Keesokan paginya, setelah bersarapan, Khalifah dan Syahida terus bergerak ke Ben Einne, London Street menaiki mini cooper biru yang sama. Sebelum bertolak, Khalifah sudah terlebih dahulu menghubungi Harold bagi memberitahunya yang dia ingin meminjam keretanya itu untuk satu hari lagi.Setibanya mereka di jalan Ben Einne, Syahida sekali lagi terpegun melihat seni grafiti yang dilukis pelukis tempatan pada pintu-pintu garaj kedai sepanjang jalan tersebut. Kereta yang dipandu Khalifah berhenti di hadapan kedai yang pintu garajnya dilukis dengan huruf “k” .
“Ini ke rumah sewanya? Pandai juga kau pilih rumah kan!” kata Syahida kepada Khalifah.
“Tengok oranglah!” balas Khalifah bangga.”Rumah sewanya dekat tingkat atas. Bahagian bawah ni kedai owner dia. Jom!”
Ketika Khalifah dan Syahida sedang keluar dari kereta, Khalifah mendapat suatu panggilan .
“Apa si Vanessa ni nak pula? Aduh dia ni...” keluh Khalifah.
“Jawab jelah.Mesti ada hal penting punya,” tegur Syahida.
Khalifah pun menjawab panggilan dari Vanessa itu. Gaya perbualan antara mereka berdua seperti Vanessa benar-benar terdesak memerlukan Khalifah secepat mungkin.
“Oh God! Okay, okay. I’ll be there. Just wait for me...Yes! I know I know! Okay bye.” Khalifah menghentikan perbualan di telefon sampai di situ sambil menghembuskan sedikit nafasnya tanda mengeluh.
“Nampak macam penting gila je masalah dia. Pergi jelah..” ujar Syahida pasrah.
“Weh, aku minta maaf sangat tau. Sekejap je ni!Kau naik dululah. Nah, kau ambil kunci rumah ni, kau masuk dulu. Tingkat atas tu nanti kau akan jumpa tiga pintu. Kau masuk pintu yang tertulis nombor “2” tau.Kau kemas-kemaslah apa yang patut dalam tu, ya? Sorry aku kena pergi sekejap. Tunggu tau! Jangan pergi mana-mana!” pesan Khalifah laju sambil menghidupkan semula enjin kereta dan bersedia untuk pergi.
“Hmm..Yelah, yelah. Okay bye,” balas Syahida ringkas. Khalifah melambaikan tangannya kepada Syahida sambil menekan bunyi hon. Syahida pun membalas longlai.
Ketika dia sedang menaiki tangga rumah kedai tersebut, dia baru teringat akan beg-begnya yang tertinggal di dalam kereta yang dipandu Khalifah. Syahida mengeluh sedikit lalu meneruskan perjalanannya.
Setibanya dia di tingkat atas, Syahida terus mencari pintu yang tertulis nombor “2”. Setelah menjumpai pintu yang dicari, dia pun tanpa berlengah mengeluarkan kunci rumah yang diberi Khalifah dan mula membuka kunci pintu rumah tersebut. Sedang dia membuka pintu rumah bernombor 2 itu, seorang lelaki tempatan yang kelihatan sudah berumur 70-an menegur Syahida dengan teguran yang agak kasar.
“Who are you, young lady?! What are you trying to do with my house? I've never seen you before!”
“Err...I’m...I’m Khalifah’s cousin. Are you, are you the owner of this house?” balas Syahida tergagap-gagap kerana gelabah.
“Yes! I’m the owner of this house. Who’s Kalifar? I've never heard of that name before!” soal orang tua itu kebingungan.
“No, no! Not Kalifar..Err..Kellie! Kellie! You know her, right?”
“Yes I know her. But she’s back to her hometown!And she never told me anything about anyone! What’s your name,huh?!”
“I’m,I’m Aina! Or Anna! Whatever. Her cousin! I thought she has told you about me?”
“Anna? She never tells me anything about someone name Anna?!”
“Aduh macam mana ni? Khalif ni kelentong aku ke apa?” keluh Syahida menggaru-garu kepalanya.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...