"You gotta be kidding on me.." ujar Danielle.
"Seriously?" soal Bridget.
"Nice restaurant, Aina." kata Jeremy.
Masing-masing mengeluh dan memerli Syahida dengan nada yang bengang.
Kelihatan kekecewaan terpancar pada air muka masing-masing kecuali Syahida setibanya mereka di restoran yang dicadang itu.
Persekitaran restoran itu kelihatan sungguh sempit kerana jumlah pengunjung yang agak ramai dan meja-meja makan disusun dengan agak rapat.
Setiap sudut restoran itu memang sebiji-sebiji kelihatan seperti restoran-restoran di Malaysia.
Rupa-rupanya restoran yang mereka kunjungi itu merupakan sebuah restoran Melayu yang bernama "Rasa Sayang".
Restoran itu merupakan kerjasama antara dua pemilik dari dua negara yang berbeza iaitu Singapura dan Malaysia.
Menu yang ditawarkan juga hampir seratus peratus makanan dan minuman tradisi Malaysia seperti nasi lemak, char kue tiao, teh tarik, nasi goreng kampung, nasi goreng cina dan lain-lain.
Ketujuh-tujuh mereka hanya duduk di situ dengan reaksi yang sangat janggal dan sedikit tidak selesa.
Seorang pelayan restoran lelaki berbangsa Cina datang dan memberi buku menu kepada Jeremy, Stella, Danielle dan Syahida.
Syahida menyemak buku menu tersebut dengan perasaan yang sungguh teruja manakala enam yang lain hanya menyelak buku menu tersebut sambil mengukir wajah yang pelik. Barangkali mereka tidak pernah melihat atau merasa mana-mana makanan Malaysia sebelum ini.
Syahida memesan nasi goreng kampung dan jus epal. Setelah itu, dia bertanyakan pula kepada mereka berenam apa yang hendak dimakan.
Stella, Bridget dan Chloe ada juga berbincang sama sendiri tentang makanan yang hendak dipesan manakala Liam, Jeremy dan Danielle masing-masing menggelengkan kepala mereka tanda tidak tahu untuk pesan apa.
Oleh itu, Syahida membuat keputusan untuk memesan makanan bagi pihak mereka dan meminta pelayan restoran itu mencadangkan makanan yang sedap buat Stella, Bridget dan Chloe.
Stella memesan nasi goreng pataya dan jus oren manakala Bridget dan Chloe masing-masing memesan mi goreng dan char kue tiao serta jus laici dan jus tembikai .
Melihatkan wajah keliru yang dari tadi tidak surut-surut pada wajah Liam, Jeremy dan Danielle itu, Syahida pun berkata sesuatu kepada pelayan restoran itu.
"Kasi diorang makanan-makanan Malaysia yang recommended, boleh?"
"Boleh, boleh! Untuk tiga orang, ya? Minuman sekali, ya?" balas pelayan yang kelihatan mesra itu. Syahida hanya menganggukkan kepalanya.
Pelayan itu pun mengambil semula buku-buku menu tersebut sebelum beredar.
Beberapa minit berlalu. Akhirnya makanan dan minuman yang dipesan telahpun tiba. Wajah pelik Liam, Jeremy dan Danielle kini bertukar sama sekali kerana keenakan bau nasi goreng kampung dan macam-macam lagi juadah di atas meja yang menusuk hidung mereka sehingga tertelan air liur Jeremy dibuatnya.
Tidak lama selepas itu, pelayan tadi kembali dengan membawa makanan cadangan buat ketiga-tiga sekawan itu.
Ianya adalah kue tiao tom yam, roti canai dan nasi goreng ayam kunyit. Cukup tiga hidangan popular dari tiga jenis bangsa utama Malaysia.
Satu persatu makanan diletakkan di atas meja.
Bagi minuman buat mereka bertiga pula, pelayan restoran itu menyediakan satu jag air sirap bandung.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...