Jam sudah menunjukkan pukul 3:30 pagi. Suasana sepi yang menyelami St. John Street akhirnya dikejutkan dengan bunyi enjin sebuah kereta tempatan berwarna merah yang datang entah dari mana sebelum menapak seketika di hadapan kedai bunga Mrs. Sheliton.
Tidak lama kemudian, salah satu pintu kereta itu dibuka oleh seseorang dari dalam dan ternyata orang itu adalah Chloe yang sedang bergelak tawa dengan beberapa orang rakannya dari dalam kereta. Mereka itu juga merupakan kawan-kawan yang sama dia perkenalkan kepada Syahida tempoh hari iaitu Jeremy, Liam, Bridget, Stella dan Danielle.
Setelah keluar dari kereta, Chloe sempat berbual-bual seketika dengan Bridget, Stella dan Danielle melalui tingkap kereta sementara Liam sebagai pemandunya berbual seketika dengan Jeremy yang duduk di sebelahnya.
“Hey Chloe, send my love to your Bin Laden!” teriak Liam dari jauh kepada Chloe sesudah dia menggerakkan keretanya beberapa meter dari tempat Chloe berdiri .
“I will!” balas Chloe tertawa. Bridget dan Stella hanya melambai-lambaikan sahaja tangan mereka sambil berkata “Bye!” kepada Chloe.
Seperti biasa, Chloe menyelinap masuk ke kedai Mrs. Sheliton dengan langkah Pink Panthernya sehingga sampai ke pintu rumah sewanya
. Ketika dia sedang dalam perjalanan ke biliknya setelah “landing” seketika di atas sofa di ruang tamu, tiba-tiba dia terdengar suatu alunan yang kedengaran sangat lunak dan tenang datang dari dalam bilik tidur Syahida.
Pada mulanya Chloe tertawa kecil kerana menyangkakan bahawa Syahida sedang menyanyi . Namun setelah memasangkan kedua-dua telinganya dengan betul, dia berasa sebaliknya kerana dia yakin alunan itu bukanlah sebuah lagu.
Jika lagu sekalipun, dia mahu mengetahui jenis lagu tersebut kerana ianya bukan calang-calang lagu seperti yang dia selalu dengar di radio.
Dek sifat ingin tahu yang tinggi, Chloe dengan perlahan-lahan melangkahkan kakinya ke arah bilik Syahida untuk mendengar dengan lebih jelas alunan yang indah itu.
Ternyata nasib memihak ke arahnya apabila pintu bilik Syahida tidak ditutup dengan rapat dan ini memberikannya peluang bonus untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri cara Syahida mengalunkan suara yang lunak itu.
Chloe menolak pintu bilik Syahida dengan perlahan-lahan lalu menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam bilik.
Kedengaran Syahida sedang khusyuk mengalunkan surah Al-Hujurat tanpa menyedari kehadiran Chloe itu. Chloe hanya memejamkan kedua-dua matanya ketika mendengar lunakan suara Syahida dan tersenyum.
“This is the best thing I’ve heard today,” celah Chloe lembut ketika Syahida belum sempat menghabiskan barisan ayat Al-Quran yang dibacanya.
Sekali lagi, terperanjat Syahida dibuatnya dengan teguran mengejut Chloe itu. Cuma kali ini dia tidaklah melatah seperti sebelumnya.
Barangkali Allah melindungi lidahnya daripada melatah di hadapan mukjizat-Nya yang agung itu.
“Astaghfirullah, Chloe..” ucap Syahida kepada Chloe sebelum mengusap dadanya.
“I thought you’re gonna get mad!” balas Chloe kagum. “Well, sorry. I didn’t knock.”
“No, it’s okay.” balas Syahida tenang.
“What song were you singing just now? It leads me to your room! It’s like, wow! I have no word right now, as your voice is just so great! You can sing!” kata Chloe yang ternyata masih tidak mengetahui apa yang dialunkan oleh Syahida sebentar tadi.
Syahida pun tertawa kecil sebelum memberi Chloe sedikit penerangan. “I wasn’t singing. I was reciting this book. It’s called Al-Quran.”
“Ahh I see.. But the way you recite it, as if you were singing! And it sounds so beautiful and calming! Seriously, no lie!” balas Chloe lagi yang masih kagum.
YOU ARE READING
The Obstacles
AksiTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...