Chapter : 41

2.5K 235 3
                                    

"Terima kasih, semua bawa Ren jalan-jalan! Ren seronok sangat" Ren kelihatan sangat gembira.

"Sama-sama. Dah, Ren rehat ya? Seharian berjalan kan? Kami balik dulu ya" ucap Tyra.

"Okay, bye!" balas Ren.

"Abang, terima kasih untuk segala-galanya. Selamat malam..." ucap Ren.

"Hm... selamat malam" Ryan hanya tersenyum.

_______________________________________

"Selamat pagi!" Aryn menjerit dari pintu bilik hospital.

"Selamat pagi..." ucap Ryan dan Ren serentak.

"Eh, banyaknya orang datang hari ni!" Ren melihat ke arah Nien dan Ian.

"Perkenalkan, ni abang Nien dan Ian.
Nien, Ian, ni Ren pesakit baru" Ryan memperkenalkan diri masing-masing.

"Selamat berkenalan Ren!" ucap mereka serentak.

"Selamat berkenalan Abang Nien! Abang Ian!"

Raizel, Qi, Kiri, Tyra dan Hazel duduk di sebelah kanan katil Ryan. Manakala, William, Aryn, Nien dan Ian berada di sebelah kiri katil Ryan. Sedikit ruang diberikan untuk Ren.

"Jadi, rancangan kita berjalan lancar kan?" soal Aryn.

"Ya, Nien..." Raizel memandang Nien.

"Nah, benda yang korang nak" Nien meletakkan sesuatu di tengah.

"Kerja yang bagus, Nien!" ucap Qi.

"Tapi kan, kau tak kisah ke ayah kau kena tangkap bersalah nanti?" soal Hazel tiba-tiba.

"Hazel, kenapa tanya soalan tu?" soal Ian.

"Oops, maaf Nien. Terlepas cakap!" Hazel meminta maaf kepada Nien.

"Takpa. Lagi pun saya tak kisah" balas Nien selamba. Selama ni ayahnya hanya mengambil berat tentang jawatannya sahaja. Biar sedar sikit dia tu ada family.

"Bila kita nak bagi benda ni? Dan siapa?" soal William.

"Kita ikut plan kita. Kiranya esok lah" balas Raizel.

"Apa abang Ryan bincang nih? Tak faham apa-apa" Ren yang mendengar dari tadi tidak faham apa yang dibincangkan.

"Ni pasal orang yang buat Abang Ryan macam ni lah Ren..." balas Qi.

"Ouh..." Ren hanya mengangguk tanda faham.

Setelah 1 jam merancang dengan teliti. Mereka tentukan untuk beri kepada Professor Haine.

"Kenapa nak bagi dekat professor korang?" soal Tyra.

"Macam mana kalau dia sekutu Mr. Hyun?" soal Kiri.

"Takpa, kita boleh percaya dekat Professor Haine" balas William.

Raizel, Kiri, Hazel, Qi dan Tyra memandang sesama sendiri. Kemudian, Raizel tersenyum.

"Baiklah, kami percaya professor korang" kata Raizel.

"Baguslah..." balas Aryn.

"Ryan, kitorang balik dulu tau!" kata Aryn.

"Okay, terima kasih datang! Bye!" Ryan dan Ren melambai tangan.

"Ren" Ryan memanggil Ren.

Ya, abang. Kenapa?" soal Ren.

"Abang nak tanya. Bila kamu nak balik?" soal Ryan tiba-tiba. Muka Ren pucat, dia hanya memandang bawah. Ryan melihat perubahan Ren itu mula rasa bersalah.

"Sampai bila kamu nak duduk dengan abang? Lagi pun lepas kes abang selesai abang boleh balik dah. Ren pun akan pulang dengan abang sebab abang yang tanggung kamu" Ryan terpaksa bertanya soalan tersebut.

Dia tidak mahu Ren lupa tentang statusnya sekarang.

"Kalau macam tu, abang hantar saya ke istana masa abang keluar lah. Saya bersedia" Ren hanya tersenyum paksa. Dia juga tidak mahu Ryan risau tentang diri dia.

"Ren, kita kan dah bincang hari tu. Cuba tanya dan cakap tentang tu dengan mama papa Ren"

"Hm.... Okay" Ren menganggukkan kepalanya.

"Jangan risau, abang kan ada? Kalau Ren takut, abang temankan Ren"

Ren kelihatan lega apabila mendengar tentang hal itu. Dia berharap mama papanya akan terima pemikirannya.

"Abang, kenapa Ren tak pernah nampak mak abang? Ren nampak ayah abang dengan adik abang je" soal Ren.

"Mak abang dah takda. Dia meninggal dunia sebab sakit"

"Sakit apa abang?"

"Abang pun tak tahu. Tapi, penyakit mak abang takde ubat yang boleh rawat dia" Ryan kelihatan sedikit sedih.

"Maaf, abang. Tanya soalan macam tu" Ren perasan perubahan Ryan.

"Eh, takpe"

Tiba-tiba Amelia masuk ke dalam bilik.

"Abang! Ren!" Amelia menegur dengan ceria.

"Amelia! Mana ayah?" soal Ryan.

"Hai, Kak Amelia!" ucap Ren.

"Ayah tengah naik tangga tu, lif rosak" Amelia ketawa sedikit.

"Kenapa?" Ryan berada pelik kerana Amelia tiba-tiba sahaja ketawa.

"Cerita dia macam ni. Ayah masa abang takda dia punya lah malas nak bersenam. Bila nampak tangga tadi, dia kata 'Menyesal aku tak bersenam macam Ryan...'. Amelia apa lagi? Gelaklah..." Amelia masih ketawa.

"Korang gelakkan ayah ya?" kata Yuuchiro apabila sampai di pintu bilik.

"Aduh, hah...hah...le...tih!!!" Yuuchiro menjerit keletihan.

"Apalah ayah ni, Ryan dah pesan bersenam masa Ryan takda..." Ryan pun mengikut Amelia ketawa sekali.

"Ayah baru rasa bebas sikit tak kena bersenam sebab Ryan takda. Kalau Ryan ada mesti hari-hari kena jogging..." Yuuchiro meluahkan keletihannya.

Ren hanya memerhatikan mereka. Perasaan cemburu timbul di hati.

'Seronoknya dapat family macam tu' bisik hati Ren.

The Fallen AngelWhere stories live. Discover now