"Panggilan kedua bagi pesawat Boeing 777 MH 398. Sila ke pintu masuk nombor dua sekarang juga. Penerbangan seterusnya adalah pada jam 2:00 petang. Terima kasih."
Syahida dan adiknya, Asyraf masih menunggu ketibaan bapa mereka yang sedang dalam perjalanan dari tempat kerja ke KLIA.
Wajah kerut mereka berdua jelas kelihatan memandangkan pesawat yang ingin dinaiki Syahida ke United Kingdom sudah hendak berlepas. Syahida tidak dapat duduk diam kerana khuatir dia akan terlepas pesawat tersebut.
"Ya Allah, lambatnya ayah ni! Dah nak panggilan terakhir ni. Cuba Asyraf call ayah. Akak takut terlepas je ni," keluh Syahida kepada adiknya.
"Sabarlah kak. Sekejap lagi ayah sampailah tu. Ayah tak pernah selambat ni. Mungkin traffic jam agaknya," teka Asyraf.
"Tapi dah lambat sangat dah ni! Cuba Asyraf call je ayah. Kalau lambat sangat, kirim salam akak dekat ayah je lah ye?" kata Syahida sambil bersiap sedia untuk mengangkat beg-begnya.
"Eh! Eh! Sabar! Ya Asyraf call. Apa nombor telefon ayah ek?"
"Nauzubillah! Aku cepuk jugak budak sorang ni.."
Sedang Syahida memberi nombor telefon ayahnya kepada Asyraf, kelihatan seorang lelaki lingkungan 40-an sedang berlari menuju ke arah dua beradik itu dengan keadaan yang termengah-mengah.
"Ha! Itu dia ayah. Kan Asyraf dah cakap. Sabar. Akak degil," perli Asyraf.
"Ayah! Kapal terbang dah nak gerak dah ni. Kenapa lambat sangat?"
"Maafkan ayah lah, jalan sesak tadi. Ha cepat, cepat! Semua barang dah sedia? Asyraf, salam kakak kamu cepat!" Ujar Encik Hasyim.
"Ha! Kan Asyraf dah agak.Traffic jam kan..Tengok, pandai tak Asyraf?" perli Asyraf lagi kepada kakaknya.
"Ha,tak apa lah. Janji ayah datang, dah cukup bersyukur lah akak," ujar Syahida kepada bapanya sambil menghulurkan tangan untuk mencium tangan bapanya.
Sambil bersalaman,Encik Hasyim sempat menasihati Syahida sebelum anak sulungnya itu berlangkah pergi ke negara orang buat dua tahun.
"Kakak, belajar kat sana elok-elok ya. Kalau ada masa, baliklah sekali-sekala. Kalau tak dapat balik, kakak call je ayah atau Asyraf. Sekadar lepas rindu. Ingat, jangan terpedaya dengan orang-orang yang tak kenal kat sana. Kalau tak cukup duit, call je ayah. Nanti ayah bank in duitnya. Tak usah cari kerja. Tumpukan belajar je. Lagi satu, Quran jangan lupa baca. Solat tu jangan pernah tinggal. Ingat pesan ayah ni, kakak? "
Kata-kata Encik Hasyim membuatkan air mata Syahida berlinang. Mana tidaknya, ayah dan Asyraf sahajalah anggota keluarganya yang masih hidup. Ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkan dua adik kembarnya. Ibunya telah pergi meninggalkan suami dan anak-anak tercinta ketika Syahida dan Asyraf masing-masing baru berumur sepuluh dan enam tahun. Kedua-dua adik kembar mereka juga tidak dapat diselamatkan.
Kini, Syahida akan pergi jauh dari adik dan ayahnya yang tercinta itu pada usia seawal dua puluh satu tahun.
"Rasa macam sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik, akak dah belajar oversea. Asyraf pula dah nak SPM. Ayah pula dah nak pencen.."
Ucapan berserta lawak yang dilontarkan Asyraf itu telah menceriakan kembali suasana suram antara kedua-dua beranak tersebut.
"Panggilan terakhir bagi pesawat Boeing 777 MH 398. Sila ke pintu masuk nombor 2 sekarang juga..."
Syahida mengangkat beg-begnya dan bersiap sedia untuk berlangkah pergi.
