Bab 8 : London Tour

4 2 0
                                    

Keesokan hari bermula dengan sangat baik buat kedua-dua Syahida dan Chloe. Chloe sudah mengucapkan selamat pagi kepada Syahida menggunakan panggilan nama sebenar Syahida iaitu 'Aina'.

Syahida juga sudah mula menyambut ucapan selamat pagi Chloe itu dengan mesra dan panggilan yang sebetulnya.

Malah, Syahida sempat membancuhkan secawan kopi buat Chloe dan meletakkannya di atas meja makan sebelum beredar terlebih dahulu seperti kebiasaan.

Di sebelah cawan kopi itu juga tertera satu nota kecil daripada Syahida kepada Chloe yang tertulis "This coffee is not poisonous so enjoy!" . Tertawa Chloe dibuatnya sebelum menghirup kopi yang dirasakan dibancuh khas untuk dirinya itu tanda perdamaian.

Ketika dalam perjalanan, Danielle ada bertanya kepada Chloe jika hubungannya dengan Syahida sudah beransur pulih.

Chloe pun mulalah bercerita dari A ke Z tentang bagaimana dia dan Syahida mengakhiri peperangan perkauman antara mereka berdua.

Dia juga tidak terlepas peluang menceritakan kepada rakan-rakan baiknya itu tentang lukisan muka bengis Jeremy yang dilukis Syahida.

Tergelak besar semua orang dalam kereta itu kecuali Jeremy yang masih bengang dengan peristiwa itu.

"Why, Jer? Triggered much?!" perli Bridget sebelum menyambung gelaknya.

Jeremy hanya memeluk tubuhnya yang kecil itu sebelum menjeling dan menggelengkan kepalanya.

Liam yang sedang memandu di sebelahnya juga turut mentertawakannya sambil menepuk-nepuk bahu kanan Jeremy. Jeremy hanya mendiamkan diri sahaja.

Ketika kereta dipandu Liam sedang melintasi Syahida yang sedang berjalan kaki di laluan pejalan kaki itu, Liam membunyikan hon keretanya manakala Stella dan Bridget secara serentak menyuruh Chloe menegur Syahida seperti kebiasaan.

Chloe tidak menuruti kata-kata mereka sebaliknya menyuruh Liam memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Kemudian, dia menegur Syahida dan mempelawa Syahida untuk menaiki kereta bersama.

Jeremy hanya menyandarkan badannya pada tempat duduk dan menutup mukanya dengan topi kerana tidak mahu memandang wajah Syahida.

Setelah Syahida menolak, Liam hampir memecutkan semula keretanya namun dihalang oleh Chloe.

Lalu, Chloe membuka pintu kereta dan terus melulu ke arah Syahida yang sedang berjalan itu.

Kawan-kawannya berasa pelik dan mempersoalkan ke mana dia mahu pergi .

"Where the hell are you going, Chloe? Come back here!" jerit Jeremy berang ketika Chloe berlari anak ke arah Syahida.

Syahida yang tidak menyedari apa yang berlaku di belakangnya itu hanya meneruskan perjalannya sebelum Chloe menjerit memanggil namanya dari arah belakang.

Dia yang terkejut dengan kehadiran Chloe itu pun menegur Chloe dan bertanyakan kepadanya mengapa dia berada di situ.

"I think I just wanna walk to school today." jawab Chloe tenang sebelum mula menemani Syahida berjalan.

"But how about your friends? They're waiting for you. Especially Jeremy!" soal Syahida lagi kepada Chloe.

"They will be fine. Jer? Why do you care so much about him? He treated you so bad, remember?" balas Chloe hairan.

Di belakang mereka, Jeremy sudah menekan-nekan hon kereta sementara Liam sebagai pemandunya cuba menghalang tindakan Jeremy itu.

Syahida memandang ke belakang semula. Kelihatan Jeremy sedang menunjukkan jari telunjuknya ke arah Chloe, memberitahu Syahida supaya menyuruh Chloe memandang belakang. Syahida pun menarik lengan kiri Chloe dan memintanya untuk toleh ke belakang.

The ObstaclesWhere stories live. Discover now