Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun Syahida bermastautin di London. Peperiksaan akhir semesternya bakal berlangsung beberapa minggu sahaja lagi.
Hari ini merupakan hari yang sangat penting buatnya kerana hari ini merupakan hari pembentangan bagi projek akhir semester.
Dia sudah membuat persediaan yang rapi untuk pembentangan itu kerana dia tahu pensyarah dan pelajar-pelajar dalam kelasnya pasti meletakkan jangkaan yang tinggi terhadapnya.
Hendak dijadikan cerita pada hari itu, segalanya serba tak kena buat Syahida. Kemungkinan Allah hendak mengujinya. Pada pagi itu, dia terlewat bangun pukul 7 pagi sedangkan pembentangannya adalah pada 8 pagi.
Dia tidak tahu mengapa jamnya tidak berbunyi. Chloe pula memang setiap hari bangun pukul 7 tidak kira kelas awal pagi atau tidak. Dia agak terkejut kerana melihat Syahida baru sahaja hendak mandi. Dengan kelam kabutnya Syahida menyiapkan diri, hanya melilitkan selendang hijau tua di kepala, tidak sempat sarapan, dan terus bergegas untuk keluar dari rumah.
"Hey, wait!" Chloe menyapanya ketika Syahida sedang memakai kasut. Syahida memandangnya seperti "Kau nak apa lagi?" tapi tidak, dia hanya menyimpan ayat itu dalam hati.
"I've called Liam. He will drive you to college." Ujar Chloe. Syahida terkejut dan membuat muka seperti "Aduh, lambatlah nanti!" .
"He's living not far away from here so he should be here by now as he's got class at 8 too." Sambung Chloe meyakinkan Syahida.
"It's okay. I think I.." tiba-tiba kedengaran hon kereta dari bawah dibunyikan sebelum Syahida sempat menghabiskan ayatnya.
"Do you hear that? I think that's Liam. Go! Go! I will be watching you entering his car from here." Kata Chloe sambil menyelak langsir memastikan jika hon itu betul dari kereta Liam.
Syahida membuat muka yang menandakan dia agak ragu-ragu untuk menaiki kenderaan berdua dengan Liam. Chloe meyakinkannya lagi dengan mengatakan yang dia akan memastikan hidup Liam hancur jika dia membuat apa-apa pada Syahida.
Syahida tertawa dengan ugutan gurauan Chloe itu sebelum bersetuju untuk tumpang Liam. Dia pun tiada pilihan lain lagi kerana jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.
"Thanks, Chloe. Bye!" ujar Syahida sebelum berlari turun ke bawah. Chloe hanya lambai dan tersenyum. Dia hanya melihat sahaja Syahida dari tingkap.
"Sorry for burdening you, Liam." Ujar Syahida kepada Liam ketika sedang melangkahkan kaki kanannya ke dalam kereta.
Liam hanya berkata, "No, you're not. Our house is just a stone away."
Senyuman yang dilemparkan Liam itu telah mengganggu fokus Syahida buat seketika kerana dia merasakan itulah senyuman paling indah dia pernah saksikan selepas senyuman ayah dan arwah ibunya.
Wajah dan personaliti Liam ini mampu mencairkan mana-mana gadis yang berkawan dengannya. Patutlah Chloe cemburu semacam apabila melihat Liam rapat dengan Danielle. Nasib baiklah Syahida cepat beristighfar setiap kali terasa diri cair melihat senyuman Liam.
Sedang dalam perjalanan, Liam mengeluarkan sepuntung rokok dan meletakkan ia di mulut sebelum menyalakan api dari pemetik apinya ke puntung rokok itu. Untuk tidak membuatkan Syahida berasa kurang selesa, dia menurunkan tingkap keretanya.
"I didn't know you smoke." Ujar Syahida memulakan perbualan. Agak kecewa juga reaksinya kerana wajah sudah tampan, tapi merokok pula.
"Well, there are so many things you haven't known about me." Balas Liam tersengih sebelum menyedut puntung rokoknya.
Syahida hanya tersenyum dan mengangguk.
"So, you heard about the terrorist attack that happened three weeks ago?" soal Liam kepada Syahida.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...