Chapter : 37

2.8K 236 4
                                    

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!" jerit Aryn dari tepi katil.

"Maaf mengganggu!"

"Eh, Lily!" jerit Aryn.

"Eh, kawan-kawan yang lain pun ada?" tanya William.

"Kitorang dengar Ryan sakit. So, sebagai fan yang setia kami datang lawat dia" terang Lily.

"Ouh..." Aryn membuat muka 'O' lagi.

"Jadi, Ryan sakit apa?" soal Lily.

"Hm... 2 berita buruk, dia hilang separuh kuasa dia dan paling sedih dia hilang ingatan" terang Aryn kepada kawan-kawannya.

"Jadi, kena perkenalkan diri lah ni?" soal Lily.

"Yelah!" jawab Aryn.

"Okay! Hi, Ryan! Nama saya Lily, Kita sekelas sebelum kamu jadi berlima-" belum Lily menghabiskan kata-katanya. Ryan bertanya.

"Kejap kelas kita 5 orang? tak faham..."

"Meh nak terangkan, masa kita masuk sekolah kita semua dalam bilik ni kecuali 5 orang ni (geng Raizel) berada dalam satu kelas. Kemudian, Professor Haine pilih 5 orang untuk diajar dan dilatih untuk pertandingan God of Highschool.  Kiranya 5 orang tu paling kuatlah. Ada faham?" Lily membuat muka mamak tanya seorang adik manis.

"Jadi, kita semua ni kawan jugak lah?" soal Ryan.

"Tak juga sebenarnya, masa pemilihan tu awal sangat. Jadi, kita tak sempat berkenalan" terang Lily.

"Awak pula? Nampak macam dah kenal rapat dengan saya je?" soal Ryan kepada Lily.

"Kita cuma sempat berbual sekejap ja,  selepas awak berjaya kalahkan Kim" terang Lily.

"Saya rasa saya ada memori pasal tu, cuma muka je tak ingat... Tapi siapa Kim pulak?" soal Ryan.

"Awak ada berlawan dengan seseorang kan sebelum pertandingan?" soal Lily.

"Ya, tapi tak tahu siapa..."

"Yang tu lah Kim!" terang Lily bersungguh-sungguh.

"Ouh..." Ryan pula buat muka 'O'.

"Awak tiru style saya ya?" tanya Aryn.

"Penyakit berjangkit..." kata Tyra.

"Kita pun akan kena? Tidak!!" kata Kiri.

Mereka semua gelak bersama-sama dengan lakonan Kiri.

"Em, terima kasih banyak-banyak sebab sudi lawat saya walaupun kita tak sempat berkenalan..." Ucap Ryan.

"Sama-sama!" Jawab mereka serentak.

"Perhatian!"

Mereka semua toleh ke arah suara tersebut.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Raizel.

"Tanya apa?" soal Aryn.

"Tentang penyiasatan kes Ryan, siapa nak join?" ajak Raizel. Kalau banyak orang tolong selesaikan mesti kerja jadi mudah.

"Kami semua!" jawab mereka serentak.

"Baguslah, okay sekarang kita akan sambung perbincangan kita. Sekarang ada 24 orang yang akan selesaikan kes ni. Jadi, saya rasa benda ni akan jadi lebih mudah sebab kita ramai

"Kita nak start dari mana?" soal Lily.

"Okay, kalau macam tu. Kiri akan terangkan keadaan sekarang..." kata Raizel. Kiri membuat muka terkejut.

"Aku?!" Kiri seakan tidak percaya.

"Yelah, siapa lagi?" soal Raizel

"Yelah, okay saya cerita dari awal. Mula-mula Ryan ditemui pengsan di belakang gelanggang, badan dia berada dalam keadaan lemah masa tu. Kemudian, dia masuk hospital dan kehilangan kuasa angel dia dan ingatannya. Okay itu benda pertama. Perkara ni berlaku mungkin sebab dendam. Setakat ni, yang kami tahu ada 3 orang yang benci dekat Ryan" terang Kiri.

"Siapa?" soal Lily.

"Mr. Han, Kim, Mr. Hyun" Kiri menjawab soalan Lily.

"Diorang kan orang penting? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Lily.

"Kejap, belum habis lagi. Mr. Han mungkin boleh jadi sebab dia benci Ryan sebab malukan anak dia di khalayak ramai. Kim memang boleh buat kerja ni tapi bukan sekarang sebab dia masih dirawat di dalam hospital. So, mustahil. Mr. Hyun paling suspicious sebab dia orang terakhir Ryan jumpa sebelum kejadian tu berlaku, tapi kami tak pasti" terang Kiri.

"Jadi ada 2 orang yang boleh buat benda ni..." kata Raizel.

"Korang rasa-rasa mana satu?" soal Hazel.

"Saya rasa Mr. Hyun!" jerit Aryn.

"Saya pun rasa macam tu..." kata William.

"Macam mana nak siasat Mr. Hyun?" soal Qi.

"Ni....en....." Mereka memandang Nien serentak.

"Hah?! Apa?" soal Nien.

"Kau lah yang paling rapat dengan pengetua! Kau kan duduk serumah!" jerit Ian.

"Eh, betul jugak! So, korang nak suruh aku buat apa?" soal Nien.

"Jadi macam mana?" soal Ian.

"Kita kena ada rancangan..." kata Raizel.

"Okay kalau macam tu kita buat macam ni..." Raizel menerangkan satu per satu rancangannya. Mereka mengangguk kepala mereka tanda setuju.

"Okay, kita pakai idea ni" kata Tyra.

"Okay!" jerit Aryn.

"Ryan setuju tak?" soal Qi.

"Setuju je!" jawab Ryan.

"Jadi, korang nak aku buat macam tu?" soal Nien.

"Ya, kau rasa kau boleh?" soal Raizel.

"Aku rasa boleh kot. Takdelah susah sangat nak buat" balas Nien.

"Baguslah!" jerit Kiri.

"Tapi kan... macam pelik je spy ayah sendiri. Rasa lawak je..." luah Nien.

"😂😂😂" Mereka menggelakkan Nien serentak.

"Ada betulnya jugak..." kata Aryn yang masih belum habis ketawa.

"Tapi, pastikan rahsia kau tak terbongkar. Kalau kau khianat kitorang, siap kau!" Lily memberi amaran keras kepada Nien.

"Yelah, yelah" jawab Nien tak berapa kisah.

"Aku serius ni!" Marah Lily kerana Nien tidak mengambil serius amarannya.

"Hm..." jawab Nien. Lily marah sekali lagi tak berpuas hati. Hazel cuba menghentikan pergaduhan.

"Lily gaduh lah banyak lagi, jatuh cinta nanti tak tau lah..." Hazel sengaja mengusik Lily.

"Huh, fine!" Akhirnya Lily mengalah. Benda kecil pun nak ambil kisah.

"Pft..."

"Eh, siapa yang gelak?" soal Lily.

"Hahaha...." Ryan gelak tak berhenti-henti.

"Eh, Ryan gelak!" kata Aryn.

"Dah lama tak dengar kau gelak..." kata William pula.

"Ish korang nih!" muka Ryan merah padam.

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now