Syahida membuka matanya perlahan-lahan. Bunyi pengumuman pesawat ingin mendarat oleh pramugari telah menyedarkannya dari tidur.
Dia melihat jam tangannya. Sudah pukul 8:40 malam. Dia serta-merta menjengukkan kepalanya ke tingkap pesawat.
“Betul ke aku dah sampai ni?” bisiknya seorang diri.
Syahida bagaikan tidak percaya bahawa dia telah sampai ke bumi England. Matanya masih terbeliak melihat suasana di luar tingkap itu seperti seorang budak kecil.
“Are you excited to be in my country?” tanya wanita tua sebelahnya itu.
“Yes! I’ve always wanted to come here. It’s like a dream comes true! ” jawab Syahida keriangan.
Wanita tua British itu pun ketawa. Kemudian, Syahida bertanya pula kepada orang tua tersebut.
“Which region are you from? Maybe I could visit you sometimes!”
Orang tua itu meneruskan ketawanya tanpa menghiraukan pertanyaan Syahida. Syahida terpinga-pinga seketika sebelum menyedari semula bahawa orang tua itu ada masalah pendengaran.
Syahida perlahan-lahan melangkahkan kakinya menuruni tangga pesawat. Setelah kedua-dua kakinya itu jejak ke tanah, dia terus mengucapkan “Alhamdulillah” tanda syukur kerana telah selamat sampai di negara singa tersebut. Setibanya dia di London City Airport, wanita tua tadi menegurnya.
“I hope that you'd enjoy visiting my country!”
“Oh ya I hope so! Actually, I’m not just visiting. I’m going to study in here for two years.”
Wanita tua itu hanya tersenyum. Reaksinya itu memang sudah dijangkakan oleh Syahida. Syahida bertanyakan kepada orang tua tersebut mengapa beliau berhijrah ke Malaysia berseorangan.
Orang tua itu mengatakan bahawa dia hanya mahu menghabiskan wang pencennya dengan bercuti ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia untuk beberapa minggu. Dia tidak mempunyai anak kerana tidak berkahwin.
Orang tua itu mempunyai kepercayaan tersendiri dengan mengatakan bahawa nasibnya akan malang jika dia berkahwin dan mempunyai anak.
Syahida hanya mampu tersenyum dan sebelum dia mengucapkan selamat jalan kepada orang tua tersebut, dia mengeluarkan sehelai lipatan kain batik yang masih baharu lagi dari dalam beg kainnya lalu memberikannya kepada orang tua tersebut.
“Before I leave, take this. It’s a gift.”
“Wow, it’s so beautiful! Where did you get this? I’ve never found this such beautiful cloth in Malaysia!”
“In Malaysia, we call this Batik. Maybe you couldn’t find it because you didn’t travel enough but it’s okay. I’m giving this to you as a thank you that you put the pillow at the back of my head when I was sleeping. So sweet of you,”
Jawab Syahida tersenyum sambil menghulurkan kain batik itu kepada wanita tua tersebut.
“Thank you? Why? I’m the one that should’ve thanked you, sweetheart!” balas wanita tua tersebut.
Syahida hanya ketawa mendengar kata-kata wanita tua itu. Kemudian, dia menerima pelukan dari orang tua tersebut dan akhirnya mengucapkan selamat tinggal.
“Bye-bye, have a safe journey!” ucap Syahida kepada orang tua tersebut.
“Huh?” orang tua itu menjawab.
Syahida ketawa sekali lagi lalu meneruskan perjalanannya.
Suasana di London City Airport agak sesak. Memang menjadi suatu kebiasaan bagi London City Airport dipenuhi orang ramai. Maklumlah, ianya merupakan salah satu daripada stesen penerbangan antarabangsa di England. Pelbagai jenis kaum dari pelbagai jenis negara bertapak di sini sementara menunggu penerbangan seterusnya.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...