"Okaylah, ayah. Akak dah nak pergi ni. Insyaa Allah akak akan ikut semua nasihat ayah. Ayah jaga diri elok-elok, tau. Asyraf pun sama. Asyraf tolong jaga ayah baik-baik tau. Study betul-betul untuk SPM. Nak belajar oversea macam akak, kena work hard. Akak gerak dulu. Assalamualaikum,ayah,Asyraf,"
"Waalaikumussalam..." jawab Asyraf dan Encik Hasyim.
Syahida kemudian memeluk erat adik dan ayahnya itu lalu berjalan pergi meninggalkan mereka dengan langkah yang berat. Dia tidak sanggup untuk memandang belakang ketika berjalan pergi kerana ia hanya akan membuatkan kelopak matanya berair.
"Bye akak!" jerit Asyraf dari jauh ketika Syahida telah masuk ke pintu nombor dua untuk ke pesawat yang ingin dinaiki.
Syahida melambai-lambaikan tangannya ke arah dua insan yang tersayang itu dari jauh sambil tidak dapat menahan air matanya yang lalu jatuh berjurai-jurai membasahi pipi.
Encik Hasyim dan Asyraf pun mula berlangkah keluar ke pintu keluar KLIA. Sambil tangan Encik Hasyim berada di atas bahu anak lelakinya itu, dua beranak itu berbual seketika.
"Kalau mak kamu ada kat sini, tentu kakak kamu takkan terburu-buru macam tadi. Tentu kita akan tinggal kat sini, tunggu sampai kakak dah betul-betul ada dalam pesawat. Sampai pesawat kakak dah betul-betul terbang. " kata Encik Hasyim kepada Asyraf.
"Kalau mak ada kat sini, dah tentu akak akan terlepas flight. Kan? kan?! "
Encik Hasyim ketawa sambil menggosok kepala satu-satunya anak lelakinya itu.
Syahida melangkah ke tangga pesawat dengan berhati-hati dan perasaan yang sungguh berdebar. Iyalah,ini adalah kali pertama dalam hidupnya menaiki pesawat. Tambahan pula, pesawatnya sungguh besar sehingga melangkaui jangkaannya. Setelah mencari-cari, akhirnya Syahida telah menjumpai tempat duduknya. Dia meletakkan beg sandangnya di tempat letak beg di bahagian atas. Dia pun duduk sambil menarik nafas perlahan-lahan. Wajahnya yang pucat itu ditegur oleh seorang wanita tua warga British yang duduk di sebelahnya.
"Is this your first time taking the airplane?" tanya wanita tua tersebut.
"Yeah. I'm so nervous right now," jawab Syahida sambil ketawa kecil.
"What?" tanya wanita tua itu sekali lagi.
"What what?" Syahida bertanya semula orang tua tersebut kerana tidak memahami apa yang dimaksudkannya.
" Oh ya, I'm not lying.This is really my first time taking the airplane," jawab Syahida menyedari orang tua itu mungkin tidak dengar.
"Excuse me,what did you say just now?" soal orang tua itu semula.
"Hmm..It's okay" Jawab Syahida sekali lagi. Kali ini dia menjawab dengan nada yang sedikit kesal.
Ketika itu, seorang pramugari yang telah memerhatikan gelagat Syahida dan wanita tua warga British itu pun menghampiri Syahida dan membisikkan sesuatu ke telinganya.
"Saya pun tadi kena macam tu juga. Dia ada masalah pendengaran rasanya. Kan?"
Syahida pun ketawa kecil sekali lagi lalu menjawab dengan senyuman "Iyalah. Saya pun rasa macam tu jugak. Takpa lah, sabar je lah. Orang tua kan..."
Pramugari itu pun mengangguk senyum lalu pergi untuk menyambung kerjanya.
Syahida mengeluarkan sebatang pensil dan sebuah buku nota kecil dari poket jaketnya lalu melakar suasana di dalam pesawat sebelum pesawat itu bertolak.
Memang telah menjadi hobinya sejak kecil melukis suasana atau pemandangan sesuatu tempat yang baharu baginya. Dia sungguh mahir dalam melukis pemandangan. Kebiasaannya, dia akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisannya. Cuma kali ini dia hanya melakar sahaja kerana risau dia tidak dapat fokus untuk melukis apabila enjin pesawat mula dihidupkan.
Beberapa minit selepas pesawat berlepas, sedikit demi sedikit mata Syahida mula layu. Dia menguap berkali-kali sebelum akhirnya terlelap. Wanita tua di sebelahnya itu hanya tersenyum memandang gelagat Syahida lalu menyandarkan kepala Syahida yang tersengguk-sengguk itu pada bantal kecil milknya.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...