya semakin kuat. Di atas kepalanya muncul sepasang tanduk berwarna hitam.

"Aku akan musnahkan kau..."



The Fallen AngelWhere stories live. Discover